
Khamis, 31 Disember 2009
2010....!

SELAMAT TAHUN BARU 2010
HARI PEMBALASAN
PARA JEMPUTAN
”Tiupan yang pertama itu di ikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing); Hati(manusia) pada hari itu berdebar-debar takut, Pemandangannya tunduk gerun.”(an-Naazi’aat: 7-9)
Keluarlah manusia dari kubur masing-masing itu ialah) kerana Allah akan membalas tiap-tiap seorang apa yang ia telah usahakan: sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisabNya. (Ibrahim: 51)
Rabu, 30 Disember 2009
REAKSI SYAITAN DI HARI YG DIJANJIKAN
sob sob..., kadang2 tak sedar dalam solat sebenarnya terikut ataupun terpedaya
dengan godaan syaitan, ada je fikiran-fikiran yang tak diundang menjelma..astagfirullah
lalai nya diri ini...(T.T)
Selasa, 29 Disember 2009
BUAT KAUM MUSLIMAH YG MEMAHAMI AURATNYA
Isnin, 28 Disember 2009
AMAL...ILMU...TAQWA...
Mengerti tentang Islam,
Risalah anbiya dan warisan ulama,
Hendaknya engkau fanatik dan bangga dengannya,
Seperti Mughiroh bin Syu’bah di hadapan Rustum Panglima Kisra.
Jika engkau cinta maka dakwah ialah ikhlas menghiasi hati,
Memotivasi jiwa untuk berkarya seperti kata Abul Anbiya,
”Sesungguhnya solatku, Ibadahku,Hidupku,Dan matiku semata bagi Rabb semesta”
Berikan hatimu untuk Dia,Katakan "Allah Ghayatuna"
Jika engkau cinta maka dakwah ialah amal,
Membangun kejayaan ummat bila saja di mana saja kamu berada,
Yang bernilai adalah kerja bukan semata ilmu apalagi lamunan,
Sasarannya adalah perbaikan dan perubahan,
Al ishlah wa taghyir,
Dari diri peribadi,
Keluarga,
masyarakat hingga negara,
Bangun aktivitas secara tertib untuk mencapai kejayaan.
Jika engkau cinta maka dakwah adalah jihad,
Sungguh-sungguh di medan perjuangan melawan kebatilan,
Tinggikan kalimat Allah rendahkan dugaan syaitan durjana,
Kerja keras tak kenal lelah adalah rumusnya,
Tinggalkan kemalasan dan berpangku tangan.
Jika engkau cinta maka dakwah adalah taat,
Kepada Allah dan Rasul,
Al-Quran dan Sunnahnya serta orang-orang bertaqwa,
Taat adalah wujud syukurmu kepada hidayah Allah,
Kerana nikmat akan bertambah melimpah penuh berkah.
Jika engkau cinta maka dakwah adalah tsabat,
Hati dan jiwa yang tegar walau banyak rintangan,
Buah dari sabar meniti jalan,
Teguh dalam barisan,
Istiqamah dalam perjuangan dengan kaki tak tergoyahkan,
Berjalan lempang jauh dari penyimpangan.
Jika engkau cinta maka dakwah ialah tajarrud,
Ikhlas di setiap langkah menggapai satu tujuan,
Padukan seluruh potensimu libatkan dalam jalan ini,
Engkau da’i sebelum apapun adanya engkau,
Dakwah tugas utamamu sedang lainnya hanya selingan.
Jika engkau cinta maka dakwah ialah tsiqoh,
Kepercayaan yang dilandasi iman suci penuh keyakinan,
Kepada Allah, Rasul, Islam, Qiyadah dan jundunya,
Hilangkan keraguan dan pastikan kejujurannya,
Kerana inilah kafilah kebenaran yang penuh berkah.
Jika engkau cinta maka dakwah ialah ukhwah,
Lekatnya ikatan hati berjalin dalam nilai-nilai persaudaraan,
Bersaudaralah dengan muslimin sedunia,
Utamanya mukmin mujahidin,
Lapang dada merupakan syarat terendahnya,
Itsar bentuk tertingginya,
Dan Allah yang mengetahui menghimpunkan hati-hati para da’i dalam cintaNya,
Berjumpa kerana taat kepadaNya,
Melebur satu dalam dakwah ke jalan Allah,
Saling berjanji untuk menolong syariatNya.
InsyaAllah...
ALLAHUAKBAR!!!
Ahad, 27 Disember 2009
RENUNGKANLAH BERSAMA..

bahawa semuanya telah ALLAH
rancangkan dan suratkan.
perancangan ALLAH sangat hebat
dan sepadan untuk sang manusia.
Justeru itu,..
Luahkanlah segala-galanya pada
Yang Merancang dan
Yang Maha Mengetahui.
mohonkanlah agar
dikurniakan kekuatan demi kekuatan
kerna...
itu petanda kita hambanya..
hamba yang lemah..
& Allah SWT itu....
Tuhan kita Yang Maha Esa
Yang Maha Mendengar Lagi
Maha Mengasihani.
"TIADA DAYA KEKUATAN MELAINKAN DENGAN ALLAH"
Sabtu, 26 Disember 2009
TAZKIRAH BUAT SEMUA
Jumaat, 25 Disember 2009
SIAPALAH AKU...
Khamis, 24 Disember 2009
BERSYUKURLAH WAHAI SAHABATKU...

-Syukur kepada orang yang menyakitimu kerana dialah orang menabahkan hati kamu.
-Bersyukur kepada orang yang menipu kamu kerana dialah orang yang meningkatkan pengetahuan kamu.
-Bersyukur kepada orang yang tidak mengendahkan kamu, kerana dialah orang yang mengajarkan kamu berdikari.
-Bersyukurlah kepada orang yang menjatuhkan kamu, kerana dialah orang yang memperhebatkan abiliti kamu.
-Bersyukurlah kepada orang yang menyeksa kamu, kerana dialah orang yang menguji kesabaran kamu.
-Bersyukurlah dari segala ujian dariNya, kerana semuanya meningkatkan iman kamu.
Moga redha Allah sentiasa bersamamu..
Rabu, 23 Disember 2009
KERANA-MU YA ALLAH
Selasa, 22 Disember 2009
BUATMU YANG MERINDUI HIDAYAH

Isnin, 21 Disember 2009
JAMPI????
Ahad, 20 Disember 2009
HAZRAT KUMAIL MELALUI SUTU KUBUR

Sabtu, 19 Disember 2009
KHAS BUAT SEMUA MAKHLUK ALLAH S.W.T
tp tarbiyyah juga buat kita kuat,
kdg tarbiyyah buat kita penat,
malah tarbiyyah juga yg buat kita puas.
kenapa dikeluhkan resah?
kenapa dinaungi lemah?
bukankah Allah janjikan syurga sbg tukaran segala perit?
bersyukurlah kita diberi peluang utk bekerja dgn 'BOSS' yg plg PEMURAH...
seringkali langkah lemah krn rengekan nafsu..
seringkali hati jemu krn culas ikhlas..
seringkali air mata mengalir krn tekanan derita jiwa yg keletihan..
dn jiwa lemah krn tapak hati yg kian haus dr rahmat Allah..
DUHAI ANSORULLAH
jgn mudah mengalah
jgn biar karat2 jemu menghentami orak mindamu
jgn bnrkn girang kemalasan melabuhi hatimu
jgn izin raja nafsu memerintahi jiwamu
TERUSLAH melangkah
TERUSLAH mujahadah
TERUSLAH berjuang
demi sebuah 'kemenangan'..
sehingga dirimu lemas dlm lautan syahid...
SENYUMLAH PD MEHNAH YG DATANG...
Jumaat, 18 Disember 2009
ALLAH ITU BENAR
"Mengumpat lebih dahsyat daripada hutang. Hutang boleh dibayar dan mengumpat tak boleh dibayar."
"Kalaulah hati2 kita bersih nescaya hati2 kita tidak puas utk menikmati bacaan al-Quran."
Tazkirah hari ini:
"Sifat Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa itu ialah air sungai-sungainya sentiasa mengalir di sekitar tamannya; makanannya kekal tidak putus-putus dan naungannya sentiasa teduh. Itulah kesudahan usaha orang-orang yang bertakwa, sedang kesudahan usaha orang-orang yang kafir pula ialah Neraka". Surah Ar Ra'd ayat 35 .
Tazkirah: "Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. Surah Ar Ra'd ayat 28.
Tazkirah Hari Ini:
" Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka (dari hal-hal dunia) dan apa yang di belakang mereka (dari perkara akhirat); sedang mereka tidak mengetahuinya secara meliputi. Surah Toha ayat 110.
Khamis, 17 Disember 2009
TAZKIRAH

Rabu, 16 Disember 2009
GANJARAN & KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH
Selasa, 15 Disember 2009
100 HARI SEBELUM KEMATIAN KITA

Isnin, 14 Disember 2009
KERANA AKU JUA WANITA
Ahad, 13 Disember 2009
10 MAYAT YG TAK KAN REPUT
Sabtu, 12 Disember 2009
DOA

Jumaat, 11 Disember 2009
DENGKI & DENDAM SENJATA SYAITAN

Khamis, 10 Disember 2009
SIFAT PEMAAF PEMBERSIH HATI & JIWA

Pemaaf adalah salah satu sifat luhur yang perlu disemai dalam setiap hati manusia.
Rabu, 9 Disember 2009
MANISNYA IMAN
KELEBIHAN ASMA UL HUSNA
"ALLAH mempunyai Asmaa-Ul-Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat ALLAH S.W.T.), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asmaa-ul-husna itu."
"Katakanlah: "Serulah ALLAH atau serulah AR-RAHMAN. Dengan nama yang mana saja kamu seru. Dia mempunyai al asmaul husna (nama-nama yang terbaik)
"Dialah ALLAH, tiada Tuhan melainkan Dia, Dia mempunyai al-asmaul-husna (nama-nama yang baik)"- (Surah Thaha:8)
Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya (menghafal seluruhnya) masuklah ia kedalam syurga" - Riwayat Bukhari
Selasa, 8 Disember 2009
KUASA REDHA
HIKMAH DI SEBALIK DUGAAN ALLAH
Isnin, 7 Disember 2009
KISAH TELADAN BUAT KITA SEMUA

Ahad, 6 Disember 2009
IBLIS....
Sabtu, 5 Disember 2009
HIDUP, ISLAM, INSAN
Jumaat, 4 Disember 2009
RENUNGAN BUAT KITA
Khamis, 3 Disember 2009
7 HABUAN ORG MATI SYAHID
1. Mendapat keampunan pada permulaan darahnya memancar keluar
2. Melihat tempat duduknya di Syurga
3. Dihiasi dengan hiasan iman
4. Dikahwinkan dengan bidadari Syurga
5. Dilindungi daripada seksa kubur
6. Diamankan daripada kedahsyatan hari qiamat
7. Dipakaikan mahkota kehormat di atas kepalanya di mana satu mutiara daripadanya adalah lebih baik daripada dunia dengan segala isinya serta diizinkan pula memberi syafaat kepada 70 orang dari kalangan ahli keluarganya
- Dikeluarkan oleh imam Ahmad, Al-Bazzar dan At-Tobarani
Rabu, 2 Disember 2009
15 PANDUAN MENGEMBANGKAN SIFAT SABAR
1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.
2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.
3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.
4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.
5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.
6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.
7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.
8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu.
9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.
10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.
11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.
12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu (moodiness) dalam diri seseorang adalah terlalu penting.
13. Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik inipun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu. Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-rubah diri anda itu.
14. Jangan fikir bahawa cita-clta dan apa yang anda kehendaki adalah terlalu penting.
15. Terimalah hakikat bahawa wujudnya kesulitan jika terlalu mengharapkan sesuatu perkara dalam hidup, terhadap diri anda dan orang lain. Jika anda terlalu berharap, kedukaan dan kekecewaan akan menjadikan anda sedih dan berkelakuan hilang sabar.
Jumaat, 27 November 2009
PENDERITAAN RASULULLAH S.A.W-part 4-
Berkata penyampai cerita ini, Abdullah bin Mas'ud ra.: Aku melihat perkara itu, tetapi aku tidak berdaya untuk menghalangi atau melawan kaum Quraisy itu. Aku pun bangun dan meninggalkan tempat itu dengan perasaan kesal dan sedih sekali. Kemudian aku mendengar, bahwa Fathimah, puteri Rasulullah SAW datang dan membuangkan kotoran itu dari bahu dan tengkuk beliau. Kemudian dia mendatangi mereka yang melakukan perbuatan buruk itu, sambil memaki mereka, tetapi mereka diam saja, tidak menjawab apa pun. Ketika itu Rasulullah SAW pun mengangkat kepalanya, sebagaimana beliau mengangkat kepala sesudah sempurna sujud. Apabila sudah selesai dari sembahyangnya, beliau lalu berdoa: Ya Allah! Ya Tuhanku! Balaslah kaum Quraisy itu atas penganiayaannya kepadaku! Balaslah atas Utbah, Uqbah, Abu Jahal dan Syaibah! Sekembalinya dari masjid, beliau telah ditemui di jalanan oleh Abul Bukhturi yang di tangannya memegang cambuknya.Bila Abul Bukhturi melihat wajah Nabi SAW dia merasa tidak senang, karena dia tahu ada sesuatu yang tidak baik terjadi terhadap dirinya: 'Hai Muhammad! Mengapa engkau begini?' tegur Abul Bukhturi. 'Biarkanlah aku!' jawab Nabi SAW ' Tuhan tahu, bahwa aku tidak akan melepaskanmu sehingga engkau memberitahuku, apa yang terjadi pada dirimu terlebih dulu?!' Abul Bukhturi mendesak Nabi SAW untuk memberitahunya apa yang telah terjadi. Apabilla dilihatnya beliau masih mendiamkan diri, dia berkata lagi: 'Aku tahu ada sesuatu yang terjadi pada dirimu, sekarang beritahu!' pinta Abul Bukhturi lagi Apabila Nabi SAW melihat bahwa Abul Bukhturi tidak mau melepaskannya, melainkan sesudah beliau memberitahunya apa yang terjadi, maka beliau memberitahunya apa yang terjadi: 'Abu jahal membuat angkara!' beritahu Nabi SAW 'Abu jahal lagi? Memang sudah aku kira, apa yang dibuat kepadamu kali ini?!' tanya Abul Bukhturi lagi. 'Dia menyuruh orang meletakkan kotoran unta ke atas badanku ketika aku sedang bersujud dalam sembahyangku,' jelas Nabi SAW 'Mari ikut aku ke Ka'bah,' bujuk Abul Bukhturi.
Abul Bukhturi dan Nabi SAW pun pergi ke Ka'bah dan terus menuju ke arah tempat duduk Abu jahal. Abul Bukhturi kelihatan marah sekali. 'Hai Bapaknya si Hakam!' teriak Abul Bukhturi. 'Engkau yang menyuruh orang meletakkan kotoran unta ke atas badan Muhammad ini?' katanya dengan keras. 'Ya,' jawab Abu Jahal. 'Apa yang engkau mau?' Abul Bukhturi tidak banyak bicara, melainkan ditariknya cambuknya lalu dipukulnya kepala Abu jahal berkali-kali. Orang ramai di situ lari berhamburan, dan teman-teman Abu jahal hiruk-pikuk menyalahkan Abul Bukhturi. 'Celaka kamu!' jerit Abu Jahal memprotes, dan badannya terlihat kesakitan karena pukulan cambuk Abul Bukhturi itu.' Dia layak diperlakukan begitu, karena dia menimbulkan permusuhan di antara kita sekalian, agar terselamat pula dia dan kawan-kawannya... !' tambah Abu jahal lagi. (Majma'uz Zawa'id 6:18)Menurut Ahmad yang meriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud ra. katanya: Aku lihat semua orang yang dijanjikan Nabi SAW akan mati itu, semuanya terbunuh di medan Badar, tiada seorang pun yang terselamat. (Al-Bidayah Wan-Nihayah 3:44)
Khamis, 26 November 2009
PENDERITAAN RASULULLAH S.A.W-part 3-
Rabu, 25 November 2009
PENDERITAAN RASULULLAH S.A.W-part 2-
Suatu riwayat yang dikeluarkan oleh Ibnu Abi Syaibah, dari Amru bin Al-Ash ra. katanya: Aku tidak pemah lihat kaum Quraisy yang hendak membunuh Nabi SAW seperti yang aku lihat pada suatu hari di bawah lindungan Ka'bah. Mereka bersepakat merencanakan pembunuhan beliau sedang mereka duduk di sisi Ka'bah. Apabila Rasulullah SAW datang dan bersembahyang di Maqam, lalu bangunlah Uqbah bin Abu Mu'aith menuju kepada Rasulullah SAW dan membelitkan kain ridaknya ke tengkuk beliau, lalu disentaknya dengan kuat sekali, sehingga beliau jatuh tersungkur di atas kedua lututnya. Orang ramai yang berada di situ menjerit, menyangka beliau telah mati karena cekikan keras dari Uqbah itu. Maka ketika itu segeralah Abu Bakar ra. datang dan melepaskan cekikan Uqbah dari Rasulullah SAW itu dari belakangnya, seraya berkata: Apa ini? Adakah engkau hendak membunuh orang yang mengatakan 'Tuhanku ialah Allah!' Uqbah pun segera berundur dari tempat Rasuluilah SAW itu kembali ke perkumpulan teman-temannya para pemuka Quraisy itu. Rasulullah SAW hanya bersabar saja, tidak mengatakan apa pun.
Beliau lalu berdiri bersembahyang, dan sesudah selesai sembahyangnya dan ketika hendak kembali ke rumahnya, beliau berhenti sebentar di hadapan para pemuka Quraisy itu sambil berkata: 'Hai kaum Quraisy! Demi jiwa Muhammad yang berada di dalam genggaman Tuhan! Aku diutus kepada kamu ini untuk menyembelih kamu!' beliau lalu mengisyaratkan tangannya pada tenggorokannya, yakni beliau rnenjanjikan mereka bahwa mereka akan mati terbunuh. 'Ah, ini semua omong kosong!' kata Abu jahal menafikan ancaman Nabi SAW itu. 'Ingatlah kataku ini, bahwa engkau salah seorang dari yang akan terbunuh!' sambil menunjukkan jarinya ke muka Abu jahal. (Kanzul Ummal 2:327)
Ahad, 22 November 2009
CAHAYA DI WAJAH NABI SAW
Sabtu, 21 November 2009
MAN A'JABUL KHALQI IMAMAN
SUAMIKU YG TERAMAT KUSAYANGI..
Memahami,Penyayang,Penyabar,Sporting dan yg paling penting...menerima aku dan keluargaku seadanya.....Aku bertuah memiliki seorg suami sepertinya..:)
INILAH IBUKU YANG AMATKU SAYANGI

TERIMAH KASIH IBUKU...hanya ucapan itu yg mampu ku berikan untukmu yg selalu menyayangiku.Hanya ALLAH yg dapat membalas segala pengorbananmu kepadaku sejak aku dilahirkan sehingga nafasku yg terakhir.Aku bersyukur memilikimu sebagai ibuku dunia akhirat.
DIALAH SEORANG AYAH YG AMAT PENYAYANG

Aku beruntung memiliki seorang ayah yg amat penyayang.Terlalu byk yg dikorbankan untuk membesarkan kami adik beradik.Terima kasih di atas segala pergorbananmu ayahku.sesungguhnya,hanya ALLAH yg dapat membalas jasa baikmu padaku..Dan hanya ALLAH yg mengetahui sayangnya aku padamu ayahku.
ADEQ YG SELALU MERIUHKAN KEADAAN KELUARGAKU..

Seorang berhati baik walaupun zahirnya selalu membuat kami sekeluarga riuh dengan perangainya yg tak dapat ditafsirkan.
SATU2NYA ADEQ YG PEMALU
Ni adeq aku yg sedang belajar kat matrik labuan.Tapi seorang yg pemalu dan pendiam.Banyak berahsia dan tidak mudah di dekati.Dan seorang yg sensitif giler...
....WARTAWAN ASTRO...
Pembawa khabar atau cerita yg sensasi.Tak kiralah luar atau dalam kawasan..yg penting semua berita 100% betul dan bukanlah gosip semata2.Skg tgh study form 6...mana2 wartawan pun kene blajar dari dia kalu nak cari liputan yg PANAZZZZ...
NI BUAH HATI PENGARANG JANTUNG KAMI SEKELUARGA

Adeq yg jadik kebahagiaan kami sekeluarga.Yg memgubati hati ibu dan ayah bila sunyi..penuh dengan keletah nakal dan cerewet..Tapi itulah yg menjadi kegembiraan kami.

USAHA, DOA DAN TAWAKAL

