"Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang.
Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya."
Rasulullah bersabda bermaksud:
“Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.”
Hadis riwayat al-Hakim.
"Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal."
"Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan