"Orang yang mengambil semula apa yang diberinya, umpama anjing yang menjilat semula muntahnya."
"Perumpamaan orang yang mengambil semula sedekah yang diberi adalah seperti anjing muntah kemudian dia datang semula kepada muntahnya dan makan muntah itu."
"Orang yang mengambil semula barang yang sudah diberi adalah sama seperti orang yang menjilat semula muntahnya."~ Bukhari dan Muslim
Umar bin Khattab :
"Saya menderma seekor kuda kepada seseorang bagi digunakan dalam perang menegakkan agama Allah. Tetapi dia cuai terhadap kuda itu. Saya hendak membeli semula kuda itu dan saya fikir, dia akan menjualnya dengan harga yang murah. Saya pun meminta pandangan daripada Nabi Muhammad.
Beliau menjawab, "Saudara jangan beli. Saudara jangan ambil kembali sedekah yang saudara beri sekalipun saudara memberi satu dirham sahaja. Kerana orang yang mengambil kembali sedekahnya seperti orang yang menelan semula muntahnya."
~ Bukhari dan Muslim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan