Ahad, 16 Januari 2011

PERINGATAN BUAT MUSLIMAH…

Marilah kita renungkan beberapa pesanan buat muslimah di bawah supaya kita selamat di dunia dan akhirat. Pesanan tersebut ialah :
a)Hiaslah diri dengan Sifat Malu
Kita mestilah malu membuat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t. Misalnya melepak di tepi jalanraya, ketawa terkekeh-kekeh dan sebagainya. Lihatlah akhlak Rasulullah s.a.w., baginda terkenal memiliki sifat pemalu. Baginda malu jika berbuat sesuatu yang menjatuhkan maruah Islam.
b) Lebih Suka Menetap di Rumah
Ini bermakna muslimah menghabiskan masa di rumah selepas masa sekolah atau bekerja. Bukannya berkeliaran dengan kawan-kawan di taman, cyber cafe, pusat membeli belah dan sebagainya.
c) Menutup Aurat
Sekiranya keluar rumah ketika ada urusan atau hendak bermain, pakailah pakaian yang menutup aurat. Tidak menampakkan anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.
d) Bersahabat dengan Muslimah-muslimah yang baik
Maksudnya kawan-kawan perempuan yang suka mengajak kita berbuat kebaikan dan takut melakukan dosa. Mereka juga orang boleh dipercayai dan tiada kepentingan diri.
e) Menjaga Pergaulan
Tidak bergaul bebas dengan mana-mana lelaki. Kita dibenarkan berhubung dengan mereka jika ada urusan penting saja. Itupun mesti ditemani muslimah-muslimah yang baik tadi.

f) Ditemani Muhrim

Jika pulang dari kelas malam adalah lebih baik ditemani ayah atau saudara lelaki. Langkah berjaga-jaga ini demi keselamatan kita daripada kejahatan malam.
g) Jauhi Sikap Menunjuk-nunjuk
Sama ada melalui pakaian, perbuatan dan sebagainya.Sikap ini menimbulkan rasa jelik pada mata-mata yang memandang.
h) Jangan Berlama-lama di Rumah Kawan
Banyak kejadian yang tidak diingini berpunca dari sikap kurang berwaspada. Maklumlah malang tidak berbau. Silap hari bulan, muslimah menjadi mangsa rogol kawan-kawan lelaki,abang atau ayah kepada kawan.
i)Jauhi Tempat Mencurigakan
Jauhi tempat-tempat yang sunyi atau tempat yang jauh dari penglihatan orang lain. Mana tau ada bahaya yang menunggu.
Akhirnya,saya percaya senjata yang paling ampuh ialah berdoa sebelum berurusan di luar. Mohonlah perlindungan dari Allah s.w.t.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SUAMIKU YG TERAMAT KUSAYANGI..

SUAMIKU YG TERAMAT KUSAYANGI..
Memahami,Penyayang,Penyabar,Sporting dan yg paling penting...menerima aku dan keluargaku seadanya.....Aku bertuah memiliki seorg suami sepertinya..:)

INILAH IBUKU YANG AMATKU SAYANGI

INILAH IBUKU YANG AMATKU SAYANGI
TERIMAH KASIH IBUKU...hanya ucapan itu yg mampu ku berikan untukmu yg selalu menyayangiku.Hanya ALLAH yg dapat membalas segala pengorbananmu kepadaku sejak aku dilahirkan sehingga nafasku yg terakhir.Aku bersyukur memilikimu sebagai ibuku dunia akhirat.

DIALAH SEORANG AYAH YG AMAT PENYAYANG

DIALAH SEORANG AYAH YG AMAT PENYAYANG
Aku beruntung memiliki seorang ayah yg amat penyayang.Terlalu byk yg dikorbankan untuk membesarkan kami adik beradik.Terima kasih di atas segala pergorbananmu ayahku.sesungguhnya,hanya ALLAH yg dapat membalas jasa baikmu padaku..Dan hanya ALLAH yg mengetahui sayangnya aku padamu ayahku.

ADEQ YG SELALU MERIUHKAN KEADAAN KELUARGAKU..

ADEQ YG SELALU MERIUHKAN KEADAAN KELUARGAKU..
Seorang berhati baik walaupun zahirnya selalu membuat kami sekeluarga riuh dengan perangainya yg tak dapat ditafsirkan.

SATU2NYA ADEQ YG PEMALU

SATU2NYA ADEQ YG PEMALU
Ni adeq aku yg sedang belajar kat matrik labuan.Tapi seorang yg pemalu dan pendiam.Banyak berahsia dan tidak mudah di dekati.Dan seorang yg sensitif giler...

....WARTAWAN ASTRO...

....WARTAWAN ASTRO...
Pembawa khabar atau cerita yg sensasi.Tak kiralah luar atau dalam kawasan..yg penting semua berita 100% betul dan bukanlah gosip semata2.Skg tgh study form 6...mana2 wartawan pun kene blajar dari dia kalu nak cari liputan yg PANAZZZZ...

NI BUAH HATI PENGARANG JANTUNG KAMI SEKELUARGA

NI BUAH HATI PENGARANG JANTUNG KAMI SEKELUARGA
Adeq yg jadik kebahagiaan kami sekeluarga.Yg memgubati hati ibu dan ayah bila sunyi..penuh dengan keletah nakal dan cerewet..Tapi itulah yg menjadi kegembiraan kami.

USAHA, DOA DAN TAWAKAL

Jangan pernah kenal putus asa dalam kehidupan..inilah yang aku pelajari dari seseorg yg bernama suami.Hadapi semua cabaran dan dugaan dengan senyuman yg membanggakan.Kerana itu akan membuat kita lebih maju dalam kehidupan dunia dan akhirat.Seimbang dalam percaturan hidup,carilah keberkatan dalam usaha kita. INSYA'ALLAH........
;
free glitter text and family website at FamilyLobby.com

BELI KOMPUTER DENGAN HARGA YANG MURAH