Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertaqwa (nescaya mereka akan mendapat pahala) sesungguhnya pahala dari isi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui.(Surah Al-Baqarah;103)
Oleh itu, ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Surah Al-Baqarah;152)
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.(Surah Al-Baqarah;153)
Rab (Tuhan) mereka memperkenankan (permohonan) mereka (dan Allah berfirman): “Aku (Allah) tidak akan mempersiakan amalan orang yang beramal di kalangan kamu, baik lelaki mahupun perempuan; sebahagian kamu berasal daripada sebahagian yang lain. Orang yang berhijrah dan diusir dari kampung halaman mereka dan mereka disakiti pada jalan-Ku (jalan Allah), malah mereka membunuh dan (juga) dibunuh, sesungguhnya Aku (Allah) akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan Aku (Allah) akan masukkan mereka ke dalam jannah (taman/syurga) yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, sebagai ganjaran daripada Allah. Dan di sisi Allah jua ganjaran yang sebaik-baiknya.(Surah Ali-Imran;195)
Banyak kan?Ada banyak lagi ganjaran Allah yang tak terperi.Ganjaran semasa kita hidup mahupun di alam akhirat nanti yang pasti jauh lebih mahal jika hendak dibandingkan dengan pengorbanan kita.
Ganjaran pengampunan dosa,ganjaran pahala,ganjaran syurga dan bermacam lagi ganjaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan