Ahad, 31 Januari 2010

ESOK MILIK SIAPA???

Semalam telah pergi dari sanubari
Bersama lipatan kisah seribu liku
Esok memang tidak pernah menjanjikan apa-apa
Namun ingatlah janji Khalik itu benar belaka
Akan rugilah buat yang tidak pernah endah pada waktu
Tapi lihatlah betapa bahagia yang mengisi masa
Dalam ketaakulan beramal bersama ilmu dan takwa
Oleh itu terjawablah soalan ini
Bahawa esok adalah buat mereka yang tidak leka
Mengatur langkah bersama derap masa
Yang pasti aku tidak akan berdiri di sini lagi
Kerana itu adalah derap jantung nadiku.

KITA SEORANG HAMBA




Bila hati diserah kepada Allah,

Tiada resah tiada gelisah,

Bila apa yang diburu hanyalah demi mardhotillah,

Hilang rasa gundah hidup rasa indah...

Bila benih cinta disemai dahulu pada Yang Esa,

Barulah akan menyusul cinta tulus sesama hamba...

Pergilah duka, Hapuslah kecewa..

Kerana bahagia InsyaAllah akan tiba,

Di dunia ini dan di akhirat sana,

Dengan syarat Iman dan Taqwa,

Kukuh disemai dan tersemat di jiwa,

Amal soleh bakti setia,

Seorang hamba kepada Rabbnya.


-KiTa HaNyALaH HaMbA
-

IMAN????


Sabtu, 30 Januari 2010

BAIKNYA ALLAH PD KITA....

"....Ku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar, Dia beri kaktus berduri.Kuminta kupu-kupu, diberi ulat berbulu...
Apabila aku sedih dan kecewa, namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekalidan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang cantik.
Itulah jalan Tuhan, indah pada masanya! Tuhan tidak akan memberi apa yang kita harapkan,tetapi dia akan memberi apa yang kita perlukan...
Kadang-kadang kita sedih, kecewa, dan terluka,tetapi jauh di atas segalanya Dia mengatur yang TERBAIK dalam kehidupan kita!!!
Ingat Tuhan senantiasa mengingati dan memerhatikan kita...tapi, sebaliknya... adakah kita senantiasa mengingatinya?
Baiknya Tuhan kepada kita..maafkan kami ya Allah...
ya Allah...ya Allah..."

Jumaat, 29 Januari 2010

BERTEMU DAN BERPISAH

Siapalah kita,
tidak mampu mengatur pertemuan
tapi Allah takdirkan jua kita berjumpa
di sini, di bumi-Nya
fikrah dan jiwa kita subur
dengan persahabatan yang luhur.
Siapalah kita
tidak berupaya menahan perpisahan
tapi Allah takdirkan juga
kerana di hati telah bertaut
pada ukhuwah-Nya
walaupun jauh di mata
tetap teguh abadi di jiwa.
Insya-Allah,
apabila di tanya siapa kita'
kita adalah insan yang redha
dengan pertemuan dan perpisahan
yang diatur Allah.

Alangkah manisnya hidup dalam keiklasan bersama sahabat yang sudi memahami tuntutan dakwah dan berkorban demi seorang yang bernama sahabat .

KHAS BUAT ANDA...


Khamis, 28 Januari 2010

PENERAJU UMAT


PESANAN BUAT SEMUA MUSLIMAH

SATU PESANAN buat MUSLIMAH yang DIKASIHI
Kalau anti seorang yang menutup aurat, ALHAMDULILLAH ana ucapkan...
Tapi INGATLAH bahawa anti terlepas pandang akan hal remeh ini...
Hatta anti memakai JUBAH, PURDAH atau TUDUNG labuh sekalipun,
Anti lupa akan satu hal yang begitu kecik sekali...
Yakni, KAKI...
Ejaan hanya empat huruf, dengan berada di bawah pandangan orang, anti terlupa untuk menutup KAKI anti...
"Seluruh badan wanita ialah aurat, kecuali muka dan telapak tangannya sahaja."
Jadi, KAKI tergolong dalam aurat yang tidak boleh didedahkan sama sekali...
Rasulullah SAW telah menggambarkan orang yang suka MENDEDAHKAN AURATNYA sebagai "DAGING YANG BUSUK" yang hanya menunggu "ANJING GILA" datang memakannya.
PENYELESAIANNYA???

Senang sahaja, pakai la STOKIN a.k.a. SARUNG KAKI sepanjang masa... ;)
"Hukum Allah bukanlah untuk dipermainkan oleh manusia. Oleh itu, apabila kita menerima sesuatu hukum daripada Allah (Al-Quran dan As-Sunnah), WAJIB kita beramal dengannya tanpa berfikir-fikir lagi.
Kerana... "TIADA UNDANG-UNDANG YANG LEBIH BAIK DARI UNDANG-UNDANG ALLAH."

WANITA ITU CANTIK BILA.....

Cantik wanita kerana kejernihan wajah...wajah yang jernih adalah kerana wuduk yang sempurna..tak pernah sekalipun meninggalkan solat tanpa keuzuran..



Manis wanita kerana senyuman yang indah...senyuman yang indah lahir dari hati yang ikhlas dari hati yang suci bersih..bukannya senyuman terpaksa dan tak ikhlas...senyuman ikhlas boleh menenangkan jiwa yang bergelora..senyuman ikhlas mampu merawat hati yang luka..senyuman punyai kuasa mengeratkan tali silahturrahim sesama manusia...
Ayu wanita kerana keserhanaan lahiriah... sederhana dalam berpakaian dan berpenampilan...sejuk mata memandang bukannya mengundang dosa pada mata yang melihat..betapa Allah S.W.T sangat menyayangi kaum hawa daripada perlakuan durjana kerana itu Dia menyeru kaum hawa menutup aurat sebaik-baiknya demi menjaga maruah diri..

Hebat wanita kerana keimanan yang teguh...takkan pernah melupakan tanggungjawabnya kepada penciptanya...mencintai Allah S.W.T melebihi segala-galanya... cinta padaNya cinta hakiki takkan pernah berubah walau apa pun yang berlaku...merinduiNya setiap waktu dan sentiasa takut akan pengawasanNya..kerana Allah S.W.T Maha Melihat dan Maha Mengetahui akan apa yang ada di bumi dan di langit..

Wanita ibarat bunga..begitu indah untuk tatapan mata..tetapi penuh duri yang bisa menyesatkan hati...keindahan wanita takkan sempurna tanpa iman yang teguh...bimbingan agama yang kukuh...kerana wanita begitu lembut hatinya..begitu lemah imannya jika tidak mendapat didikan agama yang sempurna.. kecantikan wanita tiada cacat celanya..begitu agung Allah S.W.T sebagai pencipta semua yang ada di langit dan juga di bumi...betapa hebat kurniaNya..

Rabu, 27 Januari 2010

PENYAKIT HATI...

Telah termaktub di dalam Al-Quranul Karim dalam surah al-Baqarah ayat 10 (2:10) yang kira-kira bermaksud:

"Dalam hati mereka ada penyakit kepada mereka dan adalah bagi mereka seksaan yang dengan sebab apa yang telah mereka dustakan"

Tanda-tanda Orang yang Menghidap penyakit Hati.

1)Lemah daya kerjanya.

2)Lambat menerima kebenaran

3)Sentiasa gelisah dan resah.

4)Tidak yakin dengan kebolehan sendiri.

5)Tidak mahu menerima nasihat yang baik.

6)sentiasa curiga dan prasangka dengan orang lain.

YA RAHMAN....YA RAHIM....



Ya Malik...
Sungguh luas hikmahMu jika difikirkan..
Mengapa harusku menangis jikaku sakit...
Sedangkan dosa-dosa kecilku sedang jatuh berguguran??
Mengapa harus ku menangis jikaku ditimpa kesusahan..
Sedangkan itulah cara Kau menyayangi hambaMu???
Mengapa harusku meronta jikaku diberi ujian...
Sedangkan itu cara Kau untuk membuatku kembali mengingatiNya...
Mengapa harusku berputus asa sedangkan Allah itu dekat.........
Berdoalah wahai insan....
Allah itu Maha Mengetahui..........

Surah al-Baqarah ayat 186:
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi( perintah) Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran".

Ya Allah....
Aku berdoa memohon keampunan
Tanganku tadah..
Badanku tegak bertahyat..
Mata ditutup memikirkan dosa-dosaku yang lalu...

Ya Allah....
Ingin sekali aku bertaubat...
Memohon keampunan....
Agar dapat aku diberi kekuatan...
Menempuhi dugaan yang mendatang
Setelah aku diberi kesedaran...
Inilah salah satu nikmatMu yang besar...
Dapat mengingatiMu kembali......

Selasa, 26 Januari 2010

MENCARI KEBAHAGIAAN HAKIKI

Kebahagiaan adalah sesuatu yang diidam-idamkan oleh semua makhluk. Ianya dicari dan di buru oleh semua yang hidup. Tidak ada manusia yang tidak mengingininya. Tidak ada keluarga yang tidak mahu mencapainya, dan tidak ada umat yang tidak bercita-cita untuk mendapatkannya.

Semua manusia yang berakal tahu menyebut kebahagiaan dan mahu mencapainya. Sanggup berkorban apa sahaja untuk mendapatkan kebahagiaan. Tetapi ternyata kebahagiaan itu bukan mudah untuk di capainya. Sesuatu yang dekat tetapi jauh, Sesuatu yang jauh tetapi dekat. Dipandang tidak kelihatan, Dipegang tidak kedapatan. Tetapi apabila di pejamkan mata terbayang kebahagiaan itu berhampiran. Terpaut di hati terasa kebahagiaan itu mendatang dan boleh di rasa dengan perasaan.

Manusia mencari erti kebahagiaan di mana-mana sahaja di dalam dunia ini, di laut, di darat, di bulan dan entah di mana lagi. Semuanya memcari kebahagiaan itu tanpa henti-hentinya. Tetapi yang pasti manusia masih sengsara, masih jauh dengan kebahagian, masih tertanya-tanya di manakah kebahagiaan itu berada,

Salah satu tempat yang dicari kebahagiaan oleh manusia adalah di dalam alam rumahtangga. Tetapi ternyata masih banyak lagi rumahtangga yang diidam-idamkan sebagai syurga hidup yang di dalamnya terdapat segala nikmat yang menanti manusia, tiba-tiba bertukar menjadi neraka dunia yang menyiksakan. Akhirnya rumahtangga itu musnah dan banyak yang terpaksa berkorban dan terkorban. Namun demikian, manusia masih percaya bahawa kebahagiaan itu tetap berada di dalam sebuah rumahtangga. Padanya terbina sebuah keluarga yang mampu memberi kebahagiaan kepada manusia, kerana ikatan perkahwinan itu adalah sesuatu yang suci dan diharuskan oleh Allah swt yang sukar ditafsirkan oleh kita manusia.

Cinta lelaki kepada perempuan dan sebaliknya, tidak pernah padam. Setiap detik setiap hari ada cinta yang tumbuh dan subur. Manusia tetap bercinta dan berkasih mesra walaupun dalam cinta ada bahagia dan derita. Namun cinta tetap mekar dan bersemarak jua, kemana akan disalurkan cinta dan kasih mesra itu jika bukan di dalam satu ikatan perkahwinan yang di redhai oleh Allah swt.

Kebahagiaan boleh ditemui di mana-mana, ianya tidak kira tempat dan waktu, pada siang hari mahu pun malamnya. Pada zaman kanak-kanak, remaja, hari tua dan hampir ajal pun tetap ada kebahagiaan yang dapat di kecapi oleh manusia tanpa batas dan sempadannya.

Namun tidak semua manusia bahagia, dan tidak semua keluarga beroleh kejayaan.Dalam masa keinginan yang melimpah mengharapkan bahagia, dengan segala persediaan dan persiapan menanti dan menyambut bahagia, tiba-tiba sengsara jua yang menjelang tiba, hiba derita tidak tertanggung, bermandikan airmata sepanjang masa.

Ke mana menghilangnya bahagia? Siapa yang merampasnya dari tanggan manusia yang selalu mengharapkannya. Sebenarnya kebahagiaan bukan ciptaan manusia, bukan milik manusia jua bukan milik sesiapa. Ianya adalah kepunyaan Allah swt bukan sahaja bahagia malah manusia itu sendiri dan semuanya yang wujud di dunia ini adalah milik Allah swt. Tidak ada sesuatu apapun yang wujud di dunia ini malainkan semuanya milik Allah swt, Di dalam Al-Quran ada dinyatakan yang bermaksud:

"Maha suci Allah yang di tanganNya milik tiap-tiap sesuatu dan kepadanya kamu semua di kembalikan"

Lebih jelas lagi Allah menyebut yang bermaksud:

"Mereka tidak memiliki(mempunyai) apa-apa walaupun sesuatu yang sebesar atom(zarah) sama ada yang di langit dan tidak ada mereka memiliki apa-apapun di bumi."

Setelah manusia itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak memiliki apa-apa, maka Allahlah yang menganugerahkan kepadanya kebahagiaan yang di harap-harapkan oleh semua manusia. Jelaslah sekarang bahawa kebahagiaan itu adalah hak Allah swt. Kepada sesiapa kebahagiaan itu hendak diberi terpulanglah kepada Allah, manusia hanyalah berusaha mencarinya dan yang akan memberinya nanti adalah Allah swt.

Untuk mencari kebahagiaan carilah kepada Allah, bukannya pada yang lain. Untuk itu hampirilah Dia, kenalilah Dia, tunduklah kepadaNya, sembahlah Dia, mohonlah daripadaNya rahmat kebahagiaan itu nescaya di anugerahkan rahmat iu kepada yang di kehendakiNya. Allah berfirman yang maksudnya:

"Dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu maka akan aku tuliskannya(tentukannya) untuk orang yang bertakwa."

Oleh yang demikian, maka pastilah rahmat Allah yang merupakan kebahagiaan yang sebenar memang di sediakan di dunia ini bagi orang-orang yang bertakwa.Insan bertakwa, insan bahagia, keluarga bertakwa, keluarga pasti akan bahagia, Insaallah.

DOAKU PADA-MU YA ALLAH....




Ya Rab....
Hinanya hambaMU ini..
Jarangnya aku untuk memahami al-Quran itu sendiri...
Jelas al-QuranMu itu menceritakan....
Tapi mengapa aku tidak lakukan???
Ya Allah...
Al-QuranMu menceritakan lagi di dalam surah al-Baqarah ayat ke 286:

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya.

(Mereka berdoa)," Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami.

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, dan rahmatilah kami. Engkau lah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir".

Ya Rahim....
Aku tahu..
Kau tidak pernah memungkiri janji...
Kau sudah mengatakan bahawa Kau tidak akan membebani hamba-hambaMu..
Tapi mengapa aku tidak lagi menyakini Mu...
Apakah aku ini hambaMu???
Ya Allah.....
Sudah Kau berikan ayat-ayat indah di dalam al-Quran
Untuk hambaMu berdoa memohon keampunan..
Tapi aku lalai..
tidak langsung pernah ku hafal ayatMu itu
sebagai bantuan di kala aku kesusahan....

Ya Allah....
Lemahnya iman ini untuk di ukur...
Mengapa aku seperti tidak menyakini hikmah-hikmahMu di dalam ujian??

Surah al-Baqarah ayat 269:
"Dia memberikan hikmah kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Barangsiapa diberi hikmah, sesungguhnya dia telah diberi kebaikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang mempunyai akal yang sihat".

Isnin, 25 Januari 2010

12 BARISAN DI AKHIRAT

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:"Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris"Surah an-Naba':18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar,bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka."Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah."Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas."Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh."Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..." Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.....Wallahua'alam.


-MUHASABAH BERSAMA-

12 BARISAN DI AKHIRAT

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:"Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris"Surah an-Naba':18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar,bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka."Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah."Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas."Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh."Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..." Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.....Wallahua'alam.


-MUHASABAH BERSAMA-

MUSLIMAH...

Menurut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s.w.t. Malah Rasulullah s.a.w memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini sebagaimana sabda Baginda bermaksud: "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah." - (Riwayat Muslim)

YA ALLAH....YA TUHAN KU....




Ya Allah....
Malangnya hari ini dapat kurasakan..
Aku malu...
Aku segan untuk bertemu dengan orang yang lebih dariku
Mengapa Ya Allah??
Mengapa kurasakan diriku malang...
Rasa seperti Kau tidak lagi sayang kepada hambaMu ini..
Pelbagai dugaan dan ujian Mu yang Kau ku hadapi tanpa ada rasa bantuan
Aku terhantuk kepeningan memikirkan
Aku rasa kesakitan
Aku rasa putus asa
Aku rasa seperti tiada lagi tempat untukku mengadu...

Ya Allah....
Apakah hati aku yang tanpa berfikir itu benar??
Apakah hati aku itu mengatakan perkara yang sepatutnya seperti itu??
Berilah ku petunjuk Ya Allah....

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 155:
"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan,kekurangan harta,jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar".

Ya Allah...
Aku terlupa...
Terlupa kepada al-Quran yang menjadi petunjuk kepadaku...
Apakah ayat ini tidak jelas lagi kepada mu wahai insan???
Al-Quran itu sudah menceritakan segala-galanya..
Menyeru agar umat Islam itu berjaga-jaga
Kerana musibah akan menimpa.

Ya Allah...
Tapi siapakah orang yang tergolong
Dalam kalangan orang yang sabar itu???
Apa adakah hati yang sering berputus asa
Dan tiada rasa ingin bertaubat kepadaMu ini layak untuk menjadi golongan itu Ya Rahim??

Surah al-Baqarah ayat 156:
"iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata'Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali"

Ahad, 24 Januari 2010

UNTUK RENUNGAN KITA...



Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam (yang bermaksud):
“Wahai manusia, sesungguhnya Allah berfirman kepadamu: Serulah (manusia) berbuat ma’ruf dan cegahlah mereka dari kerja-kerja munkar sebelum (tiba suatu waktu di mana) kamu meminta, lalu aku tidak lagi menerimanya, dan kamu memohon pertolongan lalu aku tidak menolong kamu lagi.” (Hadith Riwayat Ibn Majah dan Ibn Hibban)



AIRMATA KEINSAFAN

Air mata keinsafan
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi

Rintihan di pertiga malam
Dari seorang hamba yang dhoif
Kerna mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi

Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan
Ayuh bersama kita susuli
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi
Dalam meniti hidup ini

Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian Sirat
Bahagia menuju syurga abadi

Sabtu, 23 Januari 2010

HATIKU.....


“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati dengan kebenaran dan nasihat-menasihati dengan kesabaran.” (Surah Al-‘Asr: 1-3)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SUAMIKU YG TERAMAT KUSAYANGI..

SUAMIKU YG TERAMAT KUSAYANGI..
Memahami,Penyayang,Penyabar,Sporting dan yg paling penting...menerima aku dan keluargaku seadanya.....Aku bertuah memiliki seorg suami sepertinya..:)

INILAH IBUKU YANG AMATKU SAYANGI

INILAH IBUKU YANG AMATKU SAYANGI
TERIMAH KASIH IBUKU...hanya ucapan itu yg mampu ku berikan untukmu yg selalu menyayangiku.Hanya ALLAH yg dapat membalas segala pengorbananmu kepadaku sejak aku dilahirkan sehingga nafasku yg terakhir.Aku bersyukur memilikimu sebagai ibuku dunia akhirat.

DIALAH SEORANG AYAH YG AMAT PENYAYANG

DIALAH SEORANG AYAH YG AMAT PENYAYANG
Aku beruntung memiliki seorang ayah yg amat penyayang.Terlalu byk yg dikorbankan untuk membesarkan kami adik beradik.Terima kasih di atas segala pergorbananmu ayahku.sesungguhnya,hanya ALLAH yg dapat membalas jasa baikmu padaku..Dan hanya ALLAH yg mengetahui sayangnya aku padamu ayahku.

ADEQ YG SELALU MERIUHKAN KEADAAN KELUARGAKU..

ADEQ YG SELALU MERIUHKAN KEADAAN KELUARGAKU..
Seorang berhati baik walaupun zahirnya selalu membuat kami sekeluarga riuh dengan perangainya yg tak dapat ditafsirkan.

SATU2NYA ADEQ YG PEMALU

SATU2NYA ADEQ YG PEMALU
Ni adeq aku yg sedang belajar kat matrik labuan.Tapi seorang yg pemalu dan pendiam.Banyak berahsia dan tidak mudah di dekati.Dan seorang yg sensitif giler...

....WARTAWAN ASTRO...

....WARTAWAN ASTRO...
Pembawa khabar atau cerita yg sensasi.Tak kiralah luar atau dalam kawasan..yg penting semua berita 100% betul dan bukanlah gosip semata2.Skg tgh study form 6...mana2 wartawan pun kene blajar dari dia kalu nak cari liputan yg PANAZZZZ...

NI BUAH HATI PENGARANG JANTUNG KAMI SEKELUARGA

NI BUAH HATI PENGARANG JANTUNG KAMI SEKELUARGA
Adeq yg jadik kebahagiaan kami sekeluarga.Yg memgubati hati ibu dan ayah bila sunyi..penuh dengan keletah nakal dan cerewet..Tapi itulah yg menjadi kegembiraan kami.

USAHA, DOA DAN TAWAKAL

Jangan pernah kenal putus asa dalam kehidupan..inilah yang aku pelajari dari seseorg yg bernama suami.Hadapi semua cabaran dan dugaan dengan senyuman yg membanggakan.Kerana itu akan membuat kita lebih maju dalam kehidupan dunia dan akhirat.Seimbang dalam percaturan hidup,carilah keberkatan dalam usaha kita. INSYA'ALLAH........
;
free glitter text and family website at FamilyLobby.com

BELI KOMPUTER DENGAN HARGA YANG MURAH