Selasa, 12 Januari 2010

HATI SI HATI MURNI...?

Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Pandangan hati itu yang hakiki,
Kalau HATI itu BERSIH.
Macamana nak pelihara hati?
Yang pastinya, kita perlulah sentiasa memenuhi tanggungjawab fardhu kita, Memelihara syahadah kita (Jauhi Syirik!),Solat fardhu kita, Puasa kita, Zakat kita, Ibadah haji kita (bagi yang berkemampuan).
Seterusnya,perbanyakkanlah amalan sunat, kerana Allah amat menyintai orang yg sentiasa memperbanyakkan amalan sunatnya.Dan apabila Allah menyintai seseorang hamba-Nya itu, segala tindakannay akan sentiasa selari dgn kehendak Allah. Rasulullah pernah bersabda:-
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata:
Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman:
Barangsiapa yang memusuhi seorang waliKu, maka Aku akan isytiharkan perang terhadapnya. Seorang hambaKu tidak bertaqqarub (iaitu menghampirkan dirinya) kepadaKu dengan suatu amalan yang lebih Aku sukai lebih daripada amalan yang Akufardhukan ke atasnya. Seseorang hamba sentiasa bertaqqarub dirinya kepadaKu, dengan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, maka jadilah Aku pendengarannya yang dia mendengar sesuatu dengannya, jadilah Aku penglihatannya yang dia melihat sesuatu dengannya, jadilah Aku tangannya yang dengannya dia melakukan kerja, jadilah Aku kakinya yang dengannya dia berjalan. Sekiranya dia meminta daripadaKu Aku akan kurniakannya dansekiranya dia meminta perlindungan dariKu nescaya Aku akan melindunginya.
(Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.)
Jauhi perkara perkara-perkara yang haram, kerana hati yg gelap tidak akn disinggahi cahaya hidayah. Jangan kita lupa, setiap perkara/tindakan yg membawa kpd yg haram, adalah haram hukumnya.Jauhi juga perkara2 yg shubhah, kerana, perkara yng shubhah juga boleh membawa kepada haram.

Isnin, 11 Januari 2010

SELAWAT SYIFA


BATU TERLEPAS DARI NERAKA

Pada zaman dulu, seorang nabi bertemu seketul batu kecil di tengah jalan.Beliau hairan dan tercengang melihat air mencurah-curah keluar dengan banyak melalui serkahan batu itu.Dengan izin Allah, batu itu boleh berkata."Semenjak aku dengar Firman Tuhan bahawa bahan bakar neraka ialah manusia dan batu, aku selalu menangis ketakutan!" Nabi itu bermohon supaya batu itu terlepas dari neraka.

Beberapa lama kemudian, nabi itu menjumpai batu itu sekali lagi dalam keadaan menangis seperti dulu. Beliau bertanya batu itu kenapa dia menangis sekali lagi sedangkan dia terselamat dari menjadi bahan bakar api neraka."Dulu aku menangis kerana ketakutan tetapi sekarang aku menangis kerana bersyukur dan gembira!"
MORAL & IKTIBAR
-Batu juga makhluk Allah yang mempunyai perasaan.
-Batu menjadi bahan bakar dalam api neraka selain manusia.
-Makhluk jumud boleh berkata jika diizinkan Allah.
-Orang kasyaf yakni mereka yang dibukakan oleh Allah pintu hijab dapat mendengar dan melihat perkara yang tersirat.
-Hati manusia bisa dilembutkan dengan cara tangisan seperti batu tadi.Menangis kerana takut akan azab Allah dan juga kerana rasa bersyukur dan gembira akan nikmat Allah.
-Batu yang tidak mempunyai akal pun takut dibakar dalam neraka, betapa dengan manusia yang diberikan akal fikiran.
-Manusia yang berhati batu tidak akan mendapat kurniaan dan rahmat Allah s.w.t.
-Ada batu yang terkecuali dari menjadi bahan bakar api neraka seperti batu giling Siti Aisyah yang tidak henti-henti menggiling demi untuk menolongnya mengisar tepung.



ANTARA TANDA REZEKI TIDAK BERKAT

ISLAM memang menggalakkan umatnya memiliki harta yang banyak untuk menjamin anggota keluarga dan keturunannya agar sentiasa hidup senang bahagia.
Sabda Rasulullah bermaksud:
"Biarlah kamu mati meninggalkan harta untuk anak kamu. Ia adalah lebih baik daripada anak kamu meminta-minta kepada orang lain selepas kamu mati."
Namun, rezeki yang dimiliki perlu diperoleh daripada sumber halal, sejajar dengan maksud firman Allah:
"Makanlah kamu daripada rezeki yang halal dan bersih." – (Surah al-Baqarah, ayat 168)
Sehubungan itu, Islam melarang umatnya mencari rezeki dan memperoleh harta daripada sumber haram, seperti rasuah, mencuri, menipu, menganiaya dan melakukan kerja haram.
Antara tanda rezeki diperoleh tidak berkat ialah:

1.Jiwa sentiasa tidak tenang walaupun memperoleh dan memiliki harta banyak dan bertimbun.
2. Harta yang diperoleh menerusi jalan tidak baik mudah habis dan terhakis tanpa diduga dan tidak disedari.
3. Berasa sombong dan tamak hingga bernafsu untuk menambah dan memiliki lebih banyak harta hingga tidak mementingkan ibadah.
4. Berasa kedekut dan enggan bersedekah atau mengeluarkan zakat kerana menganggap perbuatan itu merugikan.
5. Sering ditimpa bencana dan musibah yang tidak disedari. Ini kerana setiap perbuatan mungkar akan mendapat laknat daripada Allah.
6. Ibadah tidak sempurna dan sukar menerima pendidikan terutama berkaitan agama.
Justeru itu, umat Islam harus merenung dan mengambil iktibar jika berlaku insiden yang terpaksa mengeluarkan wang seperti kereta atau motosikal baru rosak, alat elektrik di rumah tidak berfungsi, anak tiba-tiba sakit dan memerlukan rawatan yang memerlukan belanja yang tinggi, dompet, telefon bimbit dan barang kemas hilang atau kena kebas.

Ahad, 10 Januari 2010

TAZKIRAH MUSLIMAH

"ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah.ketika org lain merasa gembira dgn dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah. ketika org lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dgn Allah. dan ketika orang2 pergi menghadap raja dan pembesar2 untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadilah dirimu betul2 mencintai Allah..IBNUL QAYYIM..

12 WAKTU MUSTAJAB UNTUK BERDOA

Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s.w.t.

Di antaranya ialah:-
1. Semasa Lailatul-Qadar.
2. Ketika hujan turun.
3. Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
4. Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
5. Di tengah malam.
6. Di antara azan dan iqamah.
7. Ketika sujud dalam solat.
8. Ketika iktidal akhir dalam solat.
9. Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.
10. Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir(waktu sahur).
11. Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
12. Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu laillahhaillah.

SATU AMALAN NILAINYA SYURGA

Di padang Mahsyar segala amalan manusia ditimbang oleh Allah S.W.T. Mana yang lebih banyak pahala dimasukkan ke syurga sementara yang berat timbangan dosa dihumban ke neraka.Seorang hamba Allah didapati kurang satu amalan (mata) saja untuk melayakkan dia masuk ke syurga.
Jika mengikut perkiraan, dia adalah calon neraka tapi Allah Maha Penyayang akan hambanya. Allah memerintahkan orang itu mencari satu lagi mata untuk melayakkan dia masuk ke syurga.
Puas dia merayu dan mengemis dari seorang ke seorang untuk mendapatkan satu kebajikan saja namun hampa. Masing-masing memerlukan walau satu kebajikan. Kesemuanya mengatakan nasib mereka belum menentu, bagaimana hendak memberikan satu pahala.Namun dia tidak berputus asa. Akhirnya berjumpa dengan seorang hamba Allah yang bersimpati dengannya. Dia mengatakan hidupnya bergelumang dengan dosa dan sepanjang hidupnya hanya membuat satu kebajikan saja.
Padanya satu pahala itu tidak membawa sebarang makna, kerana menyangkakan dia akan masuk ke neraka akhirnya. Oleh sebab simpatinya kepada orang itu, dia memberikan satu pahala itu kepadanya. Dengan gembira yang tidak terhingga dia kembali menghadap Allah membawa pahala tersebut. Dia menerangkan apa yang berlaku. Oleh sebab sikap penderma yang pemurah itu, Allah menyuruh orang itu mencari penderma berkenaan untuk dimasukkan bersamanya ke dalam syurga.
MORAL & IKTIBAR

-Allah bersifat dengan AR-RAHIM
-Jangan remehkan kebajikan walaupun hanya amalan sunat.
-Satu kebajikan amat berat timbangan disisi Allah s.w.t
-Satu amalan boleh meletakkan diri samada syurga atau neraka.
-Di padang Masyhar semuanya nafsi-nafsi yakni masing-masing mahu melepaskan diri dari azab yang pedih.
-Orang yang pemurah akan dirahmati Allah yang bersifat dengan Pemurah.
-Penghakiman di akhirat amat teliti serta berlandaskan keadilan yang hakiki.

Sabtu, 9 Januari 2010

15 PERKARA YG PERLU KITA TAHU

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita

-pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"


15 Senjata Menghalang Syaitan

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi


-SEMOGA KEHIDUPAN KITA DIJAUHI SYAITAN-

MUTIARA KATA PILIHAN


BUAT MEREKA YG SOMBONG



" Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina! "

Jumaat, 8 Januari 2010

WAJIB BAGI SEORANG WANITA...

Seorang wanita itu...
Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ...
Seorang wanita itu ...
hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ... namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah...
Seorang wanita itu ...
teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ...
Seorang wanita itu ...
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...
Seorang wanita itu ...
bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syahid menyahut panggilan Allah.

DOA UNTUK SI COMEL


Selain solat hajat, doa ini sebagai usaha untuk melembutkan hati mereka:
1. Baca Surah Al-Fatihah.
2. Baca Surah Toha ayat 1 hingga 5.
3. Baca doa berikut:
اللَّهُم لَيِّنْ قَلْبَ _______ كَمَا لَيَّنْتَ الحَدِيدَ لِدَاوُودَ عَلَيهِ الصَّلاة وَالسَّلام*
Isikan dengan nama orang yang didoakan.
4. Baca Tiga Qul (Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas).
Wallahu musta'an.

SELAMAT ULANG TAHUN BUAT SUAMIKU...


SELAMAT PANJANG UMUR N DI MURAHKAN REZEKI WAHAI SUAMI KU...
SEMOGA KEBAHAGIAAN INI BERTAMBAH
MEKAR D SIRAMI EMBUN KEBERKATAN...SEMOGA JODOH INI SEHINGGA KE SYURGA BERSULAM KEINDAHAN...
KETAHUILAH SUAMIKU...,SESUNGGUHNYA,
AKU AMAT BERTUAH MEMILIKIMU SEBAGAI PASANGAN HIDUP KU...
TERIMA KASIH ATAS
SEGALA PENGORBANAN DAN BIMBINGAN
YG KAU BERIKAN PADAKU...
CINTAKU PADAMU,
HANYA ALLAH YG TAHU....
ANDAI KATA AJAL MEMISAHKAN KITA.... KU TUNGGU DIRIMU...
D TITIAN SANA.....
SEMOGA KEINDAHAN INI AKAN SELALU DI SIRAMI
HUJAN KEBAHAGIAAN...

Rabu, 6 Januari 2010

RENUNGKANLAH...

Dari Abu Hurairah R.A, Abu Said R.A katanya, Rasulullah bersabda:

"Tiada suatu kaum pun duduk-duduk berzikir kepada ALLAH melainkan dikelilingi oleh para malaikat dan ditutupi oleh rahmat serta turunlah kepada mereka dan Allah mengingatkan mereka kepada makhluk-makhluk yang ada di sisiNYA yakni disebutkan hal ehawal mereka itu dikalangan para malaikat" (H.R Muslim)

RENUNGKANLAH.......!!!!!!

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Suka kah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." (49:12)

"Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari akhirat." (HR Bukhari)


KUCARI SAHABAT SEJATI...


Selasa, 5 Januari 2010

HAKIKAT MANUSIA..



PERINGATAN BERSAMA

Anas Radiallahuan mengkhabarkan bahawa beliau pernah mendengar Rasullulah SAW bersabda :

Bahawa ALLAH telah berfirman maksudnya..."hai bani Adam..selama engkau berdoa dan berharap kepadaku, Aku ampunkan bagimu apa yang telah terjadi daripada kamu dan tidak Aku hiraukan berapa banyaknya..

Hai bani Adam..andai dosamu memuncak ke langit kemudian engkau meminta ampun kepadaku,aku ampunkan bagimu dan tidak aku hiraukan betapa banyaknya. Hai bani Adam..seandainya engkau datang kepadaku dengan membawa dosa sepenuh bumi asalkan engkau tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu pun nescaya aku isi semua itu dengan pengampunan.."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SUAMIKU YG TERAMAT KUSAYANGI..

SUAMIKU YG TERAMAT KUSAYANGI..
Memahami,Penyayang,Penyabar,Sporting dan yg paling penting...menerima aku dan keluargaku seadanya.....Aku bertuah memiliki seorg suami sepertinya..:)

INILAH IBUKU YANG AMATKU SAYANGI

INILAH IBUKU YANG AMATKU SAYANGI
TERIMAH KASIH IBUKU...hanya ucapan itu yg mampu ku berikan untukmu yg selalu menyayangiku.Hanya ALLAH yg dapat membalas segala pengorbananmu kepadaku sejak aku dilahirkan sehingga nafasku yg terakhir.Aku bersyukur memilikimu sebagai ibuku dunia akhirat.

DIALAH SEORANG AYAH YG AMAT PENYAYANG

DIALAH SEORANG AYAH YG AMAT PENYAYANG
Aku beruntung memiliki seorang ayah yg amat penyayang.Terlalu byk yg dikorbankan untuk membesarkan kami adik beradik.Terima kasih di atas segala pergorbananmu ayahku.sesungguhnya,hanya ALLAH yg dapat membalas jasa baikmu padaku..Dan hanya ALLAH yg mengetahui sayangnya aku padamu ayahku.

ADEQ YG SELALU MERIUHKAN KEADAAN KELUARGAKU..

ADEQ YG SELALU MERIUHKAN KEADAAN KELUARGAKU..
Seorang berhati baik walaupun zahirnya selalu membuat kami sekeluarga riuh dengan perangainya yg tak dapat ditafsirkan.

SATU2NYA ADEQ YG PEMALU

SATU2NYA ADEQ YG PEMALU
Ni adeq aku yg sedang belajar kat matrik labuan.Tapi seorang yg pemalu dan pendiam.Banyak berahsia dan tidak mudah di dekati.Dan seorang yg sensitif giler...

....WARTAWAN ASTRO...

....WARTAWAN ASTRO...
Pembawa khabar atau cerita yg sensasi.Tak kiralah luar atau dalam kawasan..yg penting semua berita 100% betul dan bukanlah gosip semata2.Skg tgh study form 6...mana2 wartawan pun kene blajar dari dia kalu nak cari liputan yg PANAZZZZ...

NI BUAH HATI PENGARANG JANTUNG KAMI SEKELUARGA

NI BUAH HATI PENGARANG JANTUNG KAMI SEKELUARGA
Adeq yg jadik kebahagiaan kami sekeluarga.Yg memgubati hati ibu dan ayah bila sunyi..penuh dengan keletah nakal dan cerewet..Tapi itulah yg menjadi kegembiraan kami.

USAHA, DOA DAN TAWAKAL

Jangan pernah kenal putus asa dalam kehidupan..inilah yang aku pelajari dari seseorg yg bernama suami.Hadapi semua cabaran dan dugaan dengan senyuman yg membanggakan.Kerana itu akan membuat kita lebih maju dalam kehidupan dunia dan akhirat.Seimbang dalam percaturan hidup,carilah keberkatan dalam usaha kita. INSYA'ALLAH........
;
free glitter text and family website at FamilyLobby.com

BELI KOMPUTER DENGAN HARGA YANG MURAH