Khamis, 31 Disember 2009

2010....!



SALAM 2010...FUHHH...!...BYK KENANGAN KAT 2009,DAH TINGGAL KENANGAN..WELCOME 2010,SEMOGA HADIRMU D SULAMI KEBERKATAN N KESYUKURAN...SYUKUR KEPADA-MU YA ALLAH..KERANA MEMANJANGKAN USIAKU DEMI MENTAATI-MU..SEMOGA TAHUN INI PENUH RAHMAT N KEREDHAAN-MU YA ALLAH....AMIN!

SELAMAT TAHUN BARU 2010

“Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi perintah-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah Ya Allah..maka eratkanlah Ya Allah..maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalan-Nya. Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma’rifat tentang-Mu. Dan matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-sebaik sandaran dan sebaik-sebaik penolong. Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini."

HARI PEMBALASAN

Ingatlah : masa hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit dan manusia semuanya keluar (yakni keluar dari kubur masing-masing) berhimpun menghadap Allah,Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa. (Ibrahim:48)
TAJUK PROGRAM
(menerangkan keadaan/suasana/gambaran semasa berlangsungnya program)
Yaumul Jam’ei’(hari perhimpunan) –at-Taqhabun:9
Yaumus Shad’ei (hari berpecah belah) –al-Zalzalah:6
Yaumul Fitnah (hari azab) -az-Zariyat:13-14
Yaumul Ghasyiah (hari tertutup) – al-Ghasyiah:1-6
Yaumul la Bai’un fihi wala Khilal(Hari tidak ada jual beli dan tidak ada sahabat-Handai)-Ibrahim:31
Yaumul Firar (hari lari)- ‘Abasa 80: 34-36
Yaumul syafa’ah ( hari syafaat) -al-Baqarah:48
TEMPOH BERLANGSUNGNYA PROGRAM
1 hari didunia bersamaan 50 ribu tahun dimashyar.
TEMPAT
padang mashyar“ kemudian (ketahuilah bahawa)apabila ditiup Sangkakala dengan sekali tiup, Dan bumi serta gunung-gunung diangkat (dari tempat nya) lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hancur, Maka pada saat itu berlakulah hari kiamat,”(al-Haaqqah:13-15)
TARIKH JANGKAAN
“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” ( Hadis riwayat Muslim).

PARA JEMPUTAN
”Tiupan yang pertama itu di ikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing); Hati(manusia) pada hari itu berdebar-debar takut, Pemandangannya tunduk gerun.”(an-Naazi’aat: 7-9)

Keluarlah manusia dari kubur masing-masing itu ialah) kerana Allah akan membalas tiap-tiap seorang apa yang ia telah usahakan: sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisabNya. (Ibrahim: 51)

Rabu, 30 Disember 2009

REAKSI SYAITAN DI HARI YG DIJANJIKAN

Dan berkatalah pula syaitan setelah perkara * itu : ” sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan perkara yang benar* dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku kepada kamu, dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa menguasai kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakan ku itu, maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan dirimu sendiri, aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu tidak dapat menyelamatkan aku, sesungguhnya dari dahulu lagi aku kufur ingkar (perintah tuhan) yang kamu sekutukan daku dengan NYA, sesungguhnya orang2 yang zalim (meletakkan sesuatu sesuatu bukan pada tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.
p/s: pastikan kemahuan kita bukan kemahuan syaitan,,,(>.<)
sob sob..., kadang2 tak sedar dalam solat sebenarnya terikut ataupun terpedaya
dengan godaan syaitan, ada je fikiran-fikiran yang tak diundang menjelma..astagfirullah
lalai nya diri ini...(T.T)

Selasa, 29 Disember 2009

BUAT KAUM MUSLIMAH YG MEMAHAMI AURATNYA

Seorang muslimat yang menutup aurat ialah wanita sangat sabar dalam memenuhi suruhan ALLAH dan menjauhi laranganNYA. walaupun tuntutan semasa zaman ini, memperagakan pelbagai pakaian dan aksesori sensasi yang sememangnya boleh menduga iman sesorang muslimat. dengan sabar serta keyakinan yang senantiasa dtemani dengan keimanan sesorang muslimat mampu mengekalkan imej sebagai seorang muslimah sejati.namun mesti diingat, hati manusia senantiasa berbolak balik, justeru itu, iman didada mesti di "polish". kerapkan menghadiri kelas-kelas agama atau menambah ilmu didada dengan mendengar ceramah agama adalah salah satu cara untuk "update" iman.

Isnin, 28 Disember 2009

AMAL...ILMU...TAQWA...

Jika engkau cinta maka dakwah adalah faham,
Mengerti tentang Islam,
Risalah anbiya dan warisan ulama,
Hendaknya engkau fanatik dan bangga dengannya,
Seperti Mughiroh bin Syu’bah di hadapan Rustum Panglima Kisra.

Jika engkau cinta maka dakwah ialah ikhlas menghiasi hati,
Memotivasi jiwa untuk berkarya seperti kata Abul Anbiya,
”Sesungguhnya solatku, Ibadahku,Hidupku,Dan matiku semata bagi Rabb semesta”
Berikan hatimu untuk Dia,Katakan "Allah Ghayatuna"

Jika engkau cinta maka dakwah ialah amal,
Membangun kejayaan ummat bila saja di mana saja kamu berada,
Yang bernilai adalah kerja bukan semata ilmu apalagi lamunan,
Sasarannya adalah perbaikan dan perubahan,
Al ishlah wa taghyir,
Dari diri peribadi,
Keluarga,
masyarakat hingga negara,
Bangun aktivitas secara tertib untuk mencapai kejayaan.

Jika engkau cinta maka dakwah adalah jihad,
Sungguh-sungguh di medan perjuangan melawan kebatilan,
Tinggikan kalimat Allah rendahkan dugaan syaitan durjana,
Kerja keras tak kenal lelah adalah rumusnya,
Tinggalkan kemalasan dan berpangku tangan.

Jika engkau cinta maka dakwah adalah taat,
Kepada Allah dan Rasul,
Al-Quran dan Sunnahnya serta orang-orang bertaqwa,
Taat adalah wujud syukurmu kepada hidayah Allah,
Kerana nikmat akan bertambah melimpah penuh berkah.

Jika engkau cinta maka dakwah adalah tsabat,
Hati dan jiwa yang tegar walau banyak rintangan,
Buah dari sabar meniti jalan,
Teguh dalam barisan,
Istiqamah dalam perjuangan dengan kaki tak tergoyahkan,
Berjalan lempang jauh dari penyimpangan.

Jika engkau cinta maka dakwah ialah tajarrud,
Ikhlas di setiap langkah menggapai satu tujuan,
Padukan seluruh potensimu libatkan dalam jalan ini,
Engkau da’i sebelum apapun adanya engkau,
Dakwah tugas utamamu sedang lainnya hanya selingan.

Jika engkau cinta maka dakwah ialah tsiqoh,
Kepercayaan yang dilandasi iman suci penuh keyakinan,
Kepada Allah, Rasul, Islam, Qiyadah dan jundunya,
Hilangkan keraguan dan pastikan kejujurannya,
Kerana inilah kafilah kebenaran yang penuh berkah.

Jika engkau cinta maka dakwah ialah ukhwah,
Lekatnya ikatan hati berjalin dalam nilai-nilai persaudaraan,
Bersaudaralah dengan muslimin sedunia,
Utamanya mukmin mujahidin,
Lapang dada merupakan syarat terendahnya,
Itsar bentuk tertingginya,
Dan Allah yang mengetahui menghimpunkan hati-hati para da’i dalam cintaNya,
Berjumpa kerana taat kepadaNya,
Melebur satu dalam dakwah ke jalan Allah,
Saling berjanji untuk menolong syariatNya.

InsyaAllah...
ALLAHUAKBAR!!!

Ahad, 27 Disember 2009

RENUNGKANLAH BERSAMA..

hati yang sangat bahagia, bilamana ditekadkan untuk yakin sepenuhnya
bahawa semuanya telah ALLAH
rancangkan dan suratkan.
perancangan ALLAH sangat hebat

dan sepadan untuk sang manusia.
Justeru itu,..
Luahkanlah segala-galanya pada

Yang Merancang dan
Yang Maha Mengetahui.
mohonkanlah agar

dikurniakan kekuatan demi kekuatan
kerna...
itu petanda kita hambanya..

hamba yang lemah..
& Allah SWT itu....

Tuhan kita Yang Maha Esa
Yang Maha Mendengar Lagi

Maha Mengasihani.
"TIADA DAYA KEKUATAN MELAINKAN DENGAN ALLAH"

Sabtu, 26 Disember 2009

TAZKIRAH BUAT SEMUA

"Melakukan dakwah kepada jalan yang baik adalah tugas utama dalam hidup. Padahal jin dan manusia diciptakan ke dunia ini adalah untuk mengabdikan diri pada Allah, kalau tidak beribadat kepada Allah apalah ertinya hidup itu. Umur terlalu pendek didunia ini. Umur yang pendek itu mesti diisi, sehingga setelah manusia mati sekalipun, namun iman dan amal salihnya masih hidup dan akan tetap hidup"
-Tafsir Al-Azhar, Prof Dr Hamka-

Jumaat, 25 Disember 2009

SIAPALAH AKU...

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang)
anak cucu Adam keturunan mereka dan
Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman),
"Bukankah Aku ini Tuhanmu?"
Mereka menjawab, "Betul (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi".
(Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan,
"Sesungguhnya ketika itu kami lengah terhadap ini".

Khamis, 24 Disember 2009

BERSYUKURLAH WAHAI SAHABATKU...

Hidup dalam dunia ini untuk bersyukur.

-Syukur kepada orang yang menyakitimu kerana dialah orang menabahkan hati kamu.
-Bersyukur kepada orang yang menipu kamu kerana dialah orang yang meningkatkan pengetahuan kamu.
-Bersyukur kepada orang yang tidak mengendahkan kamu, kerana dialah orang yang mengajarkan kamu berdikari.
-Bersyukurlah kepada orang yang menjatuhkan kamu, kerana dialah orang yang memperhebatkan abiliti kamu.
-Bersyukurlah kepada orang yang menyeksa kamu, kerana dialah orang yang menguji kesabaran kamu.
-Bersyukurlah dari segala ujian dariNya, kerana semuanya meningkatkan iman kamu.

Moga redha Allah sentiasa bersamamu..

Rabu, 23 Disember 2009

KERANA-MU YA ALLAH

~Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia sebab akhirat
itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya~
"Kejayaan bukannya selalu dimiliki dan bukan juga atas usaha kita semata-mata. Soal utama dan pertama keberkatan dariNya. Bukan hendak menafi titik peluh kita, tapi kita harus sedar adanya ALLAH yang mengatur segala.. Biarpun sejuta ilmu kita dalami, ia tak berharga andai tiada keberkatan dariNya kerana Dia pemilik segala ilmu yang ada, yang tersebar di bumi mahupun yang terahsia di alam maya. Hadirkan dalam hati keinsafan, hanya ilmu menjadi wadah mendekati Tuhan.."
"Kejayaan hakiki adalah pada hati ini sahabatku.. Pelihara ia sedayamu, nescaya urusan dunia akan dipermudahkan. Teguhkan kepercayaan dan halalkan fikiranmu hanya untuk yang positif.. Usaha sehabis kudrat kerana peluang beramal hanya sekilas.. Allah ada, dekat denganmu."

Selasa, 22 Disember 2009

BUATMU YANG MERINDUI HIDAYAH


puas sudah,
ku cari kebahagiaan,
di sisi teman-teman,
ku dapat hnya kelalaianku cari lagi,

di hati seorang kekasih,
ku dpt hnya kekecewaan,
dan ku terus mencari,
dalam meniti hari,
penuh kekosongan...
oh,
di mana lagi harus ku mencari,
membawa sekeping hati,

yg sarat kerinduan,
rindu yg tiada haluanaku keliru sendiri,
apa yg ku cari,
apa yg ku perlukan aku masih tak bisa mengerti,

yg pasti,
kekosongan hati ini minta diisi sejenak ku tersandar,
aku mencari cinta agung,
buat jiwaku yg merindukan,

hakikat kebenaran,
cahaya yg membelah kegelapan,
melimpah cemerlang mengisi kekosonganku sedar,
destinasi pencarianku disini,

ku mencari-Mu Tuhan,
mengharap keredaan,
menagih kebahagiaan,
dan sinar cahaya iman..

Isnin, 21 Disember 2009

JAMPI????

َDaripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a.; Bahawa beberapa orang di kalangan sahabat Rasulullah s.a.w. sedang berada dalam perjalanan melalui salah satu dari perkampungan Arab. Mereka berharap dapat menjadi tetamu penduduk kampung tersebut. Namun ternyata penduduk kampung itu tidak mahu menerima mereka sebagai tetamu. Namun begitu ada yang bertanyakan kepada mereka; ”Adakah di antara kalian yang boleh menjampi? Karana ketua kampung kami terkena sengatan binatang. Salah seorang daripada para sahabat itu menjawab: Ya, ada. Sahabat tersebut kemudiannya melawat ketua kampung yang sedang sakit itu dan menjampinya dengan Surah Al-Fatihah. Ternyata ketua kampung itu sembuh, lalu diberikanlah kepadanya beberapa ekor kambing. Sahabat itu menolak untuk menerimanya dan berkata: Aku akan bertanyakan dahulu kepada kepada Nabi s.a.w. Dia pun pulang menemui Nabi s.a.w. lalu menceritakan peristiwa tersebut kepada Rasullullah. Dia berkata: Ya Rasulullah! Demi Allah, aku hanya menjampi dengan Surah Al-Fatihah. Mendengar kata-kata itu lalu Rasulullah s.a.w. tersenyum dan bersabda: Tahukah engkau bahwa Al-Fatihah itu merupakan jampi? Kemudian baginda bersabda lagi: Ambillah pemberian dari mereka itu dan asingkan sedikit untuk bahagianku. (Hadis Riwayat Imam Muslim)

Ahad, 20 Disember 2009

HAZRAT KUMAIL MELALUI SUTU KUBUR


Hazrat Kumail(rah.) berkata, "Aku bersama Hazrat 'Ali(rah.)

dalam satu perjalanan.

setelah tiba di satu kawasan beliau telah berpaling ke arah satu kubur lalu berkata, "Wahai kamu ahli kubur.

Wahai kamu yg tinggal di aklangan orang yg telah binasa.

Wahai kamu yang kesunyian lagi keseorangn.

Apakah berita kamu dan apakah keadaan kamu?"

Kemudian beliau berkata lagi, "berita kami pula, selepas kematian kamu, harta-harta kamu telah dibahagi-bahagikan.

Anak-anak kamu telah menjadi yatim dan isterimu telah berkahwin lain.

Itulah berita daripada kami.

Ceritakanlah berita kamu pula."

Kemudian beliau berpaling ke arah sy lalu berkata,

"Wahai Kumail, sekiranya mereka dibenarkn berkata-kata dan mereka boleh berkata-kata maka pasti mereka akan menjawab bahawa sebaik-baik bekalan ialah taqwa,"

Kemudian beliau telah menangis dan berkata,

"Whai Kumail, kubur ialah tempat menyimpan amal dan hanya disedari setelah seseorang itu mati.

[muntakhab kanzul-'ummal]

Sabtu, 19 Disember 2009

KHAS BUAT SEMUA MAKHLUK ALLAH S.W.T

"Kdg2 tarbiyyah buat kita lemah,
tp tarbiyyah juga buat kita kuat,
kdg tarbiyyah buat kita penat,
malah tarbiyyah juga yg buat kita puas.

kenapa dikeluhkan resah?
kenapa dinaungi lemah?
bukankah Allah janjikan syurga sbg tukaran segala perit?
bersyukurlah kita diberi peluang utk bekerja dgn 'BOSS' yg plg PEMURAH...

seringkali langkah lemah krn rengekan nafsu..
seringkali hati jemu krn culas ikhlas..
seringkali air mata mengalir krn tekanan derita jiwa yg keletihan..
dn jiwa lemah krn tapak hati yg kian haus dr rahmat Allah..

DUHAI ANSORULLAH
jgn mudah mengalah
jgn biar karat2 jemu menghentami orak mindamu
jgn bnrkn girang kemalasan melabuhi hatimu
jgn izin raja nafsu memerintahi jiwamu

TERUSLAH melangkah
TERUSLAH mujahadah
TERUSLAH berjuang

demi sebuah 'kemenangan'..
sehingga dirimu lemas dlm lautan syahid...

SENYUMLAH PD MEHNAH YG DATANG...

Jumaat, 18 Disember 2009

ALLAH ITU BENAR

Mutiara kata Sufian bin U'yainah:

"Mengumpat lebih dahsyat daripada hutang. Hutang boleh dibayar dan mengumpat tak boleh dibayar."
"Kalaulah hati2 kita bersih nescaya hati2 kita tidak puas utk menikmati bacaan al-Quran."

Tazkirah hari ini:
"Sifat Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa itu ialah air sungai-sungainya sentiasa mengalir di sekitar tamannya; makanannya kekal tidak putus-putus dan naungannya sentiasa teduh. Itulah kesudahan usaha orang-orang yang bertakwa, sedang kesudahan usaha orang-orang yang kafir pula ialah Neraka". Surah Ar Ra'd ayat 35 .

Tazkirah: "Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. Surah Ar Ra'd ayat 28.

Tazkirah Hari Ini:
" Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka (dari hal-hal dunia) dan apa yang di belakang mereka (dari perkara akhirat); sedang mereka tidak mengetahuinya secara meliputi. Surah Toha ayat 110.

Khamis, 17 Disember 2009

TAZKIRAH



"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan".Surah al Isra' 70.

Rabu, 16 Disember 2009

GANJARAN & KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH

1. Islam menekankan ttg kepentingan solat berjmaah kerana pahala nya adalah 27 kali ganda daripada solat bersendirian...
2.kelbihan solat isyak brjemaah, sabda Rasulullah: sesiapa solat isyak berjemaah,maka seolah-olah ia solat setengah malam.Dan sesiapa solat subuh secara berjemaah, seolah-olah ia solat semalaman sekaliannya.
3. Kelebihan solat 40 hari secara berjemaah.Sabda Nabi: barangsiapa solat 5waktu 40 hari scr berjemaah beserta takbiratul ihram bersama imam,nescaya dia mndapat 2 plepasan,
a)klepasan dari munafiq
b)kelepasan dari azab api neraka-(HR:al-tarmizi)
4.janji syurga daripada Allah dan sebaliknya
5. solat 5 waktu menghapuskan dosaoleh itu sahabatku,marilah kita sama-sama menunaikan kewajipan kita yang telah kita janjikan pada Allah di awal penciptaan kita suatu masa dulu...bersama-samalah kita membaiki kelemahan solat krana ssungguhnya solat itu mrupakan asas yang kukuh dalam beragama...
waallahua'lam...

Selasa, 15 Disember 2009

100 HARI SEBELUM KEMATIAN KITA



- TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI -

Ini adalah tanda pertama dari Allah swt kepada hambaNya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakiNya..Walau bagaimanapun, semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sedar sahaja..Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas Asar..Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil..Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian,tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat..Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini,maka ini adalah peluang untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati..

- TANDA 40 HARI SEBELUM HARI MATI -
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar..Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut..Pada ketika ini, daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang terletaknya diatas Arash Allah swt..Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaan keatas kita..Antaranya adalah ia akan mengikuti kita sepanjang masa..Akan terjadi, malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu..Dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasa binggung seketika..Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang,tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya..
- TANDA 7 HARI SEBELUM HARI MATI -
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji musibah kesakitan dimana orang sakit yang tidak makan,secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan..
- TANDA 3 HARI SEBELUM HARI MATI -
Pada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi,iaitu diantara dahi kanan dan kiri..Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu,supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis,dan ini akan memudahkan urusan orang yana akan memandikan kita..Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi..Dan bagi orang yang sakit hidungnya, akan perlahan-lahan jatuh,ini dikesan jika dilihat dari bahagian sisi..Telinganya akan layu dimana bahagian hujung akan beransur masuk kedalam..Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan..
- TANDA 1 HARI SEBELUM HARI MATI -
Akan berlaku sesuatu di waktu Asar,dimana kita akan merasakan satu denyutan disebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun,dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui Asar keesokan harinya..
- TANDA AKHIR -
Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke halkum..Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah Syahadah dan bediam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah swt yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan kita..

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud..Cuma amalan dan ketaqwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini..Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah swt,semoga kita adalah diantara orang-orang yang dipilih oleh Allah swtyang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini..Semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunansamada dari Allah swt mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang..Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah swtyang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi Maha Mengasihanimaka diriwayatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masihboleh diubah dengan amalan doa samada dari diri sendiriataupun doa dari orang lain..Namun ianya adalah ketentuan Allah swt semata-mata..Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoasemoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah swtserta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikirandalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah swt..Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt,dan apa yang salah dan silap dari kelemahan manusia sendiri..

Isnin, 14 Disember 2009

KERANA AKU JUA WANITA

Banyak sekali lagu-lagu yang bertema wanita, menyanjunginya, memujinya setinggi langit. Keindahan wanita digambarkan dalam banyak lagu dan puisi. Bahkan Iwan Fals dalam sebuah lagunya menyatakan wanita sebagai syaitan yang menarik ke dalam neraka yang asyik. Sebegitu hebatkah wanita? Para pelukis terkenal pun tidak ketinggalan menjadikan wanita sebagai objeknya.Di dalam Al-Qur’an pun digambarkan,Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik.(QS. Ali ‘Imran: 14)Kerana keindahannya itulah, wanita dieksploitasi. Foto-foto wanita bertebaran dimana-mana dengan gaya apapun. Hanya sedikit iklan produk yang tidak menyertakan wanita sebagai ikonnya. Wanita menjadi hujung tombak pemasaran sebagai stand guide, pramuniaga, dan public relation. Wanita menjadi industri yang menguntungkan. Majalah Playboy dan lainnya yang mengekploitasi keindahan tubuh wanita menjadi tumbuh subur. Business ini pun merambah ke sambungan-sambungan telefon yang memanfaatkan keindahan suara wanita.Sedarkah wanita menjadi objek yang dimanfaatkan untuk kepentingan syahwat perut dan dibawah perut? Benarkah untuk memenuhi kebutuhan perut harus mempamerkan perut atau bahagian tubuh lainnya?Rasulullah Sallallahu Alayhi wa Sallam bersabda:Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir), dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.(HR. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan ‘Imran serta selain keduanya)Dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokka n kepala mereka karena sombong dan berpaling dari ketaatan kepada ALLAH dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti punuk onta. Mereka tidak masuk surga dan tidak mendapatkan wanginya surga padahal wanginya bisa didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.(HR. Muslim dan Ahmad dari Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu)Dari ‘Imran bin Husain beliau berkata Nabi Sallallahu Alayhi wa Sallam bersabda:Sesungguhnya penduduk syurga yang paling sedikit adalah wanita.(HR. Muslim dan Ahmad)Keindahan wanita menjadi ujian bagi lelaki manapun. Wanita sekarang menjadi objek yang hina. Mereka meninggalkan Islam yang memuliakan wanita dengan kewajipan menjaga aurat dan suara.Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya.(QS. An-Nuur: 31)Juga Firman-NYA:Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(QS.Al Ahzaab: 59)Hai isteri- isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik.(QS. Al- Ahzab: 32)Rasulullah Sallallahu Alayhi wa Sallam juga bersabda tentang fitnah wanita dalam shahih bukhari,Tidaklah aku tinggalkan sesudahku suatu fitnah yang lebih membahayakan bagi lelaki daripada wanita. Wanita menjadi fitnah ketika mereka menjadi alat membangkitkan nafsu dan keinginan bagi lelaki.Jadi, berhati-hatilah wahai wanita kerana kamu tidak kurang disekelilingi oleh ramai lelaki!

Ahad, 13 Disember 2009

10 MAYAT YG TAK KAN REPUT

" Cuma merupakan suatu peringatan dan pengetahuan buat diri saya yang sering alpa - ditambah di sini sebagai suatu panduan untuk diri saya sendiri dan bagi sesiapa yang masih belum mengetahuinya" - Petikan drpd sudut Agama - Berita HarianDALAM satu riwayat menyatakan, apabila makhluk dibangkitkan dari kubur mereka berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun umur akhirat dalam keadaan tidak makan, minum, duduk dan bercakap.Bertanya orang kepada Rasulullah saw: “Bagaimana kita dapat mengenali orang mukmin pada hari kiamat?”Jawab Rasulullah: “Dikenal kerana wajah mereka putih disebabkan wuduk. Apabila kiamat, malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka kecuali pada tempat sujud.“Bekas sujud tidak dihilangkan. Maka memanggil dari zat yang memanggil.“Bukanlah debu itu daripada debu kubur mereka, akan tetapi debu itu adalah debu keimanan mereka.“Oleh itu, tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat mukmin itu mengetahui mereka adalah pelayan-Ku dan hamba-Ku.”Disebutkan hadis Rasulullah, 10 orang yang mayatnya tidak busuk serta tidak reput dan akan bangkit dalam tubuh asal pada waktu mati.
1-Nabi.
2-Ahli jihad.
3-Alim ulama.
4-Syuhada.
5-Penghafal al-Quran.
6-Pemimpin yang adil.
7-Tukang azan.
8-Wanita mati bersalin.
9-Orang mati dianiaya.
10-Orang yang mati pada siang hari atau di malam Jumaat
jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.Dalam satu riwayat yang lain dari Jabir Abdullah, Rasulullah bersabda: “Apabila datang hari kiamat dan orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan, maka Allah memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:“Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku mengeluarkan hamba-Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka dalam keadaan letih dan dahaga. Ambillah dan berikan mereka makanan yang digoreng dan buah-buahan syurga.”Maka, malaikat Ridhwan menyeru: “Wahai sekalian kawan dan semua anak yang belum baligh.” Lalu mereka datang dengan membawa dulang daripada nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun kayu di bumi.Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap seperti firman Allah dalam surah Al-Haqqah bermaksud: “Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan amal yang kamu kerjakan pada hari yang lalu itu.”

Sabtu, 12 Disember 2009

DOA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih... Ya Allah... limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan... serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan... Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan... demi kemurahan Mu... wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan... Ya Allah... ampunilah segala dosaku ... dan jauhkanlah aku dari azab seksa api nerakaMu... dan azab seksa di alam baqa serta jauhkanlah dari seksanya ketika sakaratulmaut... Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah zat yang menghimpunkan manusia pada hari Qiamat... Sesungguhnya Engkau tidak akan menyalahi janji... Ya Allah... himpunkanlah apa yang ku inginkan ... (sebutkan keinginan-keinginan tersebut)... kerana sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu... Ya Allah... tambahkanlah kepadaku ilmu... dan berikanlah aku faham dengan pengertian yang baik... Ya Allah... aku memohon padaMu petunjuk, ketaqwaan, kesucian tubuh dan kekayaan jiwa... Ya Allah... matikanlah aku dengan mati yang baik (mampu mengucap kalimah syahadah)... dan janganlah matikan aku dengan mati yang buruk dan keji (mati tidak beriman) Ya Allah... tetapkanlah kami dalam agama Islam... dan ampunkanlah segala dosa-dosa yang telah dilakukan samada sengaja ataupun tidak... dan peliharalah iman kami... Amin Ya Rabbal 'alamin...

Jumaat, 11 Disember 2009

DENGKI & DENDAM SENJATA SYAITAN


Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah daripada (hasutan) syaitan, untuk menjadikan orang beriman berduka cita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jugalah hendaknya orang beriman berserah diri." (Surah Al-Mujadalah, ayat 58)
Allah juga akan memberi ganjaran besar bagi mereka yang mampu mengawal perasaan marah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Siapa yang menahan perasaan marah sedangkan dia mampu untuk melaksanakannya (melepaskan kemarahannya), maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di hadapan sekalian makhluk, kemudian disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya." (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)
Firman Allah yang bermaksud:
"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan mohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau sudah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya."
(Surah Ali-Imran, ayat 159)

Khamis, 10 Disember 2009

SIFAT PEMAAF PEMBERSIH HATI & JIWA


Pemaaf adalah salah satu sifat luhur yang perlu disemai dalam setiap hati manusia.
Memang kadang2 susah bagi kita untuk menjadi pemaaf. Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan. Lagi-lagi jika orang melakukan kesalahan besar terhadap diri kita. Semua orang hati lain-lain. Ada yang mudah memaafkan, ada yang sampai dunia akhirat pun tidak mahu memaafkan.
Firman Allah yang bermaksud:
“Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura, ayat 43).
Sifat pemaaf itu lah yang membentuk diri kita menjadi seorang yang berhati mulia dan Allah s.w.t mencintai orang-orang yang bersifat pemaaf.Firman Allah, yang bermaksud: "Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah mencintai orang yang berbuat kebajikan" (Surah Al-Imran:Ayat 132)
Iman dan taqwa adalah tunggak utama dalam melahirkan sifat pemaaf dan syaitan-syaitan pula yang menjadi tempat mendidik sifat pemarah dan syaitan sentiasa mengambil peluang dengan kelemahan manusia yang sedang marah.
Sesiapa berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan yang sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah.Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri dengan memperbanyakkan melakukan ibadat wajib dan sunat. Dengan kekuatan takwa dan iman secara langsung akan menjauhkan perkara yang ditegah, termasuk sifat pemarah.
Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang hasil daripada tarbiyah yang berterusan. Sebab itu, selalu memupuk sifat pemaaf. Bermulalah dengan perkara yang kecil dan mudah hilang sifat marah.Jika ada sesuatu yang menimbulkan perasaan marah, berfikirlah sejenak untuk terlebih dahulu menilai atau muhasabah diri sendiri terlebih dahulu. Renungkan dalam hati sendiri adakah perkara itu juga berpunca dari kita sendiri? Adakah sebelum ini kita mengambil langkah yang wajar untuk mengelak perkara itu daripada berlaku?
Jika kita mampu berfikir sedemikian, cahaya kebenaran mudah memasuki ruang hati dan memberi petunjuk apakah tindakan yang wajar dilakukan seterusnya. Pada ketika itu syaitan tidak berpeluang untuk menyemarakkan perasaan marah, yang lahir adalah keinsafan dan sifat memaafkan.
Sifat pemaaf memberi manfaat yang besar kepada diri sendiri terutama dari segi rohani. Orang yang bersifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri sendiri untuk melakukan kebaikan.Bagi orang yang bersifat pemaaf, padanya tiada seorang pun
dalam hatinya tersimpan perasaan marah. Sebab itu, hati orang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan provokasi yang menekan dirinya.
Banyak masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca sifat marah dan membalas dendam. Biarpun perselisihan kecil, perkara itu tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam masih bertapak di hati.Sikap berdendam hanya merugikan kedua-dua pihak. Paling tertekan ialah pihak yang lebih banyak berdendam. Hatinya tidak tenteram dan sentiasa ada perasaan buruk sangka. Kadangkala, yang berdendam hanya sebelah pihak. Sedangkan, sebelah pihak lagi menganggap persengketaan sebelum ini selesai.
Jika sifat memaafkan diamalkan, insya Allah, kita juga tidak akan menanggung kemarahan daripada orang lain. Sesungguhnya Allah terlebih awal memberi keampunan dengan rahmat-Nya.

Rabu, 9 Disember 2009

MANISNYA IMAN

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)


KELEBIHAN ASMA UL HUSNA

Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud:

"ALLAH mempunyai Asmaa-Ul-Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat ALLAH S.W.T.), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asmaa-ul-husna itu."
- (Surah Al-A'raf:180)

"Katakanlah: "Serulah ALLAH atau serulah AR-RAHMAN. Dengan nama yang mana saja kamu seru. Dia mempunyai al asmaul husna (nama-nama yang terbaik)

"Dialah ALLAH, tiada Tuhan melainkan Dia, Dia mempunyai al-asmaul-husna (nama-nama yang baik)"- (Surah Thaha:8)

Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:

"Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya (menghafal seluruhnya) masuklah ia kedalam syurga" - Riwayat Bukhari

Selasa, 8 Disember 2009

KUASA REDHA

Sesungguhnya orang-orang Yang beriman itu
(yang sempurna imannya) ialah mereka Yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka;
dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.Al-Quran: Al-AnFaal Ayat 2

HIKMAH DI SEBALIK DUGAAN ALLAH


KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

Isnin, 7 Disember 2009

KISAH TELADAN BUAT KITA SEMUA




Ketika sedang berehat datanglah malaikat kepada Nabi Ilyas A.S. Malaikat itu datang untuk menjemput ruhnya.

Mendengar berita itu, Ilyas menjadi sedih dan menangis.

"Mengapa engkau bersedih?" tanya malaikat maut.

"Tidak tahulah." Jawab Ilyas.

"Apakah engkau bersedih kerana akan meninggalkan dunia dan takut menghadapi maut?" tanya malaikat.

"Tidak. Tiada sesuatu yang aku sesali kecuali kerana aku menyesal tidak boleh lagi berzikir kepada Allah, sementara yang masih hidup boleh terus berxikir memuji Allah," jawab Ilyas.

Saat itu Allah lantas menurunkan wahyu kepada malaikat agar

menunda pencabutan nyawa itu dan memberi kesempatan kepada Nabi Ilyas

berzikir sesuai dengan permintaannya.

Nabi Ilyas ingin terus hdup semata-mata kerana ingin berzikir kepada Allah.

Maka berzikirlah Nabi Ilyas sepanjang hidupnya.

"Biarlah dia hidup di taman untuk berbisik dan mengadu serta berzikir kepada-Ku sampai akhir nanti." Kata Allah.

Ahad, 6 Disember 2009

IBLIS....

Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu,
nafsu di sebelah kananmu, dunia di belakangmu,
anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu.
Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama.
Nafsu menyuruhmu berbuat maksiat.
Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat.
Dunia menyeru supaya memilihnya daripada Akhirat.
Anggotamu menyerumu berbuat dosa.
ALLAH menyerumu ke Syurga dan keampunan-Nya.
Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya.
Siapa yang menyahut seruan nafsu terkeluar rohnya (roh kemanusiaan).
Siapa yang menyahut seruan syahwat, terkeluar akalnya.
Siapa yang menyahut seruan anggota, terkeluarlah Syurganya.
Siapa yang menyahut seruan Allah, terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan.

Sabtu, 5 Disember 2009

HIDUP, ISLAM, INSAN

Kebangkitan Islam akhir zaman akan bermula dari Timur.Dan telah mengeluarkan Ibni Abi Syaibah dan Nu'aim bin Hammad dalam Al Fitan dan Ibnu Majah dan Abu Nu'aim dari Ibnu Mas'ud, katanya : “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekelompok anak-anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat akan mereka, maka kedua mata Rasulullah berlinang air mata dan wajah beliau berubah. Akupun bertanya : “Mengapakah kami melihat pada wajahmu, sesuatu yang kami tidak sukai?”. Beliau menjawab : “Kami Ahlul bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia, kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran sepeninggalanku kelak, sampai datangnya suatu kaum dari sebelah timur yang membawa bersama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan , tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kemenangan. Lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu, tetepi mereka tidak menerimanya hingga mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa diantara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka walalupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Al Mahdi.”

Jumaat, 4 Disember 2009

RENUNGAN BUAT KITA

Jadual Allah Untuk Kebangkitan Islam akhir zaman
“Telah berlaku Zaman Kenabian atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang ALLAH kehendaki.
Kemudian ALLAH mengangkat zaman itu.
Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (khulafa’ ur Rasyidin) yang berjalan seperti Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang ALLAH kehendaki.
Kemudian Allah Mengangkatnya,
lalu berlakulah Zaman Pemerintahan yang Menggigit (Zaman Fitnah). Berlakulah zaman itu sebagaimana yang ALLAH kehendaki.
Kemudian ALLAH mengangkatnya pula.
Kemudian berlakulah Zaman Penindasan dan Penzaliman (pemerintahan diktator) dan berlakulah Zaman itu sebagai mana yang ALLAH kehendaki.
Kemudian berlaku pula Zaman Kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa) yang berjalan di atas cara hidup Zaman kenabian”. Kemudian baginda diam.
(Riwayat Ahmad)

Khamis, 3 Disember 2009

7 HABUAN ORG MATI SYAHID

Daripada Ubadah bin Shomit katanya bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : Di sisi Allah, orang yang mati syahid itu akan mendapat 7 ganjaran iaitu :

1. Mendapat keampunan pada permulaan darahnya memancar keluar
2. Melihat tempat duduknya di Syurga
3. Dihiasi dengan hiasan iman
4. Dikahwinkan dengan bidadari Syurga
5. Dilindungi daripada seksa kubur
6. Diamankan daripada kedahsyatan hari qiamat
7. Dipakaikan mahkota kehormat di atas kepalanya di mana satu mutiara daripadanya adalah lebih baik daripada dunia dengan segala isinya serta diizinkan pula memberi syafaat kepada 70 orang dari kalangan ahli keluarganya

- Dikeluarkan oleh imam Ahmad, Al-Bazzar dan At-Tobarani

Rabu, 2 Disember 2009

15 PANDUAN MENGEMBANGKAN SIFAT SABAR

Selagi kita hidup, selagi itulah kita harus bersabar...
jgn ikutkan sgt gerak nafsu yg terlalu amarah itu...
jika tidak, nescaya akan membakar diri kita sendiri...
So, mari lah kita kongsi bersama 15 panduan yg boleh
mengembangkan sifat sabar kita...
INSYAALLAH...

1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.
2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.
3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.
4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.
5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.
6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.
7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.
8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu.
9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.
10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.
11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.
12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu (moodiness) dalam diri seseorang adalah terlalu penting.
13. Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik inipun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu. Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-rubah diri anda itu.
14. Jangan fikir bahawa cita-clta dan apa yang anda kehendaki adalah terlalu penting.
15. Terimalah hakikat bahawa wujudnya kesulitan jika terlalu mengharapkan sesuatu perkara dalam hidup, terhadap diri anda dan orang lain. Jika anda terlalu berharap, kedukaan dan kekecewaan akan menjadikan anda sedih dan berkelakuan hilang sabar.

Sociable

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SUAMIKU YG TERAMAT KUSAYANGI..

SUAMIKU YG TERAMAT KUSAYANGI..
Memahami,Penyayang,Penyabar,Sporting dan yg paling penting...menerima aku dan keluargaku seadanya.....Aku bertuah memiliki seorg suami sepertinya..:)

INILAH IBUKU YANG AMATKU SAYANGI

INILAH IBUKU YANG AMATKU SAYANGI
TERIMAH KASIH IBUKU...hanya ucapan itu yg mampu ku berikan untukmu yg selalu menyayangiku.Hanya ALLAH yg dapat membalas segala pengorbananmu kepadaku sejak aku dilahirkan sehingga nafasku yg terakhir.Aku bersyukur memilikimu sebagai ibuku dunia akhirat.

DIALAH SEORANG AYAH YG AMAT PENYAYANG

DIALAH SEORANG AYAH YG AMAT PENYAYANG
Aku beruntung memiliki seorang ayah yg amat penyayang.Terlalu byk yg dikorbankan untuk membesarkan kami adik beradik.Terima kasih di atas segala pergorbananmu ayahku.sesungguhnya,hanya ALLAH yg dapat membalas jasa baikmu padaku..Dan hanya ALLAH yg mengetahui sayangnya aku padamu ayahku.

ADEQ YG SELALU MERIUHKAN KEADAAN KELUARGAKU..

ADEQ YG SELALU MERIUHKAN KEADAAN KELUARGAKU..
Seorang berhati baik walaupun zahirnya selalu membuat kami sekeluarga riuh dengan perangainya yg tak dapat ditafsirkan.

SATU2NYA ADEQ YG PEMALU

SATU2NYA ADEQ YG PEMALU
Ni adeq aku yg sedang belajar kat matrik labuan.Tapi seorang yg pemalu dan pendiam.Banyak berahsia dan tidak mudah di dekati.Dan seorang yg sensitif giler...

....WARTAWAN ASTRO...

....WARTAWAN ASTRO...
Pembawa khabar atau cerita yg sensasi.Tak kiralah luar atau dalam kawasan..yg penting semua berita 100% betul dan bukanlah gosip semata2.Skg tgh study form 6...mana2 wartawan pun kene blajar dari dia kalu nak cari liputan yg PANAZZZZ...

NI BUAH HATI PENGARANG JANTUNG KAMI SEKELUARGA

NI BUAH HATI PENGARANG JANTUNG KAMI SEKELUARGA
Adeq yg jadik kebahagiaan kami sekeluarga.Yg memgubati hati ibu dan ayah bila sunyi..penuh dengan keletah nakal dan cerewet..Tapi itulah yg menjadi kegembiraan kami.

USAHA, DOA DAN TAWAKAL

Jangan pernah kenal putus asa dalam kehidupan..inilah yang aku pelajari dari seseorg yg bernama suami.Hadapi semua cabaran dan dugaan dengan senyuman yg membanggakan.Kerana itu akan membuat kita lebih maju dalam kehidupan dunia dan akhirat.Seimbang dalam percaturan hidup,carilah keberkatan dalam usaha kita. INSYA'ALLAH........
;

BELI KOMPUTER DENGAN HARGA YANG MURAH