Isnin, 6 Disember 2010

HUKUM MEMBAWA PERALATAN DIGITAL DENGAN PERISIAN AL-QURAN KE TEMPAT JIJIK

Membawa sesuatu yg tertulis padanya ayat al-Qur'an, zikrullah dan nama-nama Allah, para nabi dan malaikat-malaikat ke tandas adalah dihukumkan makruh (rujuk kitab Tuhfah al-Muhtaj).
Imam asy-Syirazi Rahimahullah dalam kitabnya al-Muhadzdzab menyatakan : “Jika seseorang hendak memasuki tandas dan bersamanya terdapat suatu benda yang mengandungi zikir-zikirAllah, maka hendaklah ia menjauhkan benda tersebut daripada dirinya yakni tidak membawanya masuk ke tandas, kerana telah diriwayatkanoleh Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW apabila Baginda hendak memasuki tandas, Baginda meletakkan cincin Baginda itu di luar,kerana pada cincinnya tertulis perkataan محمد رسول الله yang merupakan mohor atau cap Baginda dalam urusan surat menyurat.” Imam an-Nawawi RA ketika mengulas kenyataan Imam asy-Syirazi (pengarang kitab al-Muhadzzab ini), menyebut: “Para ulama asy-Syafi‘iyyah telah bersepakat mengatakan adalah sunatdijauhkan sesuatu yang ada padanya zikir-zikir Allah ketikaseseorang itu hendak memasuki tandas dan tidaklah wajib ianyadijauhkan daripada dirinya (membukanya).” Tambah beliau lagi: “Samaada benda yang tertulis padanya zikir-zikir Allah itu duit perak(dirham) atau emas (dinar) atau cincin atau lainnya, begitu jugasekira ada bersama-samanya tangkal ataupun azimat, sunat dijauhkanbenda-benda itu daripada dirinya ketika hendak memasuki tandas.”Ini bertujuan bagi memuliakan ayat-ayat al-Qur’an yang terdapatpada alat-alat tersebut dan sebagai mencontohi perbuatanRasulullah SAW yang meletakkan cincin beliau di luartandas ketika hendak memasuki tandas kerana terdapat padanya ukiran perkataan محمد رسول الله . (Fatwa 22/2006).
Sekarang kita kembali kepada isu "PENENTUAN HUKUM" , adakah Alat Yang Mengandungi Perisian Al-Qur’an Itu dihukumkan Sebagai Al-Qur’an? Jawapan kepada persoalan ini akan menentukan kedudukan hukumnya.

Para ulama berpendapat ayat yang ditulis pada sesuatudengan tujuan untuk membacanya atau mempelajari ayat al-Qur’anadalah haram untuk disentuh atau ditanggung oleh orang yangberhadas. Sementara ayat-ayat yang ditulis bukan kerana tujuanuntuk membaca (mengaji) atau belajar membaca ayat tersebut, umpamanya ayat al-Qur’an yang ditulis sebagai tangkal dan azimat maka harus ia disentuh atau ditanggung oleh orang yang berhadas. (Fatwa 31/1972).
Adapun sebarang peralatan digital spt handphone, PDA (Personal DigitalAssistant) dan lain-lain yang terdapat padanya perisian al-Qur’an, tidaklah dihukumkan sebagai al-Qur’an sungguhpun ianya diniatkan untuk membaca (mengaji) atau mempelajari ayat-ayat al-Qur’an tersebut. Ini kerana pancaran tulisan al-Qur’an pada skrinnya adalah berbentuk elektronik dan tidak kekal. Begitu juga bacaan al-Qur’an yang berbunyi dari alat tersebut adalah berbentuk rakaman. Ia akan terpadam dan hilang jika alat tersebut dimatikan atau dialihkan keprogram yang lain. (Fatwa 22/2006).

Maka tidaklah menjadi kesalahan untuk menanggung ataumenyentuhnya dalam keadaan berhadas kerana sebagaimana yangtelah disebutkan tadi iaitu PERALATAN TERSEBUT TIDAK DIKIRA ATAU DIHUKUMKAN SEBAGAI MUSHAF AL-QUR'AN. Imam ar-Ramli dalam kitab Nihayah al-Muhtaj menyatakan benda-benda yang tidak dihukumkan sebagai al-Qur’an atau nama-nama yang tidak dimuliakan adalah harus untuk dibawa masuk ke tandas dan pendapat ini juga merupakan pendapat jumhur dan mereka tidak menegah untuk membawa benda-benda selain zikir Allah ke tandas. Manakala Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah dalam kitabnya Tuhfah al-Muhtaj, beliau berkata:“Sekiranya seseorang masuk ke tandas dengan membawanya (cincin yang tertulis padanya al-Qur’an); walaupun dengan sengaja, maka sunat untuk menyembunyikannya seperti menggenggamnya dalam tapak tangan. Mengikutnya lagi, selain tandas, semua tempat-tempat kotor atau tempat-tempatmaksiat dihukumkan sebagai tempat-tempat yang menjijikkan. Begitu juga tempat-tempat tari-menari, kawasan perzinaan, kedai judi, tempat yang mengamalkan riba dan yang sepertinya, dan termasuk juga dalam hal ini tanah perkuburan orang-orang kafir adalah sama keadaannya sepertimana hukum membawa ayat-ayat al-Qur’an ke tandas. Tidak kira di mana pun ayat-ayat al-Qur’an tersebut, sama adapada kertas, tangkal, dinding dan sebagainya ianya masih lagidinamakan ayat-ayat al-Qur’an. (Fatwa 31/1972).

Kesimpulannya, adalah harus hukumnya membawa masuk peralatan seperti handphone atau PDA (Personal Digital Assistant) yang mengandungi perisian al-Qur’an atau tafsirnya ke tempat jijik spt tandas dengan syarat unsur tulisan dan bacaan ayat al-Qur’an itu tidak muncul daripada alat-alat tersebut ketika berada di tandas. Untuk lebih selamat, sebarang peralatan yang mengandungi perisian al-Qur’anatau tafsirnya itu hendaklah dimatikan ataupun dialihkan program al-Qur’an itu ke program yang lain sebelum masuk ke tempat-tempat kotor seperti tandas supaya unsur tulisan dan bacaan ayat al-Qur’an tidak muncul darip peralatan tersebut semasa dalam tandas. Ini bertujuan memelihara kesucian ayat al-Qur’an atau tafsirnya yang terdapat dalam peralatan berkenaan. Pemilik peralatan spt HP, PDA dsbnya hendaklah bersikap lebih berhati-hati menjaga kesucian ayat-ayat al-Qur’an yang terdapat pada peralatan tersebut dengan memastikannya ditutup ataupun dialihkan kepada program yang lain sebelum memasuki tempat2 yang kotor (mengikut syarak) seperti tandas ataupun mana-mana tempat yang dihukumkansebagai tempat2 yang menjijikkan sepertimana yang telah dijelaskan di atas.

Wallahu a'lam



.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SUAMIKU YG TERAMAT KUSAYANGI..

SUAMIKU YG TERAMAT KUSAYANGI..
Memahami,Penyayang,Penyabar,Sporting dan yg paling penting...menerima aku dan keluargaku seadanya.....Aku bertuah memiliki seorg suami sepertinya..:)

INILAH IBUKU YANG AMATKU SAYANGI

INILAH IBUKU YANG AMATKU SAYANGI
TERIMAH KASIH IBUKU...hanya ucapan itu yg mampu ku berikan untukmu yg selalu menyayangiku.Hanya ALLAH yg dapat membalas segala pengorbananmu kepadaku sejak aku dilahirkan sehingga nafasku yg terakhir.Aku bersyukur memilikimu sebagai ibuku dunia akhirat.

DIALAH SEORANG AYAH YG AMAT PENYAYANG

DIALAH SEORANG AYAH YG AMAT PENYAYANG
Aku beruntung memiliki seorang ayah yg amat penyayang.Terlalu byk yg dikorbankan untuk membesarkan kami adik beradik.Terima kasih di atas segala pergorbananmu ayahku.sesungguhnya,hanya ALLAH yg dapat membalas jasa baikmu padaku..Dan hanya ALLAH yg mengetahui sayangnya aku padamu ayahku.

ADEQ YG SELALU MERIUHKAN KEADAAN KELUARGAKU..

ADEQ YG SELALU MERIUHKAN KEADAAN KELUARGAKU..
Seorang berhati baik walaupun zahirnya selalu membuat kami sekeluarga riuh dengan perangainya yg tak dapat ditafsirkan.

SATU2NYA ADEQ YG PEMALU

SATU2NYA ADEQ YG PEMALU
Ni adeq aku yg sedang belajar kat matrik labuan.Tapi seorang yg pemalu dan pendiam.Banyak berahsia dan tidak mudah di dekati.Dan seorang yg sensitif giler...

....WARTAWAN ASTRO...

....WARTAWAN ASTRO...
Pembawa khabar atau cerita yg sensasi.Tak kiralah luar atau dalam kawasan..yg penting semua berita 100% betul dan bukanlah gosip semata2.Skg tgh study form 6...mana2 wartawan pun kene blajar dari dia kalu nak cari liputan yg PANAZZZZ...

NI BUAH HATI PENGARANG JANTUNG KAMI SEKELUARGA

NI BUAH HATI PENGARANG JANTUNG KAMI SEKELUARGA
Adeq yg jadik kebahagiaan kami sekeluarga.Yg memgubati hati ibu dan ayah bila sunyi..penuh dengan keletah nakal dan cerewet..Tapi itulah yg menjadi kegembiraan kami.

USAHA, DOA DAN TAWAKAL

Jangan pernah kenal putus asa dalam kehidupan..inilah yang aku pelajari dari seseorg yg bernama suami.Hadapi semua cabaran dan dugaan dengan senyuman yg membanggakan.Kerana itu akan membuat kita lebih maju dalam kehidupan dunia dan akhirat.Seimbang dalam percaturan hidup,carilah keberkatan dalam usaha kita. INSYA'ALLAH........
;
free glitter text and family website at FamilyLobby.com

BELI KOMPUTER DENGAN HARGA YANG MURAH