Jumaat, 11 September 2009

15 SEBAB TURUNNYA BALA...

Mengapa Manusia Ditimpa Bencana? Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.
2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.
11. Apabila arak menjadi minuman biasa.
12. Apabila lelaki memakai sutera.
13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri.

Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

1 MINIT MENGINGATI ALLAH

Langkah 1:
* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:*
* SUBHANA'LLAH*
* ALHAMDULI'LLAH*
* LA I LAHA ILLA'LLAH*
* ALLAHU AKBAR*
* ASTAGHFIRU'LLAH*
* LA ILAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH*
* ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WAAALIHI WA SAHBIH AJMA'EEN*

Langkah 2:* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan*
Langkah 3:* Forward email ini kepada orang yang anda kasihi.*

Hasil 1:* Dalam tempo satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.*
Hasil 2:* Dalam tempo satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.*
Hasil 3:* Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan kesejahteraan untuk kamu dan di-AMIN-kan oleh para Malaikat.Wassalam

SUCI SEKEPING HATI

Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang
Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa
Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap
Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba

Khamis, 10 September 2009

9 SITI YG PATUT DI CONTOHI...

1)SITI KHADIJAH

Merupakan isteri Rasulullah saw yang melahirkan anak-anak baginda.
Setia dan begitu kuat menyokong Rasulullah saw walaupun ditentang
hebat olah orang-orang kafir dan musyrik,serta sanggup menghantar
makanan kepada baginda ketika beribadat di Gua Hira’.

2)SITI FATIMAH

Puteri Rasulullah saw yang amat tinggi budi pekertinya.Sangat kasih
dan setia kepada suaminya,Saidina Ali Karamallahu wajhah.Walaupun
Ali miskin sehingga tidur berkongsikan satu bantal dan kadang-kadang
berbantalkan lengan Ali,namun Siti Fatimah tidak pernah merungut.
Rasulullah pernah berkata ,”Aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah
sehingga Ali memaafkan kamu.”

3)SITI AISYAH

Adalah isteri Rasulullah saw yang paling romantik.Sanggup berkongsikan
bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah.Dimana saja baginda minum,
disitulah Siti Aisyah akan minum dengan menggunakanbekas yang sama.

4)SITI HAJAR

Isteri Nabi Ibrahim a.s yang amat patuh kepada suami dan suruhan Allah SWT.
Sanggup ditinggalkan suami atas suruhan Allah SWT demi kebaikkan.Berjuang
mencari air untuk anaknya Nabi Ismail(pengorbanan ibu mithali)

5)SITI MARIAM

Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai
maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah SWT untuk
mengandungkan Nabi Isa,meskipun begitu kuat tohmahan dan fitnah yang diterimanya.

6)SITI ASIAH

Isteri Firaun yang begitu tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang
dihadapinya daripada Firaun laknatullah.

7)SITI AMINAH

Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasulullah saw.Mendidik baginda
menjadi insan mulia dan tidak pernah gentar dengan ujian.

8)SITI MUTI’AH

Beliau adalah lambang isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah
SWT syurga untuknya kerana sifat setianya kepada suami yang sanggup
menjaga makan minum.Setiap hari dia menyediakan tongkat untuk dipukul
suami jika layananya tidak memuaskan.Berhias dengan cantik dan kemas
hanya untuk tatapan suami sahaja.

9)SITI ZUBAIDAH

Wanita kaya lagi dermawan menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.
Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan bagi
kegunaan orang ramai dengan niat hanya kerana Allah SWT.

Rabu, 9 September 2009

MUSLIMAH TERAGUNG...

Beritahu pada muslimah
itu dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.
Beritahu pada muslimah
itu jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.
Beritahu pada muslimah
itu jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.
Beritahu pada muslimah
itu jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.
Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian daripada iman..

Selasa, 8 September 2009

TOLONG...?

Ikhlaskah kita bila menolong? (cuba kita jawab sendiri....)

Kita menolong kerana mengharapkan syurga tuhan?
Kita menolong sebab Rahmat tuhan sentiasa diberi kepada orang yang suka menolong.
Kita orang yang mulia sebab suka menolong
Kita menolong sebab dah dikatakan bahawa kalau hari ini kita menolong orang,mana tau hari lain kita perlu pertolongan orang pula.
Cukuplah balasan dengan ucapan terima kasih sahaja ?
Kita menolong dengan syarat ada balasan atau imbuhan?
Kita kata ikhlas tetapi dalam hati masih mengharap ada sesuatu yang dibalas
Kita benar-benar ikhlas dan sepenuh hati tak mau diketahui orang lain pun..
Kita tolong ke arah kebaikan tetapi ada pula yang kata ia tindakan yang salah?
Kita akan kecil hati bila orang yang ditolong tidak menghargai pertolongan diberi
Kita bersabarkah dengan karenah orang yang ditolong?...ala mcm membantu org tua kan banyak dugaannya ?

Bagaimana perasaan kita bila orang yang pernah ditolong menjadi pisau dalam lipatan pula , menikam dari belakang ..(?) benci ?marah?...hahaha sia-sia saja menolong kalau wujud perasaan ini

‘Tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan, dan jangan sekali-kali kamu memberi pertolongan di atas perkara kejahatan dosa yang membawa kepada perseteruan, dan takut olehmu akan Allah. Sesungguhnya Allah akan mengenakan seksaan yang amat dasyat’. (Surah Al-Maidah: 2).

p/s: tak pernah jemu untuk membantu (yang baik-baik aje tau !!!) walau adakala ia menjadi bahan fitnah pula kepada yang tak mengerti.Moga Allah memberi hidayah kepada mereka ini.

Isnin, 7 September 2009

MUSTAJABNYA DOA SEORG IBU...

-sekadar gambar hiasan...ibu dan adik ku yg sgt ku rindui..-
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim menceritakan, pada zaman dahulu di negeri Arab ada seorang pemuda yang sangat terhormat kerana ketinggian ilmunya. Dia sangat disukai oleh orang ramai kerana budi dan amalnya. Ilmunya yang tinggi menyebabkan namanya harum diserata negeri itu. Ibunya sangat berbangga kerana mempunyai seorang anak yang dihormati oleh setiap orang. Di mana-mana sahaja namanya pasti menjadi perbualan orang.

Pada suatu hari, pemuda tersebut bercadang untuk pergi ke Mekah kerana ingin menuntut ilmu dengan lebih tinggi. Dia merasakan bahawa ilmu yang ada padanya masih belum mencukupi. Lantas dia cuba memujuk ibunya agar membenarkan dia pergi. Dengan deraian airmata ibunya berkata, "Anakku, engkau adalah mutiara hatiku. Ibu akan menderita jika engkau pergi ke Mekah. Ibu sudah tua, ibu tidak sanggup untuk berpisah dengan engkau apatah lagi engkau akan berada di sana bertahun-tahun lamanya.
Batalkan saja niatmu itu nak", rayu ibunya.Pemuda itu berasa amat kecewa dengan kata-kata ibunya tetapi semangatnya untuk menuntut ilmu agama di negeri Mekah tidak luntur dari hatinya. Malah dia akan tetap pergi kerana tekadnya sudah tidak dapat dibendung lagi. Maka keesokan harinya selepas dia mengerjakn solat subuh, dia pun berangkat ke Mekah tanpa menghiraukan nasihat ibunya lagi.Kini tinggallah ibunya yang sudah tua di rumah bersendirian dengan deraian airmata. Hatinya begitu sakit apabila mengenangkan anaknya yang tidak mendengar nasihatnya lagi."Ya Allah", kata ibunya merintih.
Renungan:"Sesungguhnya anakku telah membakar hati hamba dengan pemergiannya. Maka Engkau turunkanlah seksa kepada anakku itu ya Allah".Setiap kali selepas solat, ibunya akan berdoa seperti itu.Dalam pada masa yang sama itu, anaknya sudah sampai di Mekah. Di sana dia begitu giat mencari ilmu dan beribadat.Pada suatu malam yang gelap-gelita, berlakulah suatu musibah menimpa dirinya.
Pada waktu itu ada seorang pencuri memasuki rumah seorang saudagar yang kaya. Akan tetapi, perbuatan pencuri itu telah disedari oleh tuan rumah itu. Pencuri itu telah lari lintang-pukang menyelamatkan diri. Tuan rumah itu terus mengejarnya sehingga sampai di sebelah masjid. Oleh kerana terlalu panik, pencuri itu terus masuk ke dalam masjid untuk berlindung.Kebetulan pada masa itu terdapat seorang pemuda yang sedang khusyuk berzikir. Sebagai helah untuk menyelamatkan diri, pencuri itu terus berteriak sambil menuding jarinya ke arah pemuda yang sedang berzikir itu."Pencuri, pencuri….", teriak pemuda itu.Mendengar teriakan itu, tuan rumah tersebut terus berlari masuk ke dalam masjid dan menangkap pemuda itu. Pemuda itu terpinga-pinga apabila dirinya ditangkap, berbagai-bagai penafian dibuat namun tuan rumah itu terus menyeretnya keluar dari masjid itu.
Kemudian tuan rumah itu mengikat tangannya lalu membawanya mengadap raja. Dengan perasaan marah, tuan rumah itu terus menceritakan segala kesalahan pemuda tersebut. Tanpa membuat pertimbangan yang sewajarnya serta soal selidik yang terperinci, maka raja itu terus menjatuhkan hukuman ke atas pemuda itu dengan kedua kaki dan tangannya dipotong serta kedua biji matanya dicungkil. Dengan perasaan yang amat hiba pemuda itu menerima hukuman raja dengan tenang.Setelah hukuman itu dilaksanakan, raja itu memerintahkan pula pemuda itu diarak di khalayak ramai.
Di sepanjang jalan, pegawai-pegawai raja itu berkata kepada orang ramai, "Inilah akibatnya kalau cuba mencuri barang orang."Sewaktu perarakan itu sampai di sebuah pasar, maka pemuda yang dituduh mencuri itu berkata kepada pegawai raja yang membawanya, "Wahai pegawai, janganlah engkau berkata begitu sebaliknya berkatalah begini, "Inilah balasannya kalau orang menderhaka kepada ibunya."Para pegawai itu menjadi hairan mendengar arahan pemuda itu. Hati mereka ragu-ragu, apakah ucapan pemuda itu betul ataupun berpura-pura.
Akhirnya pegawai itu menyelidik latar belakang pemuda itu dan ternyatalah pemuda itu bukan pencuri yang sebenar. Dengan perasaan kasihan, pegawai itu membebaskannya dan menghantarnya pulang ke rumah ibunya.Ketika sampai di perkarangan rumah ibunya, para pegawai itu terus meletakkannya di muka pintu rumah ibunya.
Keadaannya yang cacat menyebabkan dia tidak dapat berbuat apa-apa kecuali memanggil-manggil dari luar. Dari dalam rumah terdengar ibunya sedang berdoa, "Ya Allah, apabila telah turun cuabaan kepada anakku, kembalikanlah dia ke rumah ini supaya hamba dapat melihatnya." Oleh kerana dia tidak tahan mendengar doa ibunya itu, tanpa disedari airmatanya jatuh bercucuran. Lantas dia berpura-pura menjadi pengemis."Ya puan, berilah hamba sedekah.""Datanglah sini," terdengar suara dari dalam."Bagaimana saya dapat masuk sedangkan saya tidak mempunyai kaki," jawab anaknya."Kalau begitu hulurkan tanganmu," jawab ibunya semula."Puan, maafkanlah hamba kerana tidak mempunyai tangan kerana telah dipotong.""Kalau begitu, bagaimana dapat aku memberimu makanan sedangkan aku bukan muhrimmu," jawab ibunya dari dalam."Puan janganlah khuatir kerana kedua mata hamba buta."Ibunya yang masih belum mengetahui bahawa di luar itu adalah anaknya terpaksa keluar membawa sekeping roti untuk disuapkan ke mulut anaknya.
Sebaik sahaja roti hendak disuapkan ke mulutnya, pengemis itu terus merebahkan dirinya di pangkuan ibunya sambil menangis. "Ibu, maafkanlah saya ibu. Saya adalah anak ibu yang telah mengalami nasib seperti ini. Ibu, saya telah berdosa terhadap ibu, maafkanlah saya ibu."Setelah mengetahui bahawa pengemis itu adalah anaknya, dia terus memeluk anaknya sambil menangis meraung-raung kerana melihat keadaan anaknya yang mengerikan.
Oleh kerana tidak sanggup melihat penderitaan anaknya, dia terus berdoa, "Ya Allah, saksikanlah bahawa semua kesalahan anakku telah hamba maafkan. Tetapi seksa anakku sungguh mengerikan. Hamba tidak sampai hati melihat keadaan anakku yang cacat sedemikian rupa. Ya Allah, Engkau akhirilah hidupku bersama anakku ini agar kami tidak menanggung malu."Dengan kehendak Allah Yang Maha Esa, doa ibu itu telah dikabulkan.
Akhirnya dia dan anaknya mati bersama-sama. Begitulah nasib anak yang tidak menuruti perintah orang tua, dan orang tua yang kurag redha walaupun di dalam mencari ilmu.
'Ya Allah, Redhamu Matlamatku'

Ahad, 6 September 2009

SUCI PUTIH,SEPUTIH BAYI


Ulama’ telah menyebutkan syarat-syarat yang mesti ada bagi seseorang yang benar-benar ingin bertaubat seperti mana yang telah diambil dari Al-Quran dan hadis, antaranya:
1) Bersegera meninggalkan perbuatan dosa dan maksiat tersebut.2) Menyesal atas dosa-dosa yang telah dilakukan.
3) Berazam untuk tidak kembali bergelumang dalam dosa dan kemaksiatan.
4) Mengembalikan hak-hak orang yang dizalimi atau memohon kemaafan darinya.


Terdapat juga sebahagian ulama’ yang menggariskan syarat-syarat lain bagi mereka yang ingin bertaubat dengan taubat nasuha, antaranya:
1) Meninggalkan dosa-dosa tersebut (taubat nasuha) ikhlas kerana Allah swt dan bukan kerana perkara-pekara lain.
2) Merasa jijik dan benci dengan dosa yang yang dilakukan dan mengakui akan kemudharatannya.
3) Bersegera melakukan taubat nasuha.
4) Berasa takut dan risau ia akan kembali kepada dosa dan kemaksiatan.
5) Cuba Mendapatkan kembali hak-hak Allah swt (cth: zakat, solat, dsb.) yang telah di tingalkan sebelumnya (sekiranya boleh).
6) Mencari sahabat-sahabat yang soleh yang mampu membimbing dan membantu supaya dia sentiasa mengingati Allah dan tidak kembali kepada kemaksiatan.

TAUBAT KE KITA...?



Firman Allah swt : “Wahai Orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha” (At-Tahrim: 8).

Ulama’ telah menyebutkan syarat-syarat yang mesti ada bagi seseorang yang benar-benar ingin bertaubat sepertimana yang telah diambil dari Al-Quran dan hadis, antaranya:
1) Bersegera meninggalkan perbuatan dosa dan maksiat tersebut.
2) Menyesal atas dosa-dosa yang telah dilakukan.
3) Berazam untuk tidak kembali bergelumang dalam dosa dan kemaksiatan.
4) Mengembalikan hak-hak orang yang dizalimi atau memohon kemaafan darinya.
Terdapat juga sebahagian ulama’ yang menggariskan syarat-syarat lain bagi mereka yang ingin bertaubat dengan taubat nasuha, antaranya:
1) Meninggalkan dosa-dosa tersebut (taubat nasuha) ikhlas kerana Allah swt dan bukan kerana perkara-pekara lain.
2) Merasa jijik dan benci dengan dosa yang yang dilakukan dan mengakui akan kemudharatannya.
3) Bersegera melakukan taubat nasuha.
4) Berasa takut dan risau ia akan kembali kepada dosa dan kemaksiatan.
5) Cuba Mendapatkan kembali hak-hak Allah swt (cth: zakat, solat, dsb.) yang telah di tingalkan sebelumnya (sekiranya boleh).
6) Mencari sahabat-sahabat yang soleh yang mampu membimbing dan membantu supaya dia sentiasa mengingati Allah dan tidak kembali kepada kemaksiatan.

LUAHAN HATIKU...


comelnyer.....
aku nak gak rasa ada baby...,tapi blum ada rezeki...pada mereka yg dah mengandung dan dah ada cahaya mata yg comel2...hargailah mereka.tak salah menyayangi mereka bagai menatang minyak yg penuh,tapi berpada2 la demi masa depan yg akan kita corak kan..mereka bagai kain putih dan dari didikan kita lahirlah warna2 kehidupan mereka..
rasa tertanya2,mengapa ramai yg membiarkan mereka terkapai2 tanpa melindungi mereka..pada sesiapa yg tidak mengalukan kelahiran mereka,berpikirlah pada insan yg terlalu menginginkan kehadiran wajah2 manja yg tidak dapat merasa kewujudan mereka di sisi...
aku gembira bila ada keluarga yg menimang cahaya mata atau bakal mendapat ahli baru...tetapi aku cukup benci pada yg tak reti bersyukur pada rezeki yg ALLAH telah berikan...
P/S : PADA SESIAPA YG TERASA NAK "DERMA" BABY MEREKA...AKU SEDIA MENERIMA...HIHIHIHI....-jgn marah...-

RASULULLAH CONTOH TERBAIK...

Salah satu sebab Rasulullah saw mengahwini janda adalah kerana Rasulullah saw tidak mahu timbul fitnah apabila Rasulullah saw menolong mereka setelah mereka kematian suami semasa berjihad.

Kita perlu faham penjelasan Rasulullah saw mengenai perkara diatas. Rasulullah saw bukannya tidak membenarkan kita berkahwin dgn janda....tetapi sebelum memilih calon kita perlu berfikir semasak-masaknya untuk kepentingan masa depan kita juga.

Lagipun bukan semua lelaki sama seperti Rasulullah saw. Mungkin Rasulullah saw takut akan suami akan mengungkit kehidupan lampau isteri (janda) apabila timbul masalah antara mereka berdua.

Di sini saya postkan sedikit info mengenai segelintir isteri2 Rasulullah saw yang terkenal...marilah kita membuat penilaian kenapa Rasulullah saw mengahwini janda dan dara. Setiap perbuatan, kata-kata dan kelakuan Rasulullah saw ada hikmah yang tersembunyi.

1. Khadijah binti Khuwailid

Sayyidatina Khadijah adalah seorang perempuan bangsawan Quraisy dan seorang hartawan. Ketika berkahwin dengan Rasulullah SAW, dia berusia 40 tahun dan Baginda ketika itu berusia 25 tahun. Selama bersama Khadijah, Rasulullah SAW tidak pernah berkahwin dengan perempuan lain sehinggalah Khadijah meninggal dunia ketika berusia 65 tahun pada tahun ke 10 kerasulan.

Hasil daripada perkahwinan ini Rasulullah SAW dikurniakan 6 orang anak, dua orang putera dan empat orang puteri.

2. Saudah binti Zam’ah

Sayyidatina Saudah adalah salah seorang perempuan yang terawal yang memeluk Islam. Beliau dan suaminya termasuk dalam rombongan yang diperintahkan Rasulullah SAW berhijrah ke Habsyah. Suaminya Sakram bin 'Amir meninggal dunia sekembalinya mereka dari Habsyah. Bagi melindungi dan menolongnya daripada penderitaan dan fitnah, Rasulullah SAW mengahwininya pada tahun wafatnya Sayyidatina Khadijah.

3. 'Aisyah binti Abu Bakar

Pertunangan Rasulullah SAW dengan Sayyidatina 'Aisyah berlangsung di Makkah setelah sebulan dari perkahwinan Baginda dengan Sayyidatina Saudah dan perkahwinannya pula berlangsung pada tahun pertama Hijrah.

Pada hakikatnya perkahwinan ini adalah atas keinginan ayahanda Sayyidatina 'Aisyah iaitu Abu Bakar, selain untuk memenuhi harapan Rasulullah SAW yang menginginkan adanya seorang wanita yang dapat menyampaikan ajaran-ajaran Baginda. Kenyataannya Sayyidatina 'Aisyah memang seorang yang cepat dan cerdas dalam memahami ajaran-ajaran Rasulullah SAW dan pandai serta ahli tentang hukum-hukum Islam.

4. Hafsah binti Umar

Sayyidatina Hafsah adalah puteri ‘Umar bin Khattab r.a dan juga bekas isteri salah seorang sahabat yang syahid dalam perang Badar. Sebelum berkahwin dengan Rasulullah SAW, 'Umar pernah menawarkan puterinya itu kepada Abu Bakar r.a dan 'Uthman bin Affan r.a, namun kedua-dua mereka menolak. Maka untuk menggembirakan hati 'Umar, Rasulullah SAW mengahwininya.

5. Zainab binti Khuzaimah

Sejak zaman jahiliah, Zainab terkenal sebagai seorang perempuan yang penyayang, pemurah dan budiman terutama kepada orang-orang miskin sehingga dia mendapat nama julukan "Ummul Masaakin" (ibu orang-orang miskin).

Sayyidatina Zainab adalah isteri Baginda yang keempat sesudah Saudah. Beliau wafat selang beberapa bulan sesudah perkahwinannya dengan Rasulullah SAW.

6. Hindun binti Abi Umaijah

Beliau juga digelar Ummu Salamah kerana mempunyai anak yang bernama Salamah hasil perkahwinannya dengan sahabat 'Abdullah bin 'Abdul Asad yang syahid ketika memimpin suatu petempuran.

Menurut sesetengah riwayat pada waktu Rasulullah SAW melamar Ummu Salamah, beliau menjawab, "Aku ini seorang perempuan yang sudah tua, menjadi ibu kepada anak-anak yatim dan saya sangat cemburu". Kata-kata itu disambut oleh Rasulullah SAW dengan menjawab, "Tentang perkataanmu : aku ini seorang perempuan yang sudah tua, aku jawab : aku lebih tua daripada kamu dan tidak akan tercela seorang yang kahwin dengan seorang laki-laki yang lebih tua daripadanya. Tentang perkataanmu : aku ini menjadi ibu anak-anak yatim, aku jawab : anak-anak yatim itu tanggungan Allah dan RasulNya. Tentang perkataanmu : aku ini seorang perempuan yang sangat cemburu, aku jawab : aku doakan kepada Allah mudah-mudahan Dia melenyapkan sifat yang demikian daripadamu".

7. Zainab binti Jahsy

Zainab adalah bekas isteri Zaid bin Harithah (bekas budak dan merupakan anak angkat Rasulullah SAW). Zaid menceraikan Zainab kerana tidak tahan dengan sikapnya yang sering membanggakan keturunan dan sering merendahkan darjat suaminya.

Perkahwinan Rasulullah SAW dengan Zainab menghapuskan adat kebiasaan bangsa 'Arab yang menyamakan anak angkat dengan anak sendiri dari segi hak keturunan, hak warisan dan sebagainya. Perkahwinan ini berlangsung pada bulan Zulkaedah tahun ke 5 Hijrah.

8. Juwairiyah binti Harith

Beliau adalah salah seorang dari tawanan perang tentera muslimin dengan Bani Musthaliq, puteri kepada Harith bin Dhirar, ketua suku tersebut. Dia mendapatkan Rasulullah SAW untuk meminta pertolongan agar diperkenankan membayar tebusan untuk dirinya agar dimerdekakan. Baginda bersedia membayar tebusan dan mengahwininya.

Apabila beliau memeluk Islam dan berkahwin dengan Rasulullah SAW, lebih kurang 100 orang tawanan Bani Musthaliq dibebaskan oleh kaum muslimin kerana tidak mahu memperhambakan orang yang mempunyai tali perkahwinan dengan Baginda. Akhirnya mereka yang dibebaskan ini memeluk Islam. 'Aisyah pernah berkata, "Saya belum pernah mengetahui seorang perempuan yang banyak berkat kebaikannya kepada kaumnya lebih dari Juwairiyah".

9. Safiyyah binti Hujaj

Safiyyah adalah anak ketua Yahudi Bani Nadhir, Hujaj bin Akhtab. Beliau turut menjadi salah seorang tawanan dalam penaklukan Kota Khaibar. Suaminya terbunuh dalam peristiwa penaklukan itu. Safiyyah diserahkan kepada Rasulullah SAW, memandangkan dia adalah seorang puteri dari ketua Bani Nadhir. Dia dimerdekakan dan dikahwini oleh Baginda. Perkahwinan ini berlaku ketika tentera muslimin masih berada di Khaibar.

10. Ramlah binti Abu Sufian

Beliau adalah puteri Abu Sufian bin Harb dan isteri Abdullah bin Jahsy, pernah berhijrah ke Habsyah bersama suaminya. Sampai di sana suaminya masuk agama Nasrani dan dia diceraikan. Memandangkan orang tuanya yang masih musyrik dan suaminya yang telah bertukar agama, Rasulullah SAW mengirimkan seorang utusan kepada Raja Najasyi meminta dia meminang Ramlah bagi pihak Baginda. Raja Najasyi sendiri memberikan maskahwinnya. Perkahwinan ini berlaku pada tahun ke 6 Hijrah, ketika itu usia Ramlah lebih kurang 30 tahun. Setelah itu Raja Najasyi mengirimkan Ramlah mengadap Rasulullah SAW di Madinah pada tahun ke 7 hijrah. Dia wafat pada tahun ke 42 Hijrah ketika berusia lebih kurang 60 tahun.

11. Maimunah binti Al-Harits

Sebelum berkahwin dengan Rasulullah SAW, beliau bernama Barrah. Baginda mengahwininya ketika Baginda baru saja selesai mengerjakan "Umrah al Qadha" di Mekah. Perkahwinan dengan Maimunah adalah perkahwinan Rasulullah SAW yang terakhir. Dia wafat pada tahun ke 63 hijrah dalam usia lebih kurang 80 tahun.

Rabu, 2 September 2009

PESANAN NABI LUQMAN A.S

Surah ke-31: Luqman (ayat 13 - 19);13. Sesungguhnya Aku (Allah) memberi hikmah kepada Luqman. Oleh itu, "Bersyukurlah kepada Aku. Barang siapa yang bersyukur kepada Aku, maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri. Sekalipun ada manusia yang tidak bersyukur kepada Aku, Aku tetap juga Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji."14. Ingatlah kata-kata Luqman kepada anak-anaknya, ketika beliau memberi pengajaran kepada mereka. Beliau berkata, "Wahai anakandaku, janganlah kamu mempersekutukan Allah.
Sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar," dan15. Aku perintahkan manusia supaya berbuat baik kepada ayah dan ibu mereka. Ibu kamu telah mengandungkan kamu, beban kandungannya semakin hari semakin bertambah berat, dan kemudian menyusui kamu selama dua tahun. Bersyukurlah kamu kepada Aku dan kepada kedua ayah dan ibu kamu. Hanya kepada Akulah kamu kembali.16. Nabi Luqman berkata, "Aduhai anakandaku, sesungguhnya jika ada sesuatu perbuatan baik anakanda seberat biji sawi sekalipun, dan walaupun ia berada di dalam batu, atau di atas langit, atau di dalam bumi, nescaya Allah akan membalas kebaikan anakanda itu. Ini adalah kerana Allah itu Maha Halus lagi Maha Mengetahui.17. Wahai anakandaku, dirikanlah solat, dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik, dan cegahlah mereka daripada melakukan perbuatan yang mungkar.
Dan bersabarlah anakanda terhadap apa kesusahan yang menimpa anakanda. Sesungguhnya, semua itu adalah termasuk dalam perkara-perkara yang dirancangkan oleh Allah, dan18. Janganlah anakanda sombong dan memandang hina kepada manusia lain. Dan janganlah anakanda berjalan di atas muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan angkuh.19. Oleh sebab itu, sederhanakanlah perilaku anakanda apabila berjalan di bumi Allah ini, dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai

Isnin, 31 Ogos 2009

UNTUNGNYA JADI WANITA...-part 4-

46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."

48. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

49. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

50. Sabda Nabi SAW: "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumis (misai) dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari yakut.

53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

58. Rasulullah SAW bersabda bahwa, "Allah telah memberikan sifat iri (pencemburu) untuk wanita dan jihad untuk lelaki. Jika seorang wanita melatih kesabarannya dengan iman dengan mengharapkan pahala dari sesuatu perkara yang menyebabkannya menjadi cemburu (iri hati), maka ia akan menerima ganjaran seorang syahid".

Ahad, 30 Ogos 2009

UNTUNGNYA JADI WANITA...-part 3-

31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.
32. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginyalapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.

38. Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijat suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

39. Dari Hadrat Muaz ra.: Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanyayang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" Jawab mereka,"Tidak". Sabda Baginda "Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami niscaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

42. Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.

43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah" , Allah akan berkahkan rezekinya.

44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mejadikan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

Sabtu, 29 Ogos 2009

UNTUNGNYA JADI WANITA...-part 2-

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT
23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (ASI) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang di berikannya.
27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dihiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

Jumaat, 28 Ogos 2009

UNTUNGNYA JADI WANITA...-part 1-



1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.

5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah". Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.

10. Dari 'Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya dari api neraka."

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

15. 'Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah SAW. "Ibunya".

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

Khamis, 27 Ogos 2009

PENTINGNYA SUNNAH RASULULLAH SAW




Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: 'Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu! Kemudian beliau menyambung pula: Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! '


(Riwayat Tarmidzi)Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerusakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid".


(Riwayat Baihaqi) Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbedaan, yaitu katanya: Baginya pahala orang yang mati syahid. (At-Targhib Wat-Tarhib 1: 44)


Thabarani dan Abu Nu'aim telah mengeluarkan sebuah Hadis marfuk yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. bahwa Nabi SAW telah bersabda: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam zaman kerusakan ummatku akan mendapat pahala orang yang mati syahid. Hakim pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. juga bahwa Nabi SAW telah berkata: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam masa perselisihan diantara ummatku adalah seperti orang yang menggenggam bara api.


(Kanzul Ummal 1: 47)Dan Muslim pula meriwayatkan dari Anas ra. dari Rasulullah SAW katanya: Orang yang tidak suka kepada sunnahku, bukanlah dia dari golonganku! Demikian pula yang dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Ibnu Umar ra. cuma ada tambahan di permulaannya berbunyi: Barangsiapa yang berpegang kepada sunnahku, maka dia dari golonganku.


Kemudian Daraquthni pula mengeluarkan sebuah Hadis dari Siti Aisyah r.a. dari Nabi SAW katanya: Sesiapa yang berpegang kepada sunnahku akan memasuki syurga!


Dan dikeluarkan oleh As-Sajzi dari Anas ra. dari Nabi SAW katanya: Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku dia akan memasuki syurga bersama-sama aku!

INSYA'ALLAH


Sebagai agama yang syumul (menyeluruh), Islam telah mengaturkan bagi umatnya adab-adab dalam berjanji. Antara adab-adab yang perlu diikuti itu ialah mngucapkan lafaz “insya Allah” apabila berjanji. Suruhan ini telah dijelaskan oleh Allah Subahanhu wa Ta‘ala dalam firmanNya:
Tafsirnya: “Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, besok pagi” melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata) “Insya Allah” (jika dikehendaki Allah)”.


(Surah Al-Kahf: 23-24)
Ayat yang disebutkan di atas turun ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ditanya oleh orang Quraisy tentang roh, Ashab Al-Kahf dan Dzu Al-Qarnain, maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam berjanji akan menjawabnya pada keesokan harinya (dengan janji secara pasti) dan mengharapkan Malaikat Jibril akan datang membawa wahyu. Hasilnya Jibril tidak datang sehingga lima belas hari lamanya. Kekesalan Baginda menantikan sehingga lima belas hari itu dapatlah difahami sebagai pengajaran supaya tidak mengikat janji secara pasti, tetapi hendaklah mengatakan “insya Allah”, kerana kekuasaan yang tertinggi adalah di tangan Allah. Hal tersebut memberatkan Rasulullah dan menyebabkan Baginda dituduh sebagai pembohong oleh orang-orang Quraisy. (Al-Qurtubi: 10/385, Ar-Razi: 21/92)


Maka Allah Ta‘ala dengan jelas menurunkan ayat ini sebagai petunjuk kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan umatnya supaya menyerahkan segala perkara kepada Allah, terutama apabila hendak melakukan sesuatu pada masa yang akan datang, hendaklah disertakan dengan perkataan “insya Allah” (jika dikehendaki Allah). Kerana Allah jualah yang mengetahui apa yang akan berlaku selepas itu dan Dialah jua yang berkuasa mengizinkannya atau menghalangnya.


Sehubungan dengan itu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengambil dengan penuh perhatian mengenainya sehingga suruhan melakukan sesuatu dengan menyatakan pengakuan “insya Allah” itu ditekankan oleh Baginda sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu:
Maksudnya: “Nabi Sulaiman bin Daud ‘alaihissalam berkata: “Demi sesungguhnya, saya akan mendatangi pada malam ini semua isteri-isteriku seramai seratus orang di mana masing-masing daripada mereka itu akan melahirkan seorang anak laki-laki yang menyertai jihad di jalan Allah”. Lalu Malaikat berkata kepadanya: “Katakanlah: Insya Allah”, namun Sulaiman tidak mengatakannya kerana lupa, lalu dia mendatangi isteri-isterinya dan tidaklah lahir daripada mereka kecuali salah seorang isterinya yang melahirkan separuh manusia. Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Andainya dia berkata: “Insya Allah”, tentulah dia tidak melanggar sumpahnya dan itu akan lebih mendatangkan harapan bagi hajatnya”
(Hadis riwayat Al-Bukhari)


Hadis ini memberi pengajaran kepada kita bahawa dengan menyertakan perkataan “insya Allah” ketika berjanji itu boleh menyelamatkan orang yang berjanji dari termasuk ke dalam golongan orang-orang yang memungkiri atau mengingkari janji.
Soalnya apakah ucapan “insya Allah” itu diiktibarkan sebagai janji yang mesti dipenuhi mengikut hukum syara‘?


Kebiasaan sebahagian orang didapati apabila membuat janji akan mengatakan “insya Allah” dengan tujuan tidak memberati apa yang dijanjikan itu atau dengan kata lain lafaz “insya Allah” itu diucapkan sebagai alasan untuk tidak memenuhi janji tersebut. Sifat sedemikian adalah bertentangan dengan kehendak sebenar hukum syara‘.


Perlu difahami bahawa janji adalah wajib ditepati, manakala ucapan “insya Allah” itu adalah suruhan Allah dan RasulNya ketika berjanji, sebagaimana yang disebutkan dalam Al-Qur‘an dan hadith Rasulullah Sahallallahu ‘alaihi wasallam. Maka disini ada dua perkara yang berasingan dan saling berhubung kait di antara satu sama lain iaitu, kewajipan menunaikan janji dan suruhan ucapan dengan lafaz “insya Allah” ketika melakukan janji.


Ini bererti ucapan “insya Allah” itu bukanlah sebagai alasan untuk tidak menyempurnakan janji yang dibuat dengan berserah kepada kuasa Allah semata-mata. Bahkan perkataan “insya Allah” itu hendaklah disertai dengan azam untuk menyempurnakan janji agar kita tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang munafiq.


Walau bagaimanapun menyebut perkataan “insya Allah” dengan azam untuk melakukan sesuatu itu adalah lebih menepati kehendak agama Islam, kerana kita pasti bahawa kita tidak mampu melakukan sesuatu itu kecuali dengan izin Allah jua. Al-Qur‘an juga mengajar umatnya apabila terlupa menyebut lafaz “insya Allah” ketika itu hendaklah kita menyebutnya sebaik-baik sahaja teringat. Hal ini diperintahkan oleh Allah Ta‘ala dalam firmanNya:
Tafsirnya: “Dan ingatlah serta sebutkanlah akan Tuhanmu jika engkau lupa”.
(Surah Al-Kahf: 24)


Dari apa yang telah dijelaskan diatas dapat diambil pengajaran bahawa menyebut lafaz “Insya Allah” di samping usaha menyempurnakan mana-mana janji itu adalah suatu tuntutan agama Islam. Dengan melakukannya kita terhindar daripada sifat-sifat orang munafiq.

Rabu, 26 Ogos 2009

INGATKAH KITA...?

سُوۡرَةُ یسٓ

بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ

إِنَّا نَحۡنُ نُحۡىِ ٱلۡمَوۡتَىٰ وَنَڪۡتُبُ مَا قَدَّمُواْ وَءَاثَـٰرَهُمۡۚ وَكُلَّ شَىۡءٍ أَحۡصَيۡنَـٰهُ فِىٓ إِمَامٍ۬ مُّبِينٍ۬ (١٢
Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catatkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.
-SURAH YASSIN AYAT 12-

Selasa, 25 Ogos 2009

PIKIRKANLAH...

لاَ يَنْهَاكُمْ اللَّهُ عَنْ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ

وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu, dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
[al-Mumtahanah 60:08]

Isnin, 24 Ogos 2009

MUHASABAH DIRI


Muhasabah diri. Satu pendekatan yang digunakan bagi memperbaiki kelemahan diri. Untuk menilai dan merenung semula baik buruk segala sesuatu yang dilakukan. Ianya bertujuan mengelakkan diri kita daripada melakuakn kesilapan yang sama berulang2 kali. Kita sememangnya manusia yang sering lalai dan lemah juga tidak dapat lari dari melakukan khilaf. Untuk itu, anugerah yang tersangat unik telah diberikan oleh pencipta kita yang Maha Agung hanya untuk makhlukNya yang bernama manusia, "Anugerah Akal". Oleh itu, gunakanlah anugerah ini dengan sebaiknya bagi kita bermuhasbah, berfikir seterusnya memperbaiki kelemahan untuk menjadi yang lebih baik. Dan, untuk itu, jgn pula kita hanya memikirkan tentang kebaikan yang dilakukan. .. Na'uzubillahiminzalik.
[Kita digalakkan agar JANGAN mengingati segala kebaikan yang kita telah buat seharian. Jangan selalu ingat dan ungkit-ungkit perkara kebaikan yang kita buat. Jangan! Kerana ingatan sedemikian itu akan melahirkan satu rasa yang negatif. Iaitu kita rasa yang kita sentiasa dalam kebaikan dan mungkin datang perasaan bangga bahawa kita ni baik dan berperibadi mulia. Ini lah bahaya nya. Lepas itu kita akan berkurangan melakukan kebaikan dan malas membuat kebajikan lagi. Berasa cukup dengan apa yang telah dilakukan sebelum ini. Saya harap sahabat nampak dan jelas dengan penerangan yang ringkas ini.]---petikan dari salah satu penulisan yang saya kira sangat bagus. Kesimpulannya, jangan penat untuk melakukan kebaikan.


Jumaat, 21 Ogos 2009

TIBA JUA AKHIRNYA SIBULAN MULIA..

YA ALLAH...
gembira hatiku menyambut ramadhan esok hari..semoga penuh dgn pahala dan ketakwaan yg aku cari..semoga segala yg aku inginkan di makbulkan dan kesyukuranku kehadrat tuhanku tidak akan pernah suram..
walaupun aku tidak dapat berpuasa dengan ibu dan ayah serta adik2ku yg jauh di sabah,sedih mmg sedih...tp suamiku ada di sisi...walau apa yg aku buat..dia masih setia di sisi..terima kasih kekasihku..
buat semua umat muslimin dan muslimat walau di mana anda berada,selamat menyambut ramadhan al-mubarak..dan kita hiasilah malam2 itu dengan sebaik2 amalan utk bekalan kita "DISANA"...

Khamis, 20 Ogos 2009

HADITH

Dari Abu Hurairah berkata, “Rasulullah S.A.W bersabda:

ما من مسلم يشاك شوكة في الدنيا يحتسبها، إلا قصّ بها من خطاياه يوم القيامة

"Setiap muslim yang terkena duri di dunia dan dia mengharap pahala atas hal itu, maka dosa-dosanya akan dikurangi di hari kiamat.”

(Shahih)-Ash Shahihah (2503): [Tidak terdapat dalam salah satu kitab induk hadits yang enam]

Khamis, 13 Ogos 2009

HILANG TUMBUH BERGANTI..,TP KEHILANGANNYA TAK KAN BERGANTI..


AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM USTAZ ASRI

Vokalis utama kumpulan Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim (Ustaz Asri) meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi ini.
Menurut saksi, Asri jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan itu dan ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia.
Sementara itu, Harakahdaily ketika menghubungi salah seorang petugas pemasaran kumpulan nasyid itu mengesahkan berita tersebut.

Badrulhisham Jamaluddin daripada bahagian pemasaran kumpulan Rabbani mengesahkan bahawa Ustaz Asri meninggal dunia selepas rebah di RTM pagi tadi.
"Saya tidak tahu apa puncanya,"katanya yang sedang dalam perjalanan ke Hospital Pantai ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.
Dalam pada itu, anggota Kumpulan Nasyid Raihan menyifatkan allahyarham Ustaz Mohd Asri Ibrahim yang juga vokalis Kumpulan Rabbani sebagai 'pahlawan nasyid' yang sukar dicari ganti.
Salah seorang anggota kumpulan terbabit, Che Amran Ibrahim ketika dihubungi memberitahu, pemergian vokalis nasyid yang bersuara �emas� itu amat sukar dicari ganti.
"Berita kematiannya yang mengejutkan itu memang memeranjatkan kami, sama seperti anggota kami yang telah meninggal dunia dahulu allahyarham Zaiery yang pergi dengan cara mengejut,"ujarnya dalam sebak menahan kesedihan.

Beliau seterusnya memberitahu, Asri yang bersuara 'emas' sebenarnya ikon kepada kumpulan nasyid yang ada pada hari ini.

Jelasnya, walaupun Rabbani hanya ditubuhkan pada tahun 1998, namun namanya telah lama terkenal dengan seni irama nasyid sejak sekian lamanya khususnya sewaktu menganggoti Nadamurni.

"Begitu juga anggota Raihan yang ditubuhkan sebenarnya turut mendapat respond yang baik dari allahyarham sendiri, bahkan allahyarham turut memberi saranan supaya perbanyakkan kumpulan nasyid.

"Ianya bertujuan supaya masyarakat turut mendapat hiburan alternatif yang menjurus kepada Islam sebagai mengimbangi lagu-lagu versi lain yang ada pada hari ini,"ujarnya.
AL-FATIHAH

Rabu, 12 Ogos 2009

KENAPA PERLUNYA DOA...?



Doa hendaklah dibaca dengan perasaan penuh rendah diri di hadapan Allah SWT.
SABAN hari umat Islam di seluruh pelosok dunia memanjatkan doa kepada Allah SWT dengan harapan segala permohonan diperkenankan-Nya. Namun tidak semua doa daripada seseorang insan itu termakbul.
Lantaran itu, sesetengah pihak tertanya-tanya kenapa doanya itu tidak berhasil sedangkan Allah telah berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu." (Ghaafir: 60)
Disebabkan perasaan kecewa kerana tanggapan bahawa permohonannya itu seakan-akan tidak dimakbulkan, maka timbul perasaan putus asa. Sehingga ada yang meninggalkan amalan berdoa yang sebenarnya merupakan salah satu ibadah yang dimuliakan Allah. Nabi SAW bersabda:
“Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah dibanding doa”. (Riwayat Tirmidzi)
Hakikatnya, Allah SWT adalah Tuhan yang Maha Adil dan Dia sentiasa mengotakan janji-janji-Nya. Namun hamba-hamba-Nya adakalanya gagal untuk memahami hikmah di sebalik segala keputusan Allah. Kita merasakan apa yang dipinta daripada-Nya itu merupakan yang terbaik untuk diri kita sedangkan Allah lebih mengetahui segala-galanya dan setiap keputusan-Nya itu memiliki hikmah yang adakalanya tidak disedari oleh seseorang insan.

Ada ketikanya apabila Allah tidak memperkenankan sesuatu permintaan hamba-Nya disebabkan kerana Allah ingin memberikan sesuatu yang lebih baik dari apa yang dipinta.
Nabi SAW bersabda: “Tidaklah seorang Muslim berdoa kepada Allah dengan sebuah doa yang tidak berisi dosa dan permintaan untuk memutuskan silaturahim melainkan Allah akan mengurniakan kepadanya salah satu dari tiga perkara: Allah akan segera memakbulkan doanya atau Allah akan menyimpan doanya sebagai pahala di akhirat atau Allah akan menghindarkan dirinya dari keburukan semisalnya. Mereka berkata: Kalau begitu kami harus memperbanyakan berdoa. Nabi bersabda: Apa yang Allah kurniakan kepada kalian lebih banyak dari yang kalian minta”. (Riwayat Imam Ahmad)
Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. (al-A’raaf: 55)

Isnin, 10 Ogos 2009

ANAKKU....KASIHKU....

Bagaimana mendidik anak supaya menjadi seorang yang berakhlak mulia, penyantun serta berbudi bahasa dalam usia anak yang masih mentah. Pertama sekali, ibubapa perlulah berusaha untuk memenuhi hak-hak asasi anak seperti yang telah digariskan oleh Islam. Menurut Prof Abdul Rahim Omran, terdapat 10 hak-hak asasi seorang anak iaitu;
1. hak untuk hidup
2. hak untuk mempunyai genetik yang sahih (anak yang dilahirkan dari ibubapa yang sah pernikahannya)
3. hak untuk mempunyai nama yang baik
4. hak untuk mendapat belaian kasih sayang, perlindungan dan penyusuan ibu
5. hak untuk mendapat tempat tidur yang berasingan
6. hak untuk mendapat pendidikan dan ilmu pengetahuan
7. hak untuk dibesarkan di dalam suasana Islam
8. hak untuk mendapatkan setiap sesuatu yang dibelanjakan untuknya dari sumber yang halal
9. hak untuk mempelajari kemahiran hidup dan pertahanan diri
10. hak untuk mendapat layanan yang saksama tanpa mengira jantina atau gender
surah Luqman,ayat 13: “Dan ketika Luqman berkata kepada anaknya, diwaktu dia memberi pelajaran kepada anaknya : Hai anakku, janganlah nkamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar benar kezaliman yang besar.”.

Ahad, 9 Ogos 2009

YA ALLAH YA TUHANKU

" Wahai Tuhanku, aku tak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu, ampunkan dosaku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa2 ku. Amin Ya Rabbal'alamin " Info yang boleh dikongsi bersama kawan2. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.
Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).-
DOA TENGOK CERMIN Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari.
Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi. Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu...
1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S.A.W. bersabda: "Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi/Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat.
Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!" Wassalam.
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Khamis, 6 Ogos 2009

MASIH KAH KITA ADA PERASAAN SAYANG???


SELEPAS sekian lama tidak mendapat liputan media massa, jenayah buang bayi kini kembali menjadi penghias muka depan akhbar utama. Hakikatnya, perbuatan kejam itu tidak akan berhenti selagi ada manusia bertopengkan syaitan yang tidak pernah insaf daripada noda yang dilakukan.

Selepas berseronok melakukan hubungan zina diharamkan, mereka terbabit pula melakukan pembunuhan kejam. Malah, bagi mereka buang bayi tidak ubah seperti buang sampah yang sudah busuk dan tidak lagi diperlukan. Amalan hina itu lebih buruk daripada binatang dijadikan Allah dengan rasa kasih sayang dan belas kasihan terhadap darah daging sendiri. Bimbang malu atas keterlanjuran tidak boleh sama sekali dijadikan alasan untuk membunuh nyawa yang tidak berdosa.

Malah, keadaan itu mendedahkan pelaku kepada jenayah membunuh dengan sengaja lalu mengundang kemurkaan Allah.Masyarakat Arab jahiliah sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW pernah membunuh anak perempuan kerana malu dan dianggap tidak setanding dengan anak lelaki yang gagah dan boleh diajar berperang.

Hal ini dinyatakan dalam firman Allah bermaksud: "Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa dia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang dia menahan perasaan marahnya dalam hati. Dia bersembunyi dari orang ramai kerana (merasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya (dia beroleh anak perempuan sambil dia berfikir), adakah dia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina atau dia akan menanamnya hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu." (Surah al-Nahl, ayat 58-59)

Tetapi kini, kejahatan manusia melampau naluri semula jadi seorang ibu yang sepatutnya menjadi belas serta sayang terhadap anak dilahirkan. Jantina bayi tidak lagi menjadi perhitungan, malah jika yang lahir pondan sekalipun, mahu dibuang atau dibunuh tetap akan dilakukan.

Ada dibuang dalam lubang tandas, ditinggalkan di tepi semak, tempat pembuangan sampah, dicampak dalam longkang dan terbaru seorang bayi seberat 3.05 kilogram ditemui ditinggalkan semalaman di perhentian bas sehingga dikerumuni ribuan semut.Terbaru di buang dalam lubang tandas...Manusia jenis apakah tergamak melakukan perbuatan keji seperti itu.

Sungguh ia perlakuan manusia dirasuk iblis hingga akal tidak lagi dapat berfungsi dengan sempurna.

Apa pun alasannya.....tidak boleh di terima akal yang waras...

Rabu, 5 Ogos 2009

Rasulullah SAW Membela Umatnya

Di hari Kiamat, ketika neraka bertempik sebanyak tiga (3) kali, Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa memohon agar Allah menyelamatkan mereka. Masing-masing berkata “Selamatkan aku, Selamatkan aku. Pada hari ini aku tidak meminta selain darinya“. (Nabi Musa tidak memohon agar saudaranya Nabi Harun diselamatkan. Nabi Isa juga tidak memohon agar ibunya Maryam diselamatakan.) Sedangkan Rasulullah saw memohon “Umatku, umatku, Ya Tuhanku selamatkan mereka dan bebaskan mereka”

Di Padang Mahsyar orang yang mula-mula berusaha ialah nabi Ibrahim as. Baginda bergantung dengan asap Arasy yang naik lalu menyeru: “TuhanKu dan Penguasaku! Aku adalah khalilMu Ibrahim. Kasihanilah kedudukanku pada hari ini! Aku tidak meminta kejayaan Ishak dan anakku pada hari ini.”Allah Taala berfirman: “Wahai Ibrahim! Adakah kamu melihat Kekasih mengazab kekasihnya.

”Nabi Musa as datang. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “KalamMu. Aku tidak meminta kepadaMu melainkan diriku. Aku tidak meminta untuk saudaraku Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!”

Nabi Isa as datang di dalam keadaan menangis. Baginda bergantung dengan Arsy lalu menyeru: “Tuhanku… Penguasaku.. Penciptaku! Isa roh Allah. Aku tidak meminta melainkan diriku. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!”

Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad SAW menyeru: “Tuhanku.. Penguasaku Penghuluku…. !Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!”

Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: “Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?”Neraka pula berseru: “Wahai Tuhanku… Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.”
Malaikat Zabaniah menolaknya sehingga terdampar di kiri Arsy. Neraka sujud di hadapan Tuhannya.

Begitulah kasih Rasulullah saw kepada umatnya, seperti dalam ayat “Laqad ja akum rasulun….”
At-Taubah [128] Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. [129]

Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.

Selasa, 4 Ogos 2009

IBU....POSE KE?

Bulan Ramadhan telah tiba. Bulan penuh ibadah bagi umat muslim di dunia. Salah satu ibadah yang wajib dilakukan setiap muslim yang telah baligh (cukup umur) adalah berpuasa. bagaimana dengan ibu hamil dan menyusui?
Puasa Ramadhan hukumnya tetap wajib bagi ibu hamil dan menyusui. Alhamdulillah, Islam memberikan kelonggaran bagi ibu hamil dan menyusui untuk tidak berpuasa dengan berpuasa di lain waktu atau membayar fidyah.

Yang pertama,

dikembalikan kepada motivasi atau niat. Jika ibu hamil dan menyusui tidak melakukan ibadah puasa karena mengkhawatirkan kesehatan dirinya, maka dia menganggap dirinya seperti orang sakit. Sehingga cara mengganti puasa sama dengan mengganti puasa dikala orang sakit, yaitu dengan berpuasa di hari lain. Namun, jika mengkhawatirkan bayinya, dianggap seperti orang tua yang tak punya kemampuan sehingga cara menggantinya selain membayar puasa-seperti cara orang tua-yaitu dengan membayar fidyah.


Yang kedua,

ibu hamil atau menyusui cukup membayar fidyah saja tanpa harus berpuasa. Karena keduanya tidak berpuasa bukan karena sakit, melainkan karena keadaan yang membuatnya tidak mampu puasa. Kasusnya lebih dekat dengan orang tua yang tidak mampu berpuasa.

Apa dan bagaimana cara membayar Fidyah?

Fidyah adalah memberi makan orang fakir miskin. Satu hari puasa diganti dengan satu kali fidyah. Ukuran memberi makan adalah sebesar porsi kita makan 3 kali sehari, yakni sekitar 1 mud atau 600 gram. Jika dirupakan uang, sebesar biaya kita makan 3 kali sehari.

Ketika memberikan fidyah,

ada tata caranya juga. Salah satu yang harus diingat adalah jangan lupa mengucapkan berita serah terima/ijab kabul. Misalnya "Saya membayar fidyah kepada saudara, mohon diterima dengan baik".

Jika meminta orang lain yang menyerahkan maka, "Ibu A membayar fidyah kepada saudara, mohon diterima dengan baik".

Ahad, 2 Ogos 2009

PUASA DAN GASTRIK

ANTARA rungutan yang sering kedengaran Ramadan ini adalah gastritis. Gastrik popular pada bulan Ramadan ini apabila ramai yang menjadikannya alasan untuk tidak berpuasa.
Maka, berbondong-bondonglah orang Islam yang tidak berpuasa diangkut dengan van mayat kerana mengingkari syariat Islam itu.
Pesakit gastrik selalunya ragu-ragu untuk menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadan kerana fitrahnya sebagai gangguan yang berkaitan dengan pola pemakanan, sedangkan puasa bererti mengubah pola makan.
Bolehkah pesakit gastrik berpuasa? Tidakkah puasa akan memburukkan lagi penyakit itu? – Demikian antara soalan-soalan yang sering diajukan.
Puasa merehatkan saluran pencernaan (usus) serta enzim dan hormon yang biasanya bekerja untuk mencerna makanan secara terus-menerus selama lebih kurang 18 jam, kecuali tidur.
Dengan berpuasa, organ penting itu dapat beristirahat selama lebih kurang 14 jam. Selama masa itu, tidak ada makanan dan minuman yang masuk ke dalam sistem pencernaan kita.
Selagi penyakit gastrik itu belum memasuki tahap kronik atau masih dalam peringkat ringan, pesakit boleh sahaja menjalankan ibadah puasa dengan sempurna asalkan tahu caranya.
Pakar Perunding Kanan Perubatan/ Gastroenterologi dan Ketua Jabatan Perubatan Hospital Putrajaya, Datuk Dr. Ahmad Shukri Datuk Md. Salleh berkata, gastritis bukanlah satu penyakit tetapi ia merupakan satu kumpulan keadaan di mana kesemuanya mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu inflamasi di dalam lapisan perut anda.
‘‘Secara amnya, inflamasi terjadi akibat jangkitan bakteria yang sama dengan ulser perut. Faktor-faktor lain yang menyumbang kepada gastritis termasuklah kecederaan traumatik dan penggunaan pil penahan sakit secara kerap.
‘‘Walaupun terdapat banyak keadaan yang dikaitkan dengan gastritis, tanda-tanda dan simptom-simptom penyakit ini adalah sama iaitu rasa perit di bahagian atas abdomen dan kadangkala kembung, sendawa, rasa mual atau muntah-muntah.
‘‘Dalam beberapa kes, gastritis boleh mengakibatkan ulser dan meningkatkan risiko kanser perut. Bagi kebanyakan orang, gastritis tidaklah serius dan ia akan pulih dengan cepat apabila diberi rawatan,’’ ujar beliau.
Menurutnya, serangan gastrik terjadi apabila produksi asid perut secara berlebihan sehingga menyebabkan lapisan perut mengalami iritasi.
Dalam tempoh berpuasa terutamanya setelah enam hingga lapan jam perut kosong, akan terjadi peningkatan asid perut yang dapat menyebabkan gejala sakit gastrik.
Di hari-hari awal bulan Ramadan, orang yang tidak mengalami penyakit gastrik pun kadang-kadang merasakan perutnya kembung, pedih atau sedikit memulas.
Ini kerana, perut melalui proses pengubahsuaian pola makan saat berpuasa. Biasanya, memasuki akhir minggu pertama, gangguan ini akan hilang dengan sendirinya kerana tubuh sudah mampu menyesuaikan diri.
Pada orang yang sihat, keadaan ini dapat diatasi dengan pilihan makanan yang tepat saat berbuka dan sahur serta kegiatan yang tidak menyebabkan terjadinya peningkatan udara di dalam perut serta peningkatan asid perut.
Bagi individu yang memang terdapat kelainan organik, puasa akan memburukkan keadaan sakit perutnya jika tidak diubati dengan tepat. Tetapi jika sakit perutnya diubati, dapatlah mereka melakukan ibadah puasa seperti orang normal.
Dr. Ahmad Shukri berkata, untuk menghindari keadaan lebih parah, hindari makanan dan minuman yang dapat merangsang asid perut misalnya makanan pedas, berasid dan berkafeina seperti kopi.
‘‘Hindari juga stres kerana ini pun berupaya mencetuskan pengeluaran asid perut secara berlebihan. Selama berpuasa, jangan abaikan zat makanan.
‘‘Lalu ketika berbuka, makanlah secara bertahap, dengan menerapkan teknik-teknik pola makan antigastrik seperti makan sahur tidak terlalu kenyang kerana akan lebih merangsang perut, namun perlu mengandungi cukup karbohidrat,’’ jelasnya.
Pesakit gastrik boleh berbuka dengan pelbagai jenis kuih ataupun minuman yang manis tetapi jangan terlalu manis atau terlalu banyak sekali gus kerana akan merangsang produksi asid perut secara mendadak.
Ada baiknya porsi berbuka dibahagi kepada dua iaitu waktu maghrib dan sesudah solat tarawih.
Pada saat berbuka puasa, yang pertama kali masuk ke perut cukuplah seperti buah tamar, makanan ringan atau cairan seperti teh manis panas atau sepotong kuih.
Pascasalat maghrib, barulah makan nasi dengan lauk-pauk secukupnya disertai buah-buahan yang tidak masam.
Terdapat juga jenis buah yang boleh membantu memperkuat daya tahan perut terhadap serangan gastrik di antaranya avokado dan pisang raja.
Setelah solat tarawih, makanlah makanan yang lebih ringan seperti kuih-muih dan segelas susu coklat.
Bagi pesakit radang, saluran pemakanan esofagus akibat refluk asid, elakkan makan lewat malam sebelum tidur kerana ia akan meningkatkan kadar asid yang akan naik dari perut ke saluran esofagus yang menyebabkan rasa masam di mulut atau panas di belakang dada.
Dewasa ini, ubat penyakit gastrik terutama yang diperlukan untuk mengendalikan asid perut mempunyai masa kerja yang panjang, sekitar 12 jam sekali gus memudahkan pengaturannya selama bulan puasa.
Antara medikasi untuk meneutralkan asid perut sama ada antasid, penghalang asid, perencat pam proton dan agen cytoprotective. Ubat sebaiknya diberikan waktu subuh sesudah makan sahur, dan bila perlu ditambah sesudah berbuka puasa.
Pesakit yang sebelum ini tidak mempunyai masalah dengan perut tidak perlu takut akan mengalami sakit gastrik saat berpuasa, bahkan puasa akan membuat pencernaannya lebih sihat.
Ubat-ubatan untuk gastrik juga tidak diperlukan untuk pesakit yang tidak ada masalah dengan penyakitnya itu selama melaksanakan puasa Ramadan.
Biasanya dengan berpuasa, keluhan sakit gastrik berkurang dan berasa lebih sihat semasa berpuasa kerana pemakanan menjadi lebih teratur sebulan ini.
Kebiasaan makan makanan ringan dan minum soda pasti tidak dilakukan pada waktu pagi, siang dan petang hari kerana sedang berpuasa.
Umumnya juga, orang yang berpuasa akan lebih banyak bersabar dan mengendalikan stres, menyebabkan pesakit dapat berpuasa dengan baik dan keluhannya akan berkurang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SUAMIKU YG TERAMAT KUSAYANGI..

SUAMIKU YG TERAMAT KUSAYANGI..
Memahami,Penyayang,Penyabar,Sporting dan yg paling penting...menerima aku dan keluargaku seadanya.....Aku bertuah memiliki seorg suami sepertinya..:)

INILAH IBUKU YANG AMATKU SAYANGI

INILAH IBUKU YANG AMATKU SAYANGI
TERIMAH KASIH IBUKU...hanya ucapan itu yg mampu ku berikan untukmu yg selalu menyayangiku.Hanya ALLAH yg dapat membalas segala pengorbananmu kepadaku sejak aku dilahirkan sehingga nafasku yg terakhir.Aku bersyukur memilikimu sebagai ibuku dunia akhirat.

DIALAH SEORANG AYAH YG AMAT PENYAYANG

DIALAH SEORANG AYAH YG AMAT PENYAYANG
Aku beruntung memiliki seorang ayah yg amat penyayang.Terlalu byk yg dikorbankan untuk membesarkan kami adik beradik.Terima kasih di atas segala pergorbananmu ayahku.sesungguhnya,hanya ALLAH yg dapat membalas jasa baikmu padaku..Dan hanya ALLAH yg mengetahui sayangnya aku padamu ayahku.

ADEQ YG SELALU MERIUHKAN KEADAAN KELUARGAKU..

ADEQ YG SELALU MERIUHKAN KEADAAN KELUARGAKU..
Seorang berhati baik walaupun zahirnya selalu membuat kami sekeluarga riuh dengan perangainya yg tak dapat ditafsirkan.

SATU2NYA ADEQ YG PEMALU

SATU2NYA ADEQ YG PEMALU
Ni adeq aku yg sedang belajar kat matrik labuan.Tapi seorang yg pemalu dan pendiam.Banyak berahsia dan tidak mudah di dekati.Dan seorang yg sensitif giler...

....WARTAWAN ASTRO...

....WARTAWAN ASTRO...
Pembawa khabar atau cerita yg sensasi.Tak kiralah luar atau dalam kawasan..yg penting semua berita 100% betul dan bukanlah gosip semata2.Skg tgh study form 6...mana2 wartawan pun kene blajar dari dia kalu nak cari liputan yg PANAZZZZ...

NI BUAH HATI PENGARANG JANTUNG KAMI SEKELUARGA

NI BUAH HATI PENGARANG JANTUNG KAMI SEKELUARGA
Adeq yg jadik kebahagiaan kami sekeluarga.Yg memgubati hati ibu dan ayah bila sunyi..penuh dengan keletah nakal dan cerewet..Tapi itulah yg menjadi kegembiraan kami.

USAHA, DOA DAN TAWAKAL

Jangan pernah kenal putus asa dalam kehidupan..inilah yang aku pelajari dari seseorg yg bernama suami.Hadapi semua cabaran dan dugaan dengan senyuman yg membanggakan.Kerana itu akan membuat kita lebih maju dalam kehidupan dunia dan akhirat.Seimbang dalam percaturan hidup,carilah keberkatan dalam usaha kita. INSYA'ALLAH........
;
free glitter text and family website at FamilyLobby.com

BELI KOMPUTER DENGAN HARGA YANG MURAH