Rabu, 31 Mac 2010

SESEDAP KATA-KATA

Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini

Selasa, 30 Mac 2010

HATIKU....

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita

Isnin, 29 Mac 2010

TANYA HATI MU...

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan

Ahad, 28 Mac 2010

BENARKAH???

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji

Sabtu, 27 Mac 2010

CELOTEH...

Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya

Jumaat, 26 Mac 2010

FIKIRKAN...

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai".

Khamis, 25 Mac 2010

HADITH PILIHAN...

Ya..minta lah dengan jalan yang sabar.. bacalah terjemahan Al-Quran, fahami betul-betul maksud nya.. ia jelas dan tidak banyak kiasan yang melalut. Ia mula-mula diturunkan kepada manusia yang buta huruf dan tidak cerdik macam kita, tetapi mereka boleh memahaminya, jadi tiada lojik mengatakan Al-Quran hanya untuk para cendikiawan agama atau seseorang perlu arif dan mempunyai ilmu yang tinggi untuk memahami Al-Quran. Itu semua alasan manusia yang malas dan memperkecilkan AQ. Allah menempelak manusia dan jin seperti ini, seperti dalam ayat Nya : Surat Al-A'raf 7:179

Selasa, 23 Mac 2010

MEMBACA AL-QURAN DPT MENGUBAH DIRI

Sesiapa yang membaca Quran maka dia dapat pahala qiraah sebagaimana yang disebut dalam beberapa hadith yang soheh. Tetapi membaca saja tidak akan dapat hidup selamat selagi tidak mengamalkan isi kandungannya. Oleh itu amalkan apa2 yang disuruh dan dilarang dalam Quran, barulah terasa ada perubahan dalam diri InsyaAllah.
-USTAZ AZHAR IDRUS-

Isnin, 22 Mac 2010

DI KALA HATI BERBISIK

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala cinta
cinta..

Ahad, 21 Mac 2010

TASBIH ALAM

(Bertasbih kepada Nya segala yang ada di Langit dan Bumi – Al-Hashr: 24)
Di syahdu malam

Di atas sejadah alam

Hening turun menyelubungi

Ruang menakjubkan ini

Lalu dalam asyik

Tunduk bukit khusyuk meratib

Bergerak jari-jari membilangi

Pasir di pantai ombak lafaz terungkai

Kemudian tafakur memanjang

Mendalam laut renungan

Meninggi langit kerohanian

Terpusat diri pada Ilahi

Fana alam dalam lintasan

Abadi Tuhan dalam kewujudan

Halusnya bayu mengharu kalbu

Mengarak awan menipis

Sayu menghiris

Hangat menitis

Demikian mesra alam dengan bahasanya

Selamanya bertasbih pada Yang Esa.



Sabtu, 20 Mac 2010

BUAT RENUNGAN HARI INI

Telah Bersabda Nabi s.a.w : Yang bermaksud:

"Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah Akal,Agama, Malu dan Amal soleh. Maka....

Akal boleh hilang disebabkan marah.
Agama boleh hilang disebabkan dengki.
Malu boleh hilang disebabkan tamak.
Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.
Manusia akan menghadapi 4 penarikan:

Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
Para ahli waris akan menarik hartanya.
Ulat akan menarik tubuhnya.
Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.
Dari Ali r.a yang bermaksud: Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:

Memberi maaf pada waktu marah.
Suka memberi pada waktu susah.
Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.
Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud: Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:

Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua
Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah di timpa bencana.
Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.
Sama-samalah kita renungkan bersama!

Khamis, 18 Mac 2010

PENTINGNYA SEMBAHYANG SEHARI SEMALAM

Subuhnya
Di mana aku berada masih enak dalam kelambu rindu sambil berpoya-poya dengan waktu masa bagaikan menderu langkah tiada arah tuju fikiran terus bercelaru terlupa aku semakin di hujung waktu siapa aku di depan Tuhanku.

Zohornya
Aku lebih memikikran kelaparan kehausan dan rehatku aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku aku bertolak ansur dengan waktu aku gembira membilang keuntungan aku terlupa betapa besar kerugian jika aku menggadaikan sebuah ketaatan siapa aku di depan Tuhanku.

Asarnya
Aku lupa warna masa cepat berubah bagaikan ditolak-tolak aku masih dengan secawan kopiku terlupa panas tidak di hujung kepala aku masih bercerita tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka siapa aku di depan Tuhanku.

Maghribnya
Aku melihat warna malam tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya mencari sisa-sisa keseronokan tidak terasa ruang masa yang singkat jalan yang bertongkat-tongkat ruginya bertingkat-tingkat siapa aku di depan Tuhanku.

Isyaknya
Kerana masanya yang panjang aku membiarkan penat menghimpit dadaku aku membiarkan kelesuan menggangguku aku rela terlena sambil menarik selimut biru bercumbu-cumbu dengan waktuku siapa aku di depan Tuhanku.Kini aku menjadi tertanya-tanya sampai bila aku akan melambatkan sujudku apabila azan berkumandang lagi aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi kerana di hujung hidup ada mati bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di disini jika ruangku dibiarkan kosong jika wajahku menjadi asing pada mentari dan juga bintang-bintang.

Rabu, 17 Mac 2010

ISTILAH BER'COUPLE' BERLANDASKAN ISLAM

Istilah bercouple berlandaskan Islam itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya.

Wahai kaum muslimin,wahai ustaz n wahai ustazah yg telah menghalalkan apa yg haram,rahmat Allah itu sentiasa ada di hati antum dan antunna sekalian...

Apakah al quran yg kalian imani tidak terkandung firman Allah dlm surah annur ayat 30-31 ?Allah memerintahkan kita agar lelaki dan wanita Islam menutup pandangan dari perkara maksiat, menjaga kehormatan diri dan tidak boleh menzahirkan perhiasan badan kecuali yang biasa kelihatan sahaja iaitu muka dan tapak tangan bagi kaum wanita.

Apakah islam yg kalian anuti tidak terkandung hadis nabi saw yg berbunyi"Tiadalah aku tinggalkan setelahku selainfitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripadawanita. "(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi,Ibnu Majah)

Sekian,
kata2 sesiapa shj bisa ditolak melainkan kata2 itu datang dari lidah rasulullah saw..

Isnin, 15 Mac 2010

WASIAT IMAM HASAN AL BANA

Wasiat ini BUKAN sekadar untuk renungan..TETAPI mengajak kepada perlaksanaan… Assalamualaikum sahabat sakalian, marilah kita renungkan wasiat Imam Hasan Al Bana ini.

Apabila mendengar azan, maka bangunlah solat serta-merta walau dalam keadaan apa sekali pun.
Bacalah al-Quran, tatapilah buku ilmu, pergilah ke majlis ilmu, dan amalkan zikrullah serta jangan membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekali pun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa kebaikan.
Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah perkara yang sia-sia, malah menyakiti hati orang.
Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan janganlah bercakap melainkan yang memberi kebajikan.
Berkenal-kenalan dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, gunakan masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskan pelaksanaannya.

Ahad, 14 Mac 2010

BAB NERAKA

عَنْ النعمان بْنِ بَشِيْر يَخْطُبُ وَهُوَ يَقُالُ سَمِعْتُ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَيَقُولُ إِنَّ أَهْوَنَ أَهْلِ النَّارِ عَذَابًا يَوْمَ الْقِيَامَهِلَرَجُلٌ تُوضَغُ فِى أَخْمَصِ قَدَمَيْهِ جَمْرَتَانِيَغْلِى مِنْهُمَا دِمَاغُهُ
Dari Nu'man b. Basir, katanya : " Saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya seringan-ringan azab penghuni nerana pada hari kiamatialah seorang lelaki yang diletakkan dua buah bara di bawah tapak kakinya, yang mendidih otaknya kerana kepanasan".

Hadis sahih riwayat Muslim

Sabtu, 13 Mac 2010

BAB SYURGA

عَنْ أَبِى سَعِيْدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَأَمَّا أَهْلُ النَّارِ الَّذِيْنَ هُمْ أَهْلُهَا فَأِنَّهُمْ لا يَمُوتُونَ فِيْهَا وَلا يَحْيُوْنَوَلَكِنْ نَاسٌ أَصَا بَتْهُمُ النَّارُ بِذُنُوبِهِمْ أَوْ قَالَ بِخَطَايَاهُمْفَأَمَا تَهُمْ اِمَاتَةً حَتَّ اِذَاكَانُوا فَحَمَا أُذِنَ بِالشَّفَاعَةِ فَجِئَ بِهِمْ صَبَائِر فَبُشُّوا عَلَى أَنْهَارِ الْجَنَّةِ ثُمَّ قِيْلَ يَاأَهْلَ الْجَنَّةِ أَفِيْضُوا عَلَيْهِمْفَيَنْبُتُونَ نَبَاتَ الْحَبَّةِ تَكُونُ فِي حَمِيلِ السَّيْلِ

Dari Abu Said, katanya " :Bersabda Rasulullah s.a.w. : " Bahawa penghunu neraka yang abadi,selamanya tidak akan mati dan sentiasa hidup menderita. Tetapi ada pulakaum yang dibakar sekadar dosanya, kemudian di matikan, setelah menjadi arang, datanglah pembelaan. Golongan itu di bawa sekelompok-sekelompok lalu diseahkan kepada sungai syurga, kemudian penghuni syurga diperintahkan supaya menyelamkandan meratakan air atas tubuh kaum itu. Akhirnya tumbuhlah arang-arang itu seperti tumbuhnya jenis-jenis biji yang terdampar dibawa oleh air bah."

Hadis sahih riwayat Muslim

Jumaat, 12 Mac 2010

KEPENTINGAN SOLAT DAN BATAS KEKUFURAN

عَنْ جَابِر بْنِ عَبْدِ الله يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولُ الله صَلَّى عَلَيْهِ وَسَلَّم يَقُولُ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّركِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلاةِ

Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya: "Bersabda Rasulullah s.a.w.:"Batas antara seseorang dengan kemusyrikan dan kekafiran ialah meninggalkan solat

Hadis sahih riwayat Muslim

Khamis, 11 Mac 2010

PERINGATAN KEPADA KAUM WANITA

عَنْ عَبْدِالله بْنِ عَمْر عنَ رَسُولُ الله صَلَّى عَلَيْهِ وَسَلَّم أَنَّهُ قَالَ يَامَعْشِرَ النِّسَاءِ تَصَدَّ قْنَ وَأَكْثِرْنَ الا سْتِغْفَارَفَأِنِّىرَأَ يْتُكُنَّ اَكْثَرَ اَهْلِ النَّارِ فَقَالَتِ امْرأَةٌ مِنهُنَّ جَزْلَهٌوَمَاَلنَا يَرَسُولُ الله أَكْثَرَ اَهْلَ النَّارِقَالَ تُكْثِرْنَ اللَّعْنَ وَتَكْفُرْنَ العَشِيْرَوَمَا رَايْتُ مِنْ مَا قِصَاتِ عَقْلٍ وَدِيْنٍ أَغْلَب لِذِى لُبٍّ مِنْكُنَّ قَالَتْ يَارَسُولَ الله وَمَانُقْصَانُ الْعَقْلِ وَالدِّيْنِ قَالَ أَمَا نُقْصَانُ العَقْلِ فشهادة امراتين تعدل شهادة رَجُلٍ فَهَذَا نُقْصَانُ الْعَقْلِ وَتَمْكُثُ اللَّيالِى مَا تُصَلِّىوَتُفْطِرُ فِى رَنَضَانَ فَهذَا نُقْصَانُ الدِّيْنِْ

Dari Abdullah bin 'Umar r.a. katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w.:"Hai kaum wanita, berdermalah kamu dan perbanyakkanlah meminta ampun, kerana saua lihat jenismu yang terbanyak dari isi neraka.Maka bertanya seorang wanita yang cerdik, katanya : "Ya Rasulullah, apakah sebab kebanyakkan kami ahli neraka?" Jawab Rasulullah s.a.w. :"Kaum wanita suka mencerca dan mudah melupakan jasa suami, dan saya tidak melihat di antara orang-orang yang kurang pendandan dan agamayang merusakkan jiwa seorang lelaki cerdik dan cermat , lebih dari kaum wanita"Katanya pula: "Apakah yang dimaksudkan kurang pandangan dan kurang agama?"Jawab Rasulullah s.a.w. : "Adapun yang dimaksudkan kurang pandangan ialah kesaksian dua orang wanita sama dengan seorang lelaki, dan wanita tidak sembahyang beberapa malam dan tidak berpuasa dibulanRamadhan , inilah maksud kurang agama".

Hadis sahih riwayat Muslim

Rabu, 10 Mac 2010

SILATURRAHIM.....

Apabila kau berteman, janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan satu kelemahan, kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya, kerana dengan satu keburukan, kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat, janganlah kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu, kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan, janganlah kerana sifat cerianya, kerana andai dia tidak ceria, mungkin kau akan ingin menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia adalah manusia biasa. Bersahabatlah ikhlas kerana Allah SWT....

Selasa, 9 Mac 2010

TAQWA & PERPADUA ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN




Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) [Nak baca lagi..]sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yTAQEang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."

H.R. Abu Daud dan Tirmizi

Isnin, 8 Mac 2010

HADITH PILIHAN

Nabi saw bersbda: "Barangsiapa yg bersikap iffah(tdk meminta-minta) maka Allah akan mnjdknnya org yg bersih. Barangsiapa yg merasa cukup maka Allah akan mnjdknnya kaya dan barangsiapa yg berusaha utk sabar maka Allah akan mnjdknnya seorg penyabar. Tdk ada org yg diberi kurnia yg plg baik dan plg luas drpd kesabaran" (HR Bukhari dan Muslim)

Sabtu, 6 Mac 2010

TARBIYAH HATI...

Hati perlu ditarbiyah atau dididik
bersungguh-sungguh supaya
menjadi hati yang hidup,
hati yang sentiasa ada hubungan dengan
Allah SWT,
hati yang yakin bahawa kita akan bertemu Allah,
hati yang yakin bahawa Allah akan
mengira segala amalannya,
hati yang sentiasa mengharapkan rahmat Allah dan
hati yang takut akan azab Allah SWT.
Bermula dari hati….
Maka Allah akan merubah keadaan
hal sesuatu kaum itu apabila mereka merubah apa yang ada dalam hati mereka.

Jumaat, 5 Mac 2010

TUNTUTAN KHUYUK DLM SOLAT

Sebenarnya khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:-

yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2]. Firman-Nya lagi:-

"Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk" [Surah Al-Baqarah : ayat 238] dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain. Firman Allah lagi:-

yang bermaksud : "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]

SIAPA MEREKA...? SIAPA KITA....?

siapakah org yg paling sibuk??

org yg paling sibuk adalah org yg suka menundakan waktu solatnya, seolah-olah ia harus mengurus kerajaan sebesar kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

siapakah org yg manis senyumannya??

Orang yg mempunyai senyuman yg manis adalah org yg ditimpa masalah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun" lalu sambil berkata, "Ya Rabb, aku redha dgn ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

siapakah org yg kaya??

org yg kaya adalah org yg bersyukur dgn apa yg ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yg sementara ini.

siapakah org yg miskin??

org yg tidak puas dgn nikmat yg ada, dan selalu menompok-nompokkan hartanya.

siapakah org yg rugi??

org yg sudah sampai usia pertengahan namun masih berat utk melakukan ibadah dan amal2 kebaikan.

siapakah org yg paling cantik??

org yg paling cantik adalah org yg mempunyai akhlak yg baik

siapakah org yg mempunyai rumah yg paling luas??

merka adalah org yg mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan sejauh mata memandang.

siapakah org yg mempunyai rumah yg sempit lg dihimpit??

mereka adalah org yg mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

sipakah org yg mempumyai akal??

mereka adalh org-org yg menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia utk menghindari seksa neraka.

Khamis, 4 Mac 2010

NOTA CINTA HAWA BUAT ADAMNYA...

Buat kamu yang mengerti....

Satu ketika aku merasakan pintu kebahagiaan buatku telah tertutup,
siang atau malam tiada bezanya...
gelap yang aku lihat dan sepi yang aku rasa,
Telah tuhan ciptakan manusia pasangan untuk hidup bersama suka dan duka,
dan aku teraba - raba mencari...namun langkahan kamu menghampiri,
dengan memegang sebentuk kunci,
dan kunci itulah yang telah membuka kembali pintu kebahagian buatku,
terlalu lama aku meratapi pintu yang tertutup dan akhirnya aku sedar,
kamu hadir dalam hidupku untuk memberi aku sinar kebahagian yang lama terpenjara di
dalam sudut hati yang sekian lama berduka.....

DOA darimu untukku..
memberikan aku kekuatan di saat aku jatuh lemah,
dan membuatkan aku percaya bahawa masih ada sinar buat kita,
dan..
kamu juga yang telah membuatkan aku terus bangkit meneruskan langkahan hidup
dengan melupakan kegagalan lalu....

DUNIA adalah lautan yang terlalu luas..
kamu dan aku adalah pengemudi di dalam KAPAL CINTA yang telah kita bina dan usahakan bersama,
dengan berbekalkan iman dan takwa kuharap KAPAL CINTA kita menuju ke destinasi yang benar dan tidak sesat arah tujuan...

CINTA tidak pernah meminta namun ia sentiasa memberi..
DI MANA ADA CINTA DI SITU ADA KEHIDUPAN..

Cinta pada Al- Khaliq dan cinta pada yang mencintai Al-Khaliq...

Telah ALLAH berikan..
2 KAKI buat manusia untuk BERJALAN,
2 TANGAN untuk MEMEGANG,
2 TELINGA untuk MENDENGAR,
2 MATA untuk MELIHAT....

TETAPI mengapa hanya ada 1 HATI pada kita?

KERANA....

ALLAH telah memberikan sekeping lagi HATI pada seseorang untuk kita mencarinya..
dan telah kutemukan kamu dalam pencarianku...

SEMOGA KAMULAH YANG TERCIPTA UNTUKKU....

Rabu, 3 Mac 2010

KELUARGA BAHAGIA IMPIAN SETIAP INSAN

“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba sahaya yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membanggakan dirinya.

MEMBINA HUBUNGAN SEHARUM MAWAR DALAM MENUJU KEREDHAAN ALLAH..
AKU MENCINTAIMU KERANA ALLAH....

Selasa, 2 Mac 2010

PENYOKONG vs PENDOKONG DLM PERJUANGAN

Di mana anda?
Penyokong sejati atau pendokong setia

Perjuangan yang suci ada kedua-duanya

Matlamat mereka Allah Taala

Tidak hirau apa yang dikata

Ukhuwah terbina di dalam keluarga

Pentingkan diri pemusnah utama

Dalam perjuangan ke jalan yang Esa

Berjuang tidak kira di peringkat mana

Berjuang tidak kira berhadapan siapa

Berjuang tidak kira dengan cara bagaimana

Persoalannya?

Berjuangnya kita untuk siapa?

Berjuangnya kita bermotifkan apa?

Berjuangnya kita sasarannya di mana?

Jangan biarkan iman berkata

Aku sekadar mengikut arahan ketua

Pergi ke sini dan pergi ke sana

Matlamatku kabur entah ke mana

Jangan biarkan hati meronta

Bertemu Allah di hari muka

Dia mengetahui apa segala

Berjuang rela atau berdusta

Jangan dibiar diri kita

Pembakar kepada api neraka…

Berjuanglah dengan rela..

Jangan takut pada tohmah dan cerca

Kerana semuanya adat biasa

Seorang pejuang yang mengharap redhaNya.

Isnin, 1 Mac 2010

HADITH HARI INI...

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.
Daripada lbnu 'Umar r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: Hiduplah engkau di dunia seolah-olah
engkau seorang perantau atau musafir lalu.
lbnu 'Umar r.a. pernah berkata:
Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan
apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.
Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

Sociable

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SUAMIKU YG TERAMAT KUSAYANGI..

SUAMIKU YG TERAMAT KUSAYANGI..
Memahami,Penyayang,Penyabar,Sporting dan yg paling penting...menerima aku dan keluargaku seadanya.....Aku bertuah memiliki seorg suami sepertinya..:)

INILAH IBUKU YANG AMATKU SAYANGI

INILAH IBUKU YANG AMATKU SAYANGI
TERIMAH KASIH IBUKU...hanya ucapan itu yg mampu ku berikan untukmu yg selalu menyayangiku.Hanya ALLAH yg dapat membalas segala pengorbananmu kepadaku sejak aku dilahirkan sehingga nafasku yg terakhir.Aku bersyukur memilikimu sebagai ibuku dunia akhirat.

DIALAH SEORANG AYAH YG AMAT PENYAYANG

DIALAH SEORANG AYAH YG AMAT PENYAYANG
Aku beruntung memiliki seorang ayah yg amat penyayang.Terlalu byk yg dikorbankan untuk membesarkan kami adik beradik.Terima kasih di atas segala pergorbananmu ayahku.sesungguhnya,hanya ALLAH yg dapat membalas jasa baikmu padaku..Dan hanya ALLAH yg mengetahui sayangnya aku padamu ayahku.

ADEQ YG SELALU MERIUHKAN KEADAAN KELUARGAKU..

ADEQ YG SELALU MERIUHKAN KEADAAN KELUARGAKU..
Seorang berhati baik walaupun zahirnya selalu membuat kami sekeluarga riuh dengan perangainya yg tak dapat ditafsirkan.

SATU2NYA ADEQ YG PEMALU

SATU2NYA ADEQ YG PEMALU
Ni adeq aku yg sedang belajar kat matrik labuan.Tapi seorang yg pemalu dan pendiam.Banyak berahsia dan tidak mudah di dekati.Dan seorang yg sensitif giler...

....WARTAWAN ASTRO...

....WARTAWAN ASTRO...
Pembawa khabar atau cerita yg sensasi.Tak kiralah luar atau dalam kawasan..yg penting semua berita 100% betul dan bukanlah gosip semata2.Skg tgh study form 6...mana2 wartawan pun kene blajar dari dia kalu nak cari liputan yg PANAZZZZ...

NI BUAH HATI PENGARANG JANTUNG KAMI SEKELUARGA

NI BUAH HATI PENGARANG JANTUNG KAMI SEKELUARGA
Adeq yg jadik kebahagiaan kami sekeluarga.Yg memgubati hati ibu dan ayah bila sunyi..penuh dengan keletah nakal dan cerewet..Tapi itulah yg menjadi kegembiraan kami.

USAHA, DOA DAN TAWAKAL

Jangan pernah kenal putus asa dalam kehidupan..inilah yang aku pelajari dari seseorg yg bernama suami.Hadapi semua cabaran dan dugaan dengan senyuman yg membanggakan.Kerana itu akan membuat kita lebih maju dalam kehidupan dunia dan akhirat.Seimbang dalam percaturan hidup,carilah keberkatan dalam usaha kita. INSYA'ALLAH........
;

BELI KOMPUTER DENGAN HARGA YANG MURAH