Selasa, 5 Januari 2010
DUHAI WANITA........!
Dalam diam,
Lelaki yang mengaku kuat,
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Dalam diam wanita dianggap lemah,
Makanan dihidang selepas solat
Lelaki terpelajar celik hati,
Hukum agama telah terpapar
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Dalam diam
Isnin, 4 Januari 2010
AURAT MUSIMAH SEJATI -part 3-
Ahad, 3 Januari 2010
20 KEMULIAAN DUNIA & AKHIRAT
Wahai setiap diri yang sentiasa diperhati...,
Allah sentiasa melihatmu, memerhatikanmu dan mengawasimu!
Dari itu sentiasalah berlaku benar dan mentaati Allah. Sesungguhnya kalian akan diganjari empat puluh kemuliaan.
Mendapat pujian dan disebut oleh Allah. Sungguh mulia seseorang yang mendapat kedua hal tersebut dari Allah.
Diagungkan dan dimuliakan oleh Allah.
Dicintai oleh Allah Ta'ala semasa hidup di dunia.
Selama hidup di dunia, kerana taat dan tawakkal sehingga seolah-olah Allah menjadi wakilnya dalam segala urusan. Semua urusan Allah yang mengaturnya.
Segala rezekinya ditanggung oleh Allah, dengan perubahan dari satu keadaan ke satu keadaan yang lain tanpa kesulitan, serta tidak mendatangkan impak yang negatif.
Mendapat pertolongan dari Allah terhindar dari niat yang buruk dan kedengkian.
Tidak merasa khuatir, kerana Allah sentiasa mententeramkan hatinya.
Darjat kemuliannya terangkat. Sebab kemuliannya tidak pernah dinodai dengan khianat dunia, makhluk dan ahli dunia.
Himmahnya diangkat oleh Allah hingga puncak. Tidak tersentuh kotoran dunia dan ahlinya, tidak terguris oleh kebohongan dan segala yang dapat melalaikan akhirat.
Kekayaan hati, dimana melebihi kekayaan material. Hatinya ikhlas, lapang dada, tidak terkejut dengan berbagai kejadian, dan tidak bersedih kerana ketiadaan.
Hatinya bersih, sehingga memudahkan menerima segala ilmu dan rahsia serta hikmah.
Bersabar dan ikhlas menerima segala cubaan dan musibah yang terjadi akibat kelakuan kejahatan dan musuh.
Dihormati dan disegani orang lain.
Dicintai dan dimuliakan oleh orang lain.
Setiap tutur katanya mendatangkan kebaikan kepada orang lain. Sehingga orang lain mengharapkan kebaikan darinya.
Bumi, langit dan laut tunduk kepadanya.
Semua binatang tunduk kepadanya.
Mengetahui rahsia-rahsia bumi.
Menjadi pemimpin dan taat berkidmat kerana Allah dan mengharapkan barakah dari Allah.
Allah mengabulkan doanya.
Diringankan sakaratul mautnya.
Tetap dalam makrifah dan iman.
Allah melimpahkan kebahagiaan kepadanya juga keridhaan sehingga dia sentiasa merasa aman.
Kekal di dalam syurga, dekat dengan Allah.
Di alam ghaib, rohnya diangkat ke langit dengan penghormatan dan kemuliaan. Sedangkan mayatnya sebelum dikuburkan, dimuliakan dan berebut untuk disolatkan.
Dapat menjawab pertanyaan kubur dengan lancar dan benar sehingga terbebas dari siksa kubur.
Diluaskan dan diterangi kuburnya, berada dalam taman syurga hingga kiamat.
Ruhnya mengadap Allah dengan tenang, jasadnya dikuburkan dengan senang. Disimpan bersama-sama ruh kaum yang soleh.
Bangkit dari kubur dan dikumpulkan di padang mahsyar dengan mendapat lindungan dan penghormatan.
Riak mukanya berseri-seri dan bersahaja.
Aman dari petaka hari kiamat.
Menerima catatan amal dari sebelah kanan.
Diringankan hisabnya, malahan ada yang tidak dikenakan hisab sama sekali.
Timbangan kebaikannya berat.
Mengadap Rasulullah dan meminum air dari telaganya. Tidak akan merasa dahaga dalam masa agak panjang.
Berjaya meniti Siratul Mustaqim dan selamat dari neraka jahanam.
Mampu memberi syafaat kepada orang lain di padang mahsyar di akhirat kelak.
Kekuasaannya kekal di dalam syurga.
Mendapatkan keredhaan yang agung darpipada Allah SWT.
Menghadap rabbul alamin dengan tenang... dan diredhaiNya.
AURAT MUSIMAH SEJATI -part 2-
Sabtu, 2 Januari 2010
BERCINTA KERANA ALLAH
Bismillahirrahmanirrahim..Teman,
Atas tautan ukhwah
Juga atas satu dasar yang kukuh
Nan Aqidah Muslim,
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman..
Wahai temanku an nisa
Engkau sedia maklum,
Engkaulah hiasan dunia,
Lantaran fitrah itu,
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,
Tetapi itulah hakikat kejadianmu..
Wahai temanku ar-rijal,
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
Yang seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,
Dan tentulah temanmu yang diimpi,
Seorang serikandi..
Wahai temanku an-nisa
Aku mengetahui halusnya perasaanmu,
Engkau ingin disayangi,
ingin dimanjai,
Engkau juga ingin menyayangi
juga ingin memanjai..
Dan aku juga tahu,
Temanmu ar-rijal juga begitu..
Tetapi temanku an-nisa
Ketahuilah engkau,
Bercinta itu fitrah,
Tetapi janganlah engkau cemarkannya dengan fitnah.
Kalau benar engkau mengasihinya,
kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah,
Dan jika engkau benar mengasihinya
KeranaNya,
Engkau tak kan bisa,
Melunakkan soutul engkau,
Engkau tidak kan bisa,
Melemparkan panahan menggodamu,
Kerana engkau tahu,
Itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal!
Dan engkau mengetahui,
Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,
Namun nafsu itu sentiasa beraja,
Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu,
Nafsu raja yang menggila!
Kerana engkau tahu sahabatku an nisa
Dia kan terjerumus ke dalam api yang membara
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila..
Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?
Wahai temanku ar-rijal
Andai engkau mencintainya,
Cintailah ia keranaNya,
Letakkan lah Ia melebihi cintamu kepada dia,
Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa,
Mengajaknya bermukah di taman sepi,
Kerana engkau tahu,
Dia punya 9 nafsu, 1 akal,
Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?
Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa menyentuhnya
Walaupun yang ringan-ringan,
Kerana engkau tahu,
Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!
Dan engkau tahu bukan ?
Zina tempatnya di api yang menjunam?
Apakah engkau benar mengasihinya,
Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?
Sahabatku an-nisa
Sahabatku ar-rijal
Aku mengasihimu LILLAH,
Lantaran itu,
Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH,
Manusia mana yang mampu hidup tanpa cinta?
Bercinta tak salah,
Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yang hakiki,
Dan engkau kan merasa cinta manusia ..
Sedikit cuma..
Andai Dia yang engkau dahului,
Engkau takkan gelisah,
Andai dia tidak mengirim sebarang sms,
Andai suaranya tidak didengar walau teknologi didepan mata,
Engkau tidakkan rindu,
Andai sehari tidak besua,
Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa
mengatakan I love you.
Kerana engkau percaya..
DIA yang terbaik..
Lantaran DIA yang terbaik
DIA akan menentukan yang terbaik untukmu,
Dan andai dia yang terbaik untukmu,
DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya..
Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN
Dan itulah yang terbaik buat kalian
Kalau ada jodoh tak ke mana..
Yakinlah!
Apakah benar engkau meyakini takdirNya?
Maafkan aku teman,
Bicaraku penuh ketegasan,
Aku tidak membencimu,
Tetapi aku membencimu munkar itu,
Dan kerana aku takutkan api yang menjunam itu,
Aku menegur yang mana mampu,
Kerana aku takut,
Andai aku tidak menegurmu,
Kita kan sama-sama meredah lautan api,,,
Yang terlalu pedih, yang terlalu seksa, yang terlalu AZAB!!!
Nauzubillah min zalik
Sama-samalah teman
Pagarilah imanmu
Agar si iman itu tidak terlepas
Cintailah DIA..
Serahkan segalanya pada DIA..
Kerana DIA tahu yg terbaik
Sedangkan kita tidak.
ALLAHU A’LAM.
Akhirul kalam
Letakkan si DIA dalam hatimu,
Engkau akan merinduiNYA
Andai harimu tiada ingatan kepadaNYA
Engkau akan gelisah andai DIA
Tidak mendengar rintihanMu,
Engkau kan rindu
Andai DIA tidak memandangmu,
Engkau kan tak keruan andai
Doamu ditolak..
Dan itulah cinta hakiki..
Kerana engkau yakin
Di sana adanya sebuah
Pertemuan di taman Syurga yang Indah..
Bercintalah kerana ALLAH..
Dan Engkau akan merasakan
Erti bercinta yang sebenar
Insya ALLAH!
AKU BIMBANG....
Bagaimanakah kalau esok..aku mati mendadak?
Sembahyangku masih banyak..yang belum terqada'
Ingin membayar puasa yang tertinggal..masih belum aku bertindak
Hutangku masih berlambak-lambak.
Finance keretaku belum lagi lunas tertunai
Hutang bank rumahku masih belum selesai
Kewajipanku masih banyak yang terbengkalai.
Aku bimbang..sangat bimbang..
Apakah aku akan diberi VIP Welcome di alam barzakh
oleh Munkar dan Nankir dengan senyuman bermanis wajah
Atau apakah aku akan dibelasah
oleh pembengis-pembengis di alam barzakh ?
Apakah aku dapat menahan sakit
Bila ular kubur datang menggigit
Kerana sembahyangku yang amat sedikit
Aku bimbang..sangat bimbang..
Isya’ masuk..ayah ke surau menyembah Allah SWT
Aku depan tv menonton AKADEMI FANTASIA,
Ayah bertasbih, bertahmid..berzikir memuji Tuhan
Aku terjerit²..MENYOKONG PESERTA REALITI TV YANG SIA-SIA.
Ayah menggunakan masa mencari redhaan Tuhan
Tapi aku masih berpoya-poya seperti NYAWAKU PANJANG LAGI.
Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandang
Bagaimanakah nasibku..setelah dunia aku tinggalkan?
Aku bimbang..amat bimbang
Imanku masih terumbang-ambing
Ketika aku di dalam kubur..
adakah orang yang akan mendo'akan?
Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur'an
Buat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan
Nasibku di bawah tanah..adakah siapa yang akan mengenangkan?
Hilang aku dari pandangan..hilanglah aku dalam kenangan.
Jadi..kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan?
Supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome.
Aku bimbang..sangat bimbang..
Amal ibadahku sangat berkurang !
WAHAI MANUSIA ... taubatlah engkau dari sekarang
Tinggalkanlah padang bola..
TINGGALKAN HIBURAN MELAMPAU dan pergi ke masjid seperti orang lain.
Qada'lah sembahyangmu yang tertinggal, bayarlah puasamu
Berhentilah menjadi sahabat syaitan
Agar hidupmu mendapat keredhaan
Sebelum engkau kembali ke ALAM BARZAKH
AURAT MUSLIMAH SEJATI - part 1-
Jumaat, 1 Januari 2010
CIRI-CIRI WANITA SYURGA
Di antara ciri-ciri wanita ahli Syurga adalah :
1.Bertakwa.
2.Beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan takdir yang baik dan buruk.
3.Bersaksi bahawa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan naik haji bagi yang mampu.
4.Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah dan dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.
5.Ikhlas beribadah kerana Allah, tawakkal, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6.Gemar membaca Al Qur'an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendirian atau tidak dan berdoa kepada Allah semata.
7.Menghidupkan amar ma'ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8.Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki.
9.Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10.Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.
11.Adil dalam segala perkara terhadap seluruh makhluk.
12.Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).
13.Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14.Berbakti kepada kedua orang tua.
15.Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.
FIKIRKAN N RENUNGKAN BERSAMA
Khamis, 31 Disember 2009
2010....!
SELAMAT TAHUN BARU 2010
HARI PEMBALASAN
PARA JEMPUTAN
”Tiupan yang pertama itu di ikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing); Hati(manusia) pada hari itu berdebar-debar takut, Pemandangannya tunduk gerun.”(an-Naazi’aat: 7-9)
Keluarlah manusia dari kubur masing-masing itu ialah) kerana Allah akan membalas tiap-tiap seorang apa yang ia telah usahakan: sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisabNya. (Ibrahim: 51)
SUAMIKU YG TERAMAT KUSAYANGI..
Memahami,Penyayang,Penyabar,Sporting dan yg paling penting...menerima aku dan keluargaku seadanya.....Aku bertuah memiliki seorg suami sepertinya..:)
INILAH IBUKU YANG AMATKU SAYANGI
TERIMAH KASIH IBUKU...hanya ucapan itu yg mampu ku berikan untukmu yg selalu menyayangiku.Hanya ALLAH yg dapat membalas segala pengorbananmu kepadaku sejak aku dilahirkan sehingga nafasku yg terakhir.Aku bersyukur memilikimu sebagai ibuku dunia akhirat.
DIALAH SEORANG AYAH YG AMAT PENYAYANG
Aku beruntung memiliki seorang ayah yg amat penyayang.Terlalu byk yg dikorbankan untuk membesarkan kami adik beradik.Terima kasih di atas segala pergorbananmu ayahku.sesungguhnya,hanya ALLAH yg dapat membalas jasa baikmu padaku..Dan hanya ALLAH yg mengetahui sayangnya aku padamu ayahku.
ADEQ YG SELALU MERIUHKAN KEADAAN KELUARGAKU..
Seorang berhati baik walaupun zahirnya selalu membuat kami sekeluarga riuh dengan perangainya yg tak dapat ditafsirkan.
SATU2NYA ADEQ YG PEMALU
Ni adeq aku yg sedang belajar kat matrik labuan.Tapi seorang yg pemalu dan pendiam.Banyak berahsia dan tidak mudah di dekati.Dan seorang yg sensitif giler...
....WARTAWAN ASTRO...
Pembawa khabar atau cerita yg sensasi.Tak kiralah luar atau dalam kawasan..yg penting semua berita 100% betul dan bukanlah gosip semata2.Skg tgh study form 6...mana2 wartawan pun kene blajar dari dia kalu nak cari liputan yg PANAZZZZ...
NI BUAH HATI PENGARANG JANTUNG KAMI SEKELUARGA
Adeq yg jadik kebahagiaan kami sekeluarga.Yg memgubati hati ibu dan ayah bila sunyi..penuh dengan keletah nakal dan cerewet..Tapi itulah yg menjadi kegembiraan kami.
USAHA, DOA DAN TAWAKAL


