Memaparkan catatan dengan label hatiku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hatiku. Papar semua catatan

Sabtu, 8 Januari 2011

SELAMAT ULANG TAHUN SUAMIKU...SEMOGA ALLAH SENTIASA BERSAMAMU...

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku
dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala
perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala
dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah...
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, Amin Ya Rabbal Allamin...

Isnin, 27 Disember 2010

SESUNGGUHNYA.....

Wahai Allah Yang Maha Agung,
Ampunilah seluruh dosa kami
Tutupi dan hapuskan segala aib dan kesalahan kami
Dan berikan kepada kami kesanggupan untuk mengubah dan memperbaiki diri menjadi lebih baik
Kurniakanlah kepada kami akhlak yang mulia
…Peribadi yang indah dan terpelihara

Ya Allah,
Kurniakanlah kepada kami ketenangan hati,
kedamaian hati,
kebeningan dan kebersihan hati,
ketenteraman jiwa
kesegaran berfikir dan ingatan yang tajam

Usir dan buanglah segala kegelisihan, kekhawatiran, ketakutan, kecemasan dan kesedihan dalam hati dan jiwa kami.
Jadikan hati kami tenteram, tenang, dan damai dengan mengingat-Mu
Berharap dan bergantung hanya kepada-Mu

Wahai Pemilik dan Penguasa Segala Hati,
Kurniakanlah kepada kami hati yang bening dan bersih
Hati yang suci, tulus dan ikhlas.

Jumaat, 28 Mei 2010

TOLONG INGATKAN SAYA...

tolong ingatkan saya
andai aku terlupakan Tuhan
dalam kelapangan dan kesibukan
dalam kesenangan dan kesusahan

tolong ingatkan saya
jangan jadi anak derhaka
mak ayah dilupakan jangan
usah diluka hati dan perasaan

tolong ingatkan saya
supaya ingat pesanan guru
bukan sekadar peringatan
tapi tarbiyah berpanjangan

tolong ingatkan saya
dengarlah dan bacalah al-quran
tika radio penuh hiburan
tika tv penuh hindustan

tolong ingatkan saya
di mana islamnya zahirku
jika aurat didedahkan
disingkat, diketat dan dijarangkan

tolong ingatkan saya
jadilah sahabat yang baik
sentiasa memberi peringatan
sentiasa menerima teguran

tolong ingatkan saya
kalau bercinta biar keranaNya
dalam memilih utamakan Iman
kelak ikatan dihindari syaitan

tolong ingatkan saya
hidup ini satu kembara
kutiplah mutiara dalam perjalanan
moga di sana menjadi bekalan

tolong ingatkan saya
diri ini milik Yang Kuasa
kepadaNya jiwa diserahkan
segala-galanya Dialah tumpuan

Isnin, 26 April 2010

BUKAN WANITA BIASA...

Betapa sekeping hati milik perempuan ini terlalu lembut. Ada masa-masanya terlalu sensitif. Sehinggakan kita bertanya pada diri sendiri inikah fitrah seorang perempuan biasa. Atau hanya sekadar menurut emosi semata. Saat hati sedikit tersentak kembali ke masa-masa silam..hati sekeras batu pun akan menjadi terlalu lembut bak titisan air. Di saat-saat diri buntu, kenangan yang sedikit terlintas sudah cukup membuatkan hati sebak. Kenangan pahit manis seusia kita di muka bumi Allah ini menjadikan kita seorang yang matang menempuh hari-hari mendatang. Kenangan yang manis membuatkan kita tersenyum, kenangan yang pahit membuatkan terkadang air mata kita menitis. Ingin kita usir kenangan itu jauh-jauh tetapi makin dilupakan makin kuat ia menghuni akal fikiran. Lantas, kita berkeputusan tidak perlu untuk menjauhkan kenangan itu. Kenangan itulah yang menjadikan siapa diri kita sekarang ini. Bukanlah suatu pembaziran masa untuk sebuah kenangan berupa pengalaman…Perempuan dengan air mata bukan diminta untuk dikasihani atau tanda lemahnya jiwa, tiadanya semangat…tetapi perempuan dengan air mata sebagai tanda kita punya jiwa yang lembut. Namun di sebalik kelembutan itu, kita punya ketegasan untuk terus bangkit biarpun berjuta halangan kita tempuhi. Kita tidak punya kekuatan sekuat Adam tetapi adanya diri kita sebagai penguat semangat Adam. Kitalah perempuan di sebalik keharmonian sebuah rumah tangga. Kitalah orangnya di sebalik kegembiraan anak-anak dan kitalah isteri peneman susah senang seorang suami. Untuk itu, kita bukanlah perempuan biasa. Kita perempuan yang diciptakan Allah dengan kelebihan yang tak terucap dek kata-kata...



Jumaat, 2 April 2010

PERJUANGAN

Bila hati itu diletakkan sepenuhnya untuk diperjuangkan dijalanNya, maka rebahlah nafsu jahat. Yang bangkit hanya lafaz2 cinta terhadap Allah s.w.t mengatasi lafaz2 manis kepada manusia, Biarlah lantang melaungkan perjuangan cinta kepada Allah jangan rebah sebelum berjuang, namun adat berjuang ada waktu jatuh tersungkur, tabahlah! Allah ada bersama setiap yang berjuang keranaNya

Sabtu, 27 Februari 2010

SUAMIKU...PEMBIMBINGKU...

Kekandaku
Tenang pantai tiada terusik

Sedang berkhidmat cara yang terbaik

Hati ikhlas untuk mendidik

Tatkala ia diperlukan oleh adik-adik


Kakandaku

Sesungguhnya bahtera pelayaranmu amat sukar

Namun ia mengajar realiti hdup ini

Setiap yang berbakti pasti tidak disenangi

Itulah antara fitrah insan dunawi


Kakandaku

Teruskan berdoa

Doa senjata kita

Dari musuh-musuh yang inginkan kita jatuh

Tidak mengapa…

Itu semua ranting-ranting cabaran

Kerana cabaran terbesar adalah menemu Pencipta

Di hari muka

Tatkala itu

Percayalah kakandaku

Tuhan akan tunjukkan yang mana kopi yang mana madu

Hanya Ia yang tahu

Betapa hati ini runsing

Akan kezaliman yang mungkin tidak nampak

Sedangkan meletakkan yang bukan pada tempatnya

Ialah kezaliman terhadap pengaturan Tuhan


Kakandaku

Kita berpegang pada prinsip

Jangan gusar akan bisikan manusia

Kerana kita yakin

Janjinya pasti bagi mereka yang bertaqwa.

Di mana pun kita…

Pasti berkhidmat untuk agama.

Selasa, 16 Februari 2010

IMANKU DI TAHAP MANA???

Jalan yang begini sukar menempuhnya, dan tujuan yang begitu agung, di samping tugas yang begitu berat, tentu saja sukar untuk dipikul oleh petugas yang lemah imannya. Yang sanggup mengerjakan tugas itu hanyalah para penda’wah yang telah mewaqafkan hidupnya untuk berjuang menegakkan agama Allah...., mereka yang sudah tidak ada yang lebih dicintainya selain Allah dan Rasul-Nya. Mereka bersedia melepaskan dirinya dari kesenangan hidup dunia dan segala keinginannya. Mereka tidak mahu mengarahkan kegiatannya untuk meni’mati godaan dunia ini, dengan segala ragamnya....!

“Dan adapun arang yang takut memikirkan kedudukannya di sisi Tuhan-Nya, dan ia melarang dirinya dari memperturutkan kemauannya, maka syurga itulah kelak yang akan menjadi tempat menetap……
(Surah Al-Nazi’at: Ayat 40-41)

Ber’amal untuk Islam belumlah dapat dijangkau oleh para penda’wah yang berda’wah hanya dengan lisan saja, hanya berbicara meyampaikan ajaran-ajaran Islam kepada masyarakat! Kata-kata yang diucapkannya itu harus disertainya dengan niat yang ikhlas, hidup untuk Islam, mati kerana Islam... tidak pernah lengah kerana berdagang dan berjual-beli. Ia tidak pernah lupa untuk mengingati Allah, dan berjuang untuk menegakkan agama Allah....!

Isnin, 8 Februari 2010

FIKIRLAH....

"Jasad ini ibarat kuda tunggangan
dan ruh itu ibarat penunggangnya.
Jasad itu dijadikan untuk ruh,
dan ruh itu untuk jasad.

Jika seseorang itu tidak tahu
bahagian dirinya yang mana
yang paling dekat dengan Dia,
maka apakah gunanya ia mengenal yang lain?"

Imam al-Ghazali
Kimiyyah as-Sa'adah

Ahad, 7 Februari 2010

MUTIARA KATA...

"Tasawwuf tanpa syariat,
ibarat lilin tanpa lentera yang menyala di tempat terbuka.

Sekadar tiupan angin dapat memadamkan apinya.
Tetapi jika engkau punya lentera dengan kaca yang melindungi nyalanya,
maka apinya akan terus menyala dengan aman."



Jumaat, 5 Februari 2010

WANITA HIASAN DUNIA

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada, Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.
Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.
"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah"

Khamis, 4 Februari 2010

AKU INGIN BERGELAR...

Aku ingin bergelar solehah
tetapi menjaga auratku sahaja kini sudah terasa payah
aku begitu tertarik dengan fesyen dunia
aku terasa rendah diri bila melihat mereka bergaya
tetapi mana mungkin auratku terdedah
kerana aku ingin bergelar solehah
Aku ingin bergelar solehah
tetapi tugas isteri tidak lagi mudah
rumahtangga kini begitu mudah ranapnya
ditambah pula dengan sikap suami yang tak dapat dijangka
kadangkala aku dibiar sendiri
kadangkala aku dibelai mesra
namun dalam apa jua ketika walau dalam linangan airmata
aku tidak membantah
aku patuhi jua setiap kehendak
asalkan tidak bertentangan dengan syariatNya
kerana aku sangat ingin sekali bergelar solehah
Aku ingin bergelar solehah
tetapi aku isteri berkerjaya
pergaulanku perlu dijaga
pertuturanku perlu berpada-pada
takut pula nanti ada yang menaruh cinta
takut pula nanti terluka hati suami tercinta
walaupun aku tidak sengaja dan tidak pernah mengundang orang ketiga
tetapi segalanya mungkin
dan aku perlu tabah dan cekal beriman
kerana aku tentunya ingin bergelar solehah
Aku ingin bergelar solehah
dan aku tahu ianya bukan mudah
tetapi aku yakin dengan janji Allah
dan akan ku terus berpegang pada matlamatku
Aku ingin bergelar solehah...

Sabtu, 23 Januari 2010

HATIKU.....


“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati dengan kebenaran dan nasihat-menasihati dengan kesabaran.” (Surah Al-‘Asr: 1-3)

Jumaat, 22 Januari 2010

5 JALAN MEMBURU KEMULIAAN INSAN

5 JALAN MEMBURU KEMULIAAN INSAN

Suatu ketika dahulu, Abu Laith pernah berkata mengenai lima syarat bagaimana untuk mendapat kehormatan dan kemuliaan:-

1. MENAHAN DIRI DARIPADA MAKSIAT
Firman Allah swt yang bermaksud:
“...dan menahan nafsu dari maksiat, maka syurgalah tempatnya..”

2. RELA DAN REDHA DENGAN PEMBERIAN YANG SEDERHANA
Nabi bersabda:
“...harga syurga itu ialah tidak rakus pada dunia...”

3. RAJIN MELAKUKAN KETAATAN DAN KEBAIKAN
Ini kerana kemungkinan amal itu akan menyebabkan pengampunan dan masuk syurga.
Firman Allah yang bermaksud:
“...syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu..”

4. MENCINTAI DAN BERGAUL DENGAN ORANG-ORANG SOLEH
Ini untuk mengharapkan syafaat mereka.
Nabi pernah bersabda:
“...perbanyakkan kawan, kerana setiap kawan itu ad

5. BANYAK BERDOA
Antaranya, minta dimasukkan ke syurga dan husnul khatimah.
Kata ahli hikmah:
“Condong kepada dunia setelah mengetahui pahala bererti satu kebodohan. Tidak bersungguh dalam beramal setelah mengetahui besarnya pahala bererti lemah dan malas. Di syurga nanti ada masa rehat yang tidak dapat dirasai kecuali orang yang tidak pernah berehat di dunia. Ada kepuasan yang tidak dapat dirasai kecuali oleh orang yang meninggalkan berlebih-lebihan dan bersederhana di dunia”

Selasa, 19 Januari 2010

SEMAKIN RINDU PADAMU WAHAI KEKASIH ALLAH صلى الله عليه وسلم


"Kutinggalkan sunnah Nabi yang sepanjang malam
Beribadah hingga kedua kakinya bengkak dan keram

Nabi yang karena lapar mengikat pusarnya dengan batu
Dan dengan batu mengganjal perutnya yang halus itu

Kendati gunung emas menjulang menawarkan dirinya
la tolak permintaan itu dengan perasaan bangga

Butuh harta namun menolak, maka tambah kezuhudannya
Kendati butuh pada harta tidaklah merusak kesuciannya

Bagaimana mungkin Nabi butuh pada dunia
Padahal tanpa dirinya dunia takkan pernah ada

Muhammadlah Pemimpin dunia akherat
Pemimpin jin dan manusia, bangsa Arab dan non Arab

Nabilah Pengatur kebaikan pencegah mungkar
Tak satu pun setegas ia dalam berkata ya atau tidak

Dialah Kekasih ALLAH yang syafa`atnya diharap
Dari tiap ketakutan dan bahaya yang datang menyergap

Dia mengajak kepada Agama ALLAH yang lurus
Mengikutinya berarti berpegang pada tali yang tak terputus

Dia mengungguli para Nabi dalam budi dan rupa
Tak sanggup mereka menyamai `ilmu dan kemuliaannya

Para Nabi semua meminta dari dirinya
Seciduk lautan kemuliaannya dan setitik hujan `ilmunya

Para Rasul sama berdiri di puncak mereka
Mengharap setitik `ilmu atau seonggok hikmahnya

Dialah Rasul yang sempurna batin dan lahirnya
Terpilih sebagai Kekasih ALLAH Pencipta manusia

Dalam kebaikanya, tak seorang pun menyaingi
Inti keindahannya takkan bisa terbagi-bagi

Jauhkan baginya yang dikatakan Nasrani pada Nabinya
Tetapkan bagi Muhammad pujian apapun kau suka

Nisbatkan kepadanya segala kemuliaan sekehendakmu
Dan pada martabatnya segala keagungan yang kau mau

Karena keutamaannya sungguh tak terbatas
Hingga tak satupun mampu mengungkapkan dengan kata

Jika mukjizatnya menyamai keagungan dirinya
Niscaya hiduplah tulang belulang dengan disebut namanya

Tak pernah ia uji kita dengan yang tak diterima akal
Dari sangat cintanya, hingga tiada kita ragu dan bimbang

Seluruh mahluk sulit memahami hakikat Nabi
Dari dekat atau jauh, tak satu pun yang mengerti

Bagaikan matahari yang tampak kecil dari kejauhan
Padahal mata tak mampu melihatnya bila berdekatan

Bagaimana seseorang dapat ketahui hakikat Sang Nabi
Padahal ia sudah puas bertemu dengannya dalam mimpi

Puncak Pengetahuan tentangnya ialah bahwa ia manusia
Dan ia adalah sebaik baik seluruh Ciptaan ALLAH

Segala mukjizat para Rasul mulia sebelumnya
Hanyalah pancaran dari cahayanya kepada mereka

Dia matahari keutamaan dan para Nabi bintangnya
Bintang hanya pantulkan sinar mentari menerangi gulita

Alangkah mulia paras Nabi yang dihiasi pekerti
Yang memiliki keindahan dan bercirikan wajah berseri

Kemegahannya bak bunga, kemuliaannya bak purnama
Kedermawanannya bak lautan, kegairahannya bak sang waktu

la bagaikan dan memang tiada taranya dalam keagungan
Ketika berada di sekitar pembantunya dan di tengah pasukan

Bagai mutiara yang tersimpan dalam kerangnya
Dari kedua sumber, yaitu ucapan dan senyumannya

Tiada keharuman melebihi tanah yang mengubur jasadnya
Beruntung orang yang menghirup dan mencium tanahnya."

Khamis, 14 Januari 2010

NUKILAN....

Pabila ku berada di kejauahan
Adakalanya ku rasa kesepian
Asyik terkenang kampung halaman dan jua ...
teman-teman
Di kala itu kan ku rasa agak kelemahan untuk berjuang
Melihat mereka berbahagia di samping yang tercinta kegembiraan ...
ku kesepian

Mujur ada teman seperjuangan
menyatakan kita harus teruskan
Perjuangan ini demi ... mencari .....
keredhaan Ilahi

Masa muda dilalui hanya sekali
Pergunakannya agar kau tidak kesali ...
di esok hari
Ketenangan ada di sini
Tak jumpa kerana kau tak mencari
Kebahagian tersirat di hati
Tak rasa kerana kau tak menghayati

Rabu, 13 Januari 2010

MENCARI CINTA....

"Saling mencintailah hanya kerana ALLAH..Saling menyayangilah hanya kerana ALLAH..Saling membahagiakanlah hanya kerana ALLAH..kerana hanya dari ALLAH sahaja dapat menumbuhkan rasa cinta,kasih sayang & kebahagiaan tersebut.."

..Bila dua diri mencintai ILAHI,bergabunglah jiwa bersatu hati,dua jiwa satu cinta,dua jasad satu matlamat,bila cinta kerana ALLAH,berpisahnya tidak gelisah,Bila rindunya kerana satu,bertemunya pasti tidak jemu,ukhuwah mahabbah itu indah bila bertemu dan berpisah hanya kerana ALLAH..

Selasa, 12 Januari 2010

CINTA SUCI NAN ABADI

Cinta adalah sesuatu yang fitrah
Kita tidak boleh lari dari kedatangan cinta itu
Setiap orang pasti pernah jatuh cinta,dicintai atau mencintai

Hanya yang perlu diingat adalah Cinta itu milik ALLAH SWT dan bermuara kepadaNYA
Jadi,ketika kita mencintai manusia
Kita harus mencintainya kerana ALLAH
Jangan sampai cinta manusia lebih besar Daripada cinta kita kepada ALLAH SWT

Manusia pasti akan mati
maka cinta manusia pasti akan mati jua akhirnya
Tetapi ALLAH tidak akan mati
Maka cinta kita kepada ALLAH jua tidak akan mati
DIA akan terus terbawa sampai ke akhirat
Cintailah ALLAH kerana DIA tidak akan meninggalkan kita semua.

Jumaat, 8 Januari 2010

SELAMAT ULANG TAHUN BUAT SUAMIKU...


SELAMAT PANJANG UMUR N DI MURAHKAN REZEKI WAHAI SUAMI KU...
SEMOGA KEBAHAGIAAN INI BERTAMBAH
MEKAR D SIRAMI EMBUN KEBERKATAN...SEMOGA JODOH INI SEHINGGA KE SYURGA BERSULAM KEINDAHAN...
KETAHUILAH SUAMIKU...,SESUNGGUHNYA,
AKU AMAT BERTUAH MEMILIKIMU SEBAGAI PASANGAN HIDUP KU...
TERIMA KASIH ATAS
SEGALA PENGORBANAN DAN BIMBINGAN
YG KAU BERIKAN PADAKU...
CINTAKU PADAMU,
HANYA ALLAH YG TAHU....
ANDAI KATA AJAL MEMISAHKAN KITA.... KU TUNGGU DIRIMU...
D TITIAN SANA.....
SEMOGA KEINDAHAN INI AKAN SELALU DI SIRAMI
HUJAN KEBAHAGIAAN...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SUAMIKU YG TERAMAT KUSAYANGI..

SUAMIKU YG TERAMAT KUSAYANGI..
Memahami,Penyayang,Penyabar,Sporting dan yg paling penting...menerima aku dan keluargaku seadanya.....Aku bertuah memiliki seorg suami sepertinya..:)

INILAH IBUKU YANG AMATKU SAYANGI

INILAH IBUKU YANG AMATKU SAYANGI
TERIMAH KASIH IBUKU...hanya ucapan itu yg mampu ku berikan untukmu yg selalu menyayangiku.Hanya ALLAH yg dapat membalas segala pengorbananmu kepadaku sejak aku dilahirkan sehingga nafasku yg terakhir.Aku bersyukur memilikimu sebagai ibuku dunia akhirat.

DIALAH SEORANG AYAH YG AMAT PENYAYANG

DIALAH SEORANG AYAH YG AMAT PENYAYANG
Aku beruntung memiliki seorang ayah yg amat penyayang.Terlalu byk yg dikorbankan untuk membesarkan kami adik beradik.Terima kasih di atas segala pergorbananmu ayahku.sesungguhnya,hanya ALLAH yg dapat membalas jasa baikmu padaku..Dan hanya ALLAH yg mengetahui sayangnya aku padamu ayahku.

ADEQ YG SELALU MERIUHKAN KEADAAN KELUARGAKU..

ADEQ YG SELALU MERIUHKAN KEADAAN KELUARGAKU..
Seorang berhati baik walaupun zahirnya selalu membuat kami sekeluarga riuh dengan perangainya yg tak dapat ditafsirkan.

SATU2NYA ADEQ YG PEMALU

SATU2NYA ADEQ YG PEMALU
Ni adeq aku yg sedang belajar kat matrik labuan.Tapi seorang yg pemalu dan pendiam.Banyak berahsia dan tidak mudah di dekati.Dan seorang yg sensitif giler...

....WARTAWAN ASTRO...

....WARTAWAN ASTRO...
Pembawa khabar atau cerita yg sensasi.Tak kiralah luar atau dalam kawasan..yg penting semua berita 100% betul dan bukanlah gosip semata2.Skg tgh study form 6...mana2 wartawan pun kene blajar dari dia kalu nak cari liputan yg PANAZZZZ...

NI BUAH HATI PENGARANG JANTUNG KAMI SEKELUARGA

NI BUAH HATI PENGARANG JANTUNG KAMI SEKELUARGA
Adeq yg jadik kebahagiaan kami sekeluarga.Yg memgubati hati ibu dan ayah bila sunyi..penuh dengan keletah nakal dan cerewet..Tapi itulah yg menjadi kegembiraan kami.

USAHA, DOA DAN TAWAKAL

Jangan pernah kenal putus asa dalam kehidupan..inilah yang aku pelajari dari seseorg yg bernama suami.Hadapi semua cabaran dan dugaan dengan senyuman yg membanggakan.Kerana itu akan membuat kita lebih maju dalam kehidupan dunia dan akhirat.Seimbang dalam percaturan hidup,carilah keberkatan dalam usaha kita. INSYA'ALLAH........
;
free glitter text and family website at FamilyLobby.com

BELI KOMPUTER DENGAN HARGA YANG MURAH