Selasa, 15 Jun 2010

INGAT AJAL...INGAT MAUT...

Beringatlah wahai saudaraku sekelian, mati adalah sesuatu yang pasti akan datang kepada setiap insan termasuk makhluk lain.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W ," Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati".
Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara.


Sejak Nabi Adam A.S sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah s.w.t..
Tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak, semuanya telah kembali kepadaNya.


Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat.


Janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian,
kerana mati boleh datang pada bila-bila masa.


Bertaubatlah sebelum terlewat.

Isnin, 14 Jun 2010

PENGARUH MALAIKAT & SYAITAN...

Sabda Nabi Muhammad S.A.W. , " Sesungguhnya syaitan mempengaruhi dalam lintasan hati manusia dan malaikat juga ada pengaruhnya. Pengaruh syaitan ialah mengilhamkan manusia melakukan kejahatan dan membantah kebenaran. Adapun lintasan malaikat ialah mengilhamkan melakukan kebajikan dan membenarkan kebenaran.". Riwayat al-Tirmizi.

Ahad, 13 Jun 2010

JALAN LURUS KEPADA-NYA...




Jalan Mendekati Allah s.w.t
1) Takwa kepada Allah s.w.t. lahir dan batin.
2) Mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
3) Kamu lupakan makhluk ketika menghadap Allah s.w.t. (beribadat) dan kamu tidak melupakan Allah s.w.t. ketika menghadap makhluk.
4) Redha dengan pengurniaan Allah s.w.t.
5) Kembali kepada Allah s.w.t. pada masa suka atau duka.

Sabtu, 12 Jun 2010

10 SIFAT ORG MUSLIM...

1. Bersifat warak dari melakukan perkara-perkara syubhah: maksudnya ialah yang halal itu jelas, yang haram itu pun jelas, tetapi di antara keduanya ada perkara-perkara syubhah, yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Barang siapa yang menjauhi perkara syubhah bererti beliau telah membersihkan agamanya dan kehormatannya.

2. Menundukkan pandangan: menutup pandangan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah s.w.t. , kerana ia akan menimbulkan syahwat dan mendorong orang itu kepada maksiat.

3. Memelihara lidah : melarang percakapan yang kotor, kalimah dan ibarat yang keji, cakap kosong dan lain-lain lagi.

4. Malu: tidak menghalang seseorang daripada mengatakan kebenaran dan malu adalah salah satu cabang dari iman.

5. Lemah lembut dan sabar: bersabar dan memaafkan termasuk dalam kelakuan yang diutamakan.

6. Bersifat benar dan jujur.

7.Tawaduk: tidak bersifat takbur dan bangga diri.

8. Menjauhi perbuatan sangka buruk, mengumpat.

9. Pemurah.

10. Qudwah hasanah: tindak tanduk mencerminkan prinsip Islam.

Jumaat, 11 Jun 2010

SIFAT DAN AKHLAK YG TERKEJI...

Sifat dan akhlak yang terkeji adalah seperti berikut:
1. Tidak mencintai kaum mukmin sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.
2. Tidak merendah diri atau tidak tawadhu'
3. Sifat dendam kesumat.
4. Tidak bercakap benar.
5. Suka marah.
6. Sifat dengki dan hasad.
7. Tidak mahu menerima nasihat.
8. Suka mengumpat dan mengejek-ejek orang lain.
9. Tidak mahu menerima atau tunduk kepada kebenaran.
10. Tidak mahu mengambil sesuatu manfaat dari sesuatu ilmu pengetahuan.
11. Menganggap orang lain lebih rendah darinya.
12. Memandang hina dan memperkecil / memperlekeh orang lain.

Khamis, 10 Jun 2010

QIYAMULLAIL...

Qiyamullail adalah ibadat yang menghubungkan hati kita dengan Allah SWT selain ia adalah sunnah muakkadah yang sangat dianjurkan oleh Nabi s.a.w.
Baginda bersabda yang bermaksud: "Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia merupakan kebiasaan kepada orang-orang salih sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan kamu, ia juga penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan merupakan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh." (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi.)

Rabu, 9 Jun 2010

GANJARAN BESAR DLM 1 MINIT...?

Denyutan jantung manusia sentiasa memperingatkan,
"Bahawa kehidupan ini adalah himpunan detik dan minit"
1. Dalam masa satu minit anda boleh membaca Surah al-Fatihah yang merupakan induk al-Quran (Ummul Quran), sebanyak 4 kali, yang mana bilangan huruf-hurufnya terdiri dari 140 huruf. Setiap satu huruf anda akan memperolehi 10 kebajikan (ganjaran), maka dalam 1 minit anda dengan mudah sahaja meraih 5600 kebajikan. (Hadis riwayat Tirmizi).
2. Dalam masa 1 minit anda boleh membaca, Surah al-Ikhlas sebanyak 10 kali, lantas akan tersedia buat anda sebuah istana di syurga dan anda memperolehi ganjaran seperti tiga kali khatam al-Quran, bahkan lebih. (Hadis riwayat Ahmad dan ad-Darimi
).

Selasa, 8 Jun 2010

BERWIRID....

Setiap kali selepas sembahyang fardhu kita digalakkan berwirid.Berwirid termasuk dalam kategori zikrullah atau mengingati Allah SWT.Allah SWT berfirman maksudnya; "(Iaitu) orang yang menyebut dan mengingati Allah ketika mereka berdiri, duduk dan berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan mengenai kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan semuanya ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka." - (Surah Ali Imran: 191).

Isnin, 7 Jun 2010

KHAS BUAT SEMUA...

"Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Nahl ayat 89, maksudnya..."

"...dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita mengembirakan, bagi orang Islam"

"Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Mai'dah ayat 5-16, maksudnya..."

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) daripada Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas dan nyata keterangannya. Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaan-Nya dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kekufuran) kepada cahaya (keimanan) yang terang-benderang, dengan izin-Nya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka jalan yang lurus"

"Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Fussilat ayat 44, maksudnya..."

"Katakanlah (wahai Muhammad) al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan kegelapan yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)."

Ahad, 6 Jun 2010

DOA-DOA YG MAKBUL...

Doa-doa Yang Makbul:

1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.

Tanda-tanda Doa Yang Makbul:

1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.

Cara-cara Berdoa:

1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
“Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yangbersungguh-sungguh semasa ia berdoa”.

2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.

3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dansebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.

4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa,khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekalimemohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.

5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut AsmaulHusna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalahserta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.

6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).

Rabu, 2 Jun 2010

CUBA FIKIR....?

"Dikatakan kepada mereka 'inilah neraka yang dahulu kamu mendustakannya."-14
"Maka apakah ini sihir?Ataukah kamu tidak melihat?"-15
"Masuklah kedalamnya (rasakanlah panas apinya); samada kamu bersabar atau tidak, sama saja bagi kamu. Sesungguhnya kamu hanya diberi balasan atas apa yang telah kamu kerjakan.
-16

Selasa, 1 Jun 2010

APA KATA HATIMU...

"Dan berpegang teguhlah kamu semua pada tali agama ALLAH dan janganlah kamu bercerai berai dan ingatlah nikmat ALLAH kepadamu ketika kamu dahulu bermusuhan, lalu ALLAH mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurniaNya, kamu menjadi bersaudara,sedang kamu berada di tepi jurang neraka, lalu ALLAH menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah ALLAH menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk." (Ali-Imran:104)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SUAMIKU YG TERAMAT KUSAYANGI..

SUAMIKU YG TERAMAT KUSAYANGI..
Memahami,Penyayang,Penyabar,Sporting dan yg paling penting...menerima aku dan keluargaku seadanya.....Aku bertuah memiliki seorg suami sepertinya..:)

INILAH IBUKU YANG AMATKU SAYANGI

INILAH IBUKU YANG AMATKU SAYANGI
TERIMAH KASIH IBUKU...hanya ucapan itu yg mampu ku berikan untukmu yg selalu menyayangiku.Hanya ALLAH yg dapat membalas segala pengorbananmu kepadaku sejak aku dilahirkan sehingga nafasku yg terakhir.Aku bersyukur memilikimu sebagai ibuku dunia akhirat.

DIALAH SEORANG AYAH YG AMAT PENYAYANG

DIALAH SEORANG AYAH YG AMAT PENYAYANG
Aku beruntung memiliki seorang ayah yg amat penyayang.Terlalu byk yg dikorbankan untuk membesarkan kami adik beradik.Terima kasih di atas segala pergorbananmu ayahku.sesungguhnya,hanya ALLAH yg dapat membalas jasa baikmu padaku..Dan hanya ALLAH yg mengetahui sayangnya aku padamu ayahku.

ADEQ YG SELALU MERIUHKAN KEADAAN KELUARGAKU..

ADEQ YG SELALU MERIUHKAN KEADAAN KELUARGAKU..
Seorang berhati baik walaupun zahirnya selalu membuat kami sekeluarga riuh dengan perangainya yg tak dapat ditafsirkan.

SATU2NYA ADEQ YG PEMALU

SATU2NYA ADEQ YG PEMALU
Ni adeq aku yg sedang belajar kat matrik labuan.Tapi seorang yg pemalu dan pendiam.Banyak berahsia dan tidak mudah di dekati.Dan seorang yg sensitif giler...

....WARTAWAN ASTRO...

....WARTAWAN ASTRO...
Pembawa khabar atau cerita yg sensasi.Tak kiralah luar atau dalam kawasan..yg penting semua berita 100% betul dan bukanlah gosip semata2.Skg tgh study form 6...mana2 wartawan pun kene blajar dari dia kalu nak cari liputan yg PANAZZZZ...

NI BUAH HATI PENGARANG JANTUNG KAMI SEKELUARGA

NI BUAH HATI PENGARANG JANTUNG KAMI SEKELUARGA
Adeq yg jadik kebahagiaan kami sekeluarga.Yg memgubati hati ibu dan ayah bila sunyi..penuh dengan keletah nakal dan cerewet..Tapi itulah yg menjadi kegembiraan kami.

USAHA, DOA DAN TAWAKAL

Jangan pernah kenal putus asa dalam kehidupan..inilah yang aku pelajari dari seseorg yg bernama suami.Hadapi semua cabaran dan dugaan dengan senyuman yg membanggakan.Kerana itu akan membuat kita lebih maju dalam kehidupan dunia dan akhirat.Seimbang dalam percaturan hidup,carilah keberkatan dalam usaha kita. INSYA'ALLAH........
;
free glitter text and family website at FamilyLobby.com

BELI KOMPUTER DENGAN HARGA YANG MURAH