Selasa, 6 April 2010
ADAB BERDOA...
Menghadap kiblat dan berdoalah dengan khusyuk tawaduk selain merendah diri kepada Allah.
Doa dimulakan dengan membaca al-Fatihah atau memuji Allah sekurang-kurangnya, “Alhamdulillahirabbi lalamin” diikuti dengan membaca selawat atas nabi.
Angkat tangan hingga kelihatan kedua-dua ketiak disamping perut anak jari menghadap ke atas.
Selepas selesai berdoa, sapukan kedua-dua tangan ke muka.
Berdoa perlulah dengan penuh keyakinan bahawa Allah akan memperkenankan doa kita itu. Jangan sekali-kali berdoa dalam keadaan hati lara dan lalai atau kurang yakin kemahuannya.
Rasulullah bersabda, maksudnya: Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan penuh yakin Dia akan memperkenankan doa kamu. Dan, ketahuilah sesungguhnya Allah tidak akan memperkenankan doa daripada hati yang lalai atau keluh kesah. (Riwayat At-Tarmizi).
Setiap orang Islam hendaklah banyak berdoa kepada Allah ketika dalam keadaan senang atau mudah supaya Allah akan memperkenankan doanya dalam keadaan susah.
Berdoa dengan suara yang perlahan dan merendah diri selain mengakui segala kesalahan serta dosa-dosa yang pernah dilakukan.
Firmah Allah yang bermaksud: Berdoalah kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan (Surah al-Araaf ayat 55).
Sebaik-baik doa ialah dengan kata-kata yang mudah dan ringkas serta mempunyai pengertian yang luas, contohnya:
“Ya, Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka”.
Untuk memohon sesuatu hajat, ulangi perkara itu sekurang-kurangnya tiga kali
Jangan sekali-kali berdoa untuk meminta sesuatu keburukan atau kejahatan, perpecahan dalam masyarakat atau keluarga. Ingat, apabila berdoa jangan meminta sesuatu yang mustahil.
Jangan mudah merajuk apabila doanya tidak dikabulkan Allah. Sebaliknya hendaklah bersabar dan terus berdoa selain berserah diri kepada Allah.
Sebelum mengakhiri dengan ucapan Amin, setiap doa perlu ditutup dengan selawat ke atas Nabi s.a.w selain puji-pujian kepada Allah
Isnin, 5 April 2010
RAHSIA SOLAT...
Rahsia solat (anggaplah tazkirah bagi yang sudah tahu)1.Niat sembahyang memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat.
2.Berdiri tegak fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3.Takbiratul Ihram fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4.Fatihah sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5.Rukuk sebagai tikar kita di dalam kubur.
6.Iktidal akan memberi minuman air dari telaga al-kauthar ketika di dalam kubur.
7.Sujud memagar kita ketika menyeberangi Siratul Mustaqim.
8.Duduk di antara 2 sujud akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9.Duduk tahiyat awal menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahiyat akhir sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Mungkar & Nakir
di dalam kubur.
11.Selawat nabi sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib fadilatnya pertemuan kita dengan Allah s.w.t.
Senarai di atas dikatakan salah satu sebab mengapa orang Yahudi tidak sukakan angka 13 dan juga hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu “Friday the 13th” jika ada di kalangan anda yang perasan!”..
Ahad, 4 April 2010
SEDIAKAH KITA???
Sabtu, 3 April 2010
CERMIN DIRI...
Yang tak pernah bersuara
tidak bererti dangkal ilmunya
seperti ubi,diam-diam berisi
Yang mahir berkata-kata
tidak semesti tinggi ilmunya
seperti gendang kosong,
sana-sini boleh kelentong
Yang tahu membezakan
antara kaca dengan intan
dialah yang layak digelar siswazah
walau tiada kelulusan ijazah
Yang hanyut di arus puji
hanya tampil kerana nama
sering terbawa resmi ayam bertelur sebiji,
riuh sekampung
Yang sedar pada kebenaran
tidak mengharap sebarang sanjungan
malah meniru resmi penyu
telur beratus,tidak gembar-gembur
Yang hanya tahu mengeji
sebenarnya iri hati
atau mungkin terlupa akan kekurangan diri
Yang gemar memberi nasihat
perangai sendiri masih berkarat,
Lihat ke dalam Cermin Diri
usah menjadi Lebai Ketayap!
Dan yang sentiasa bersikap sinis
menganggap orang lain pula hipokrit
sudahkah meninjau diri sendiri
Yang nyata,kita semua sama, tiada yang sempurna!
Jumaat, 2 April 2010
PERJUANGAN
Khamis, 1 April 2010
MARI BERZIKIR & BERDOA DENGAN PETUNJUK RASULULLAH...
وَلا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولا
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa Yang dilakukannya. (al-Isra’ 17: 36)
Lakukan selaras dengan sunnah:
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Ali Imran 3: 31)
Tidak disertakan dengan syirik:
إِنَّا أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ فَاعْبُدِ اللَّهَ مُخْلِصًا لَهُ الدِّينَ (٢)أَلا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ
Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (Wahai Muhammad) Dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah Engkau menyembah Allah Dengan mengikhlaskan Segala Ibadat dan bawaanmu kepadaNya. Ingatlah! (hak Yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah Segala Ibadat dan bawaan Yang suci bersih (dari Segala rupa syirik). dan orang-orang musyrik Yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi Pelindung dan Penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan Kami kepada Allah sehampir-hampirnya", - Sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang Yang tidak melakukan syirik) tentang apa Yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang Yang tetap berdusta (mengatakan Yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik). (az-Zumar 39: 2-3)
فَلا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ فَتَكُونَ مِنَ الْمُعَذَّبِينَ
“...janganlah engkau menyeru Tuhan (sembahan) yang lain bersama-sama Allah, akibatnya engkau akan menjadi dari golongan yang dikenakan azab seksa. (as-Syu’ara 26: 213)
Berzikir & Berdoa Dengan Merendah Diri Serta Dengan Suara Yang Perlahan:
وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالآصَالِ وَلا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ (٢٠٥)إِنَّ الَّذِينَ عِنْدَ رَبِّكَ لا يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِهِ وَيُسَبِّحُونَهُ وَلَهُ يَسْجُدُونَ
Dan berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahNya), dan dengan tidak pula mengeraskan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai. Sesungguhnya mereka (malaikat) Yang ada di sisi Tuhanmu tidak bersikap angkuh (ingkar) daripada beribadat kepadaNya, dan mereka pula bertasbih bagiNya, dan kepadaNyalah jua mereka sujud. (al-A’raaf 7: 205-206)
ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ
Berdoalah kepada Tuhan kamudengan merendah diri dan dengan suara yang lembut. (al-A’raaf 7: 55)
Al-Imam an-Nawawi berkata dalam hal ini: “Tidaklah ada khilaf (perselisihan pendapat) tentang kesunnatan adanya zikir sesudah solat, bagi imam, bagi makmum, dan bagi yang bersolat bersendirian. Masing-masing berzikir sendiri-sendiri. Adat yang diadakan manusia, iaitu imam menentukan doa buat solat subuh dan asar, tiada berasal sama sekali. Berjabat tangan sesudah solat subuh dan asar adalah suatu bid’ah” (al-Majmu’ 3: 484, 492)
al-Imam Ibnul Qayyim pula berkata: “Imam berdoa sesudah salam daripada solat sambil menghadap qiblat, atau menghadap makmum tidak pernah dikerjakan Nabi, yang senantiasa bertindak sebagai imam, dan tidak ada pula riwayat yang menyuruh kita mengerjakan yang sedemikian itu.” (Zadul Ma’ad 1: 93)
Zikir Selepas Solat Fardhu
Menurut al-Imam as-Syafi’e: "Saya memandang baik bagi imam dan ma’mum terhadap berzikir kepada Allah sesudah selesai dari solat. Keduanya (imam dan ma’mum) itu menyembunyikan (memperlahankan/israr) zikir kecuali bahawa dia itu imam yang harus orang belajar daripadanya. Maka ia mengeraskan (memperdengarkan) suaranya, sehingga mana ia melihat bahawa orang telah mempelajari daripadanya. Kemudian hendaklah ia mengecilkan (memperlahankan/sirr) suaranya.” (Rujuk: al-Umm, Oleh al-Imam asy-Syafie r.h., Terjemahan Oleh Prof. TK. H. Ismail Yakub, Terbitan Victory Agencie, jilid 1, ms. 296)
Rabu, 31 Mac 2010
SESEDAP KATA-KATA
Selasa, 30 Mac 2010
HATIKU....
Isnin, 29 Mac 2010
TANYA HATI MU...
Ahad, 28 Mac 2010
BENARKAH???
Sabtu, 27 Mac 2010
CELOTEH...
Jumaat, 26 Mac 2010
FIKIRKAN...
Khamis, 25 Mac 2010
HADITH PILIHAN...
Rabu, 24 Mac 2010
Selasa, 23 Mac 2010
MEMBACA AL-QURAN DPT MENGUBAH DIRI
Isnin, 22 Mac 2010
DI KALA HATI BERBISIK
Bertuturlah cintaMengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku padamu
Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit
Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala cinta
cinta..
Ahad, 21 Mac 2010
TASBIH ALAM
Di atas sejadah alam
Hening turun menyelubungi
Ruang menakjubkan ini
Lalu dalam asyik
Tunduk bukit khusyuk meratib
Bergerak jari-jari membilangi
Pasir di pantai ombak lafaz terungkai
Kemudian tafakur memanjang
Mendalam laut renungan
Meninggi langit kerohanian
Terpusat diri pada Ilahi
Fana alam dalam lintasan
Abadi Tuhan dalam kewujudan
Halusnya bayu mengharu kalbu
Mengarak awan menipis
Sayu menghiris
Hangat menitis
Demikian mesra alam dengan bahasanya
Selamanya bertasbih pada Yang Esa.
Sabtu, 20 Mac 2010
BUAT RENUNGAN HARI INI
"Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah Akal,Agama, Malu dan Amal soleh. Maka....
Akal boleh hilang disebabkan marah.
Agama boleh hilang disebabkan dengki.
Malu boleh hilang disebabkan tamak.
Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.
Manusia akan menghadapi 4 penarikan:
Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
Para ahli waris akan menarik hartanya.
Ulat akan menarik tubuhnya.
Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.
Dari Ali r.a yang bermaksud: Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:
Memberi maaf pada waktu marah.
Suka memberi pada waktu susah.
Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.
Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud: Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua
Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah di timpa bencana.
Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.
Sama-samalah kita renungkan bersama!
Jumaat, 19 Mac 2010
Khamis, 18 Mac 2010
PENTINGNYA SEMBAHYANG SEHARI SEMALAM
Di mana aku berada masih enak dalam kelambu rindu sambil berpoya-poya dengan waktu masa bagaikan menderu langkah tiada arah tuju fikiran terus bercelaru terlupa aku semakin di hujung waktu siapa aku di depan Tuhanku.
Zohornya
Aku lebih memikikran kelaparan kehausan dan rehatku aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku aku bertolak ansur dengan waktu aku gembira membilang keuntungan aku terlupa betapa besar kerugian jika aku menggadaikan sebuah ketaatan siapa aku di depan Tuhanku.
Asarnya
Aku lupa warna masa cepat berubah bagaikan ditolak-tolak aku masih dengan secawan kopiku terlupa panas tidak di hujung kepala aku masih bercerita tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka siapa aku di depan Tuhanku.
Maghribnya
Aku melihat warna malam tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya mencari sisa-sisa keseronokan tidak terasa ruang masa yang singkat jalan yang bertongkat-tongkat ruginya bertingkat-tingkat siapa aku di depan Tuhanku.
Isyaknya
Kerana masanya yang panjang aku membiarkan penat menghimpit dadaku aku membiarkan kelesuan menggangguku aku rela terlena sambil menarik selimut biru bercumbu-cumbu dengan waktuku siapa aku di depan Tuhanku.Kini aku menjadi tertanya-tanya sampai bila aku akan melambatkan sujudku apabila azan berkumandang lagi aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi kerana di hujung hidup ada mati bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di disini jika ruangku dibiarkan kosong jika wajahku menjadi asing pada mentari dan juga bintang-bintang.
Rabu, 17 Mac 2010
ISTILAH BER'COUPLE' BERLANDASKAN ISLAM
Wahai kaum muslimin,wahai ustaz n wahai ustazah yg telah menghalalkan apa yg haram,rahmat Allah itu sentiasa ada di hati antum dan antunna sekalian...
Apakah al quran yg kalian imani tidak terkandung firman Allah dlm surah annur ayat 30-31 ?Allah memerintahkan kita agar lelaki dan wanita Islam menutup pandangan dari perkara maksiat, menjaga kehormatan diri dan tidak boleh menzahirkan perhiasan badan kecuali yang biasa kelihatan sahaja iaitu muka dan tapak tangan bagi kaum wanita.
Apakah islam yg kalian anuti tidak terkandung hadis nabi saw yg berbunyi"Tiadalah aku tinggalkan setelahku selainfitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripadawanita. "(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi,Ibnu Majah)
Sekian,
kata2 sesiapa shj bisa ditolak melainkan kata2 itu datang dari lidah rasulullah saw..
Selasa, 16 Mac 2010
Isnin, 15 Mac 2010
WASIAT IMAM HASAN AL BANA
Wasiat ini BUKAN sekadar untuk renungan..TETAPI mengajak kepada perlaksanaan… Assalamualaikum sahabat sakalian, marilah kita renungkan wasiat Imam Hasan Al Bana ini. Apabila mendengar azan, maka bangunlah solat serta-merta walau dalam keadaan apa sekali pun.
Bacalah al-Quran, tatapilah buku ilmu, pergilah ke majlis ilmu, dan amalkan zikrullah serta jangan membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekali pun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa kebaikan.
Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah perkara yang sia-sia, malah menyakiti hati orang.
Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan janganlah bercakap melainkan yang memberi kebajikan.
Berkenal-kenalan dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, gunakan masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskan pelaksanaannya.
Ahad, 14 Mac 2010
BAB NERAKA
Dari Nu'man b. Basir, katanya : " Saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya seringan-ringan azab penghuni nerana pada hari kiamatialah seorang lelaki yang diletakkan dua buah bara di bawah tapak kakinya, yang mendidih otaknya kerana kepanasan".
Hadis sahih riwayat Muslim
Sabtu, 13 Mac 2010
BAB SYURGA
Dari Abu Said, katanya " :Bersabda Rasulullah s.a.w. : " Bahawa penghunu neraka yang abadi,selamanya tidak akan mati dan sentiasa hidup menderita. Tetapi ada pulakaum yang dibakar sekadar dosanya, kemudian di matikan, setelah menjadi arang, datanglah pembelaan. Golongan itu di bawa sekelompok-sekelompok lalu diseahkan kepada sungai syurga, kemudian penghuni syurga diperintahkan supaya menyelamkandan meratakan air atas tubuh kaum itu. Akhirnya tumbuhlah arang-arang itu seperti tumbuhnya jenis-jenis biji yang terdampar dibawa oleh air bah."
Hadis sahih riwayat Muslim
Jumaat, 12 Mac 2010
KEPENTINGAN SOLAT DAN BATAS KEKUFURAN
Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya: "Bersabda Rasulullah s.a.w.:"Batas antara seseorang dengan kemusyrikan dan kekafiran ialah meninggalkan solat
Hadis sahih riwayat Muslim
Khamis, 11 Mac 2010
PERINGATAN KEPADA KAUM WANITA
Dari Abdullah bin 'Umar r.a. katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w.:"Hai kaum wanita, berdermalah kamu dan perbanyakkanlah meminta ampun, kerana saua lihat jenismu yang terbanyak dari isi neraka.Maka bertanya seorang wanita yang cerdik, katanya : "Ya Rasulullah, apakah sebab kebanyakkan kami ahli neraka?" Jawab Rasulullah s.a.w. :"Kaum wanita suka mencerca dan mudah melupakan jasa suami, dan saya tidak melihat di antara orang-orang yang kurang pendandan dan agamayang merusakkan jiwa seorang lelaki cerdik dan cermat , lebih dari kaum wanita"Katanya pula: "Apakah yang dimaksudkan kurang pandangan dan kurang agama?"Jawab Rasulullah s.a.w. : "Adapun yang dimaksudkan kurang pandangan ialah kesaksian dua orang wanita sama dengan seorang lelaki, dan wanita tidak sembahyang beberapa malam dan tidak berpuasa dibulanRamadhan , inilah maksud kurang agama".
Hadis sahih riwayat Muslim
Rabu, 10 Mac 2010
SILATURRAHIM.....
Apabila kau berteman, janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan satu kelemahan, kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya, kerana dengan satu keburukan, kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat, janganlah kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu, kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan, janganlah kerana sifat cerianya, kerana andai dia tidak ceria, mungkin kau akan ingin menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia adalah manusia biasa. Bersahabatlah ikhlas kerana Allah SWT....Selasa, 9 Mac 2010
TAQWA & PERPADUA ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN

Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) [Nak baca lagi..]sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yTAQEang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."
H.R. Abu Daud dan Tirmizi
Isnin, 8 Mac 2010
HADITH PILIHAN
Ahad, 7 Mac 2010
Sabtu, 6 Mac 2010
TARBIYAH HATI...
bersungguh-sungguh supaya
menjadi hati yang hidup,
hati yang sentiasa ada hubungan dengan
Allah SWT,
hati yang yakin bahawa kita akan bertemu Allah,
hati yang yakin bahawa Allah akan
mengira segala amalannya,
hati yang sentiasa mengharapkan rahmat Allah dan
hati yang takut akan azab Allah SWT.
Bermula dari hati….
Maka Allah akan merubah keadaan
hal sesuatu kaum itu apabila mereka merubah apa yang ada dalam hati mereka.
Jumaat, 5 Mac 2010
TUNTUTAN KHUYUK DLM SOLAT
yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2]. Firman-Nya lagi:-
"Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk" [Surah Al-Baqarah : ayat 238] dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain. Firman Allah lagi:-
yang bermaksud : "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]
SIAPA MEREKA...? SIAPA KITA....?
org yg paling sibuk adalah org yg suka menundakan waktu solatnya, seolah-olah ia harus mengurus kerajaan sebesar kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
siapakah org yg manis senyumannya??
Orang yg mempunyai senyuman yg manis adalah org yg ditimpa masalah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun" lalu sambil berkata, "Ya Rabb, aku redha dgn ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
siapakah org yg kaya??
org yg kaya adalah org yg bersyukur dgn apa yg ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yg sementara ini.
siapakah org yg miskin??
org yg tidak puas dgn nikmat yg ada, dan selalu menompok-nompokkan hartanya.
siapakah org yg rugi??
org yg sudah sampai usia pertengahan namun masih berat utk melakukan ibadah dan amal2 kebaikan.
siapakah org yg paling cantik??
org yg paling cantik adalah org yg mempunyai akhlak yg baik
siapakah org yg mempunyai rumah yg paling luas??
merka adalah org yg mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan sejauh mata memandang.
siapakah org yg mempunyai rumah yg sempit lg dihimpit??
mereka adalah org yg mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.
sipakah org yg mempumyai akal??
mereka adalh org-org yg menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia utk menghindari seksa neraka.
Khamis, 4 Mac 2010
NOTA CINTA HAWA BUAT ADAMNYA...
Satu ketika aku merasakan pintu kebahagiaan buatku telah tertutup,
siang atau malam tiada bezanya...
gelap yang aku lihat dan sepi yang aku rasa,
Telah tuhan ciptakan manusia pasangan untuk hidup bersama suka dan duka,
dan aku teraba - raba mencari...namun langkahan kamu menghampiri,
dengan memegang sebentuk kunci,
dan kunci itulah yang telah membuka kembali pintu kebahagian buatku,
terlalu lama aku meratapi pintu yang tertutup dan akhirnya aku sedar,
kamu hadir dalam hidupku untuk memberi aku sinar kebahagian yang lama terpenjara di
dalam sudut hati yang sekian lama berduka.....
DOA darimu untukku..
memberikan aku kekuatan di saat aku jatuh lemah,
dan membuatkan aku percaya bahawa masih ada sinar buat kita,
dan..
kamu juga yang telah membuatkan aku terus bangkit meneruskan langkahan hidup
dengan melupakan kegagalan lalu....
DUNIA adalah lautan yang terlalu luas..
kamu dan aku adalah pengemudi di dalam KAPAL CINTA yang telah kita bina dan usahakan bersama,
dengan berbekalkan iman dan takwa kuharap KAPAL CINTA kita menuju ke destinasi yang benar dan tidak sesat arah tujuan...
CINTA tidak pernah meminta namun ia sentiasa memberi..
DI MANA ADA CINTA DI SITU ADA KEHIDUPAN..
Cinta pada Al- Khaliq dan cinta pada yang mencintai Al-Khaliq...
Telah ALLAH berikan..
2 KAKI buat manusia untuk BERJALAN,
2 TANGAN untuk MEMEGANG,
2 TELINGA untuk MENDENGAR,
2 MATA untuk MELIHAT....
TETAPI mengapa hanya ada 1 HATI pada kita?
KERANA....
ALLAH telah memberikan sekeping lagi HATI pada seseorang untuk kita mencarinya..
dan telah kutemukan kamu dalam pencarianku...
SEMOGA KAMULAH YANG TERCIPTA UNTUKKU....
Rabu, 3 Mac 2010
KELUARGA BAHAGIA IMPIAN SETIAP INSAN
“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba sahaya yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membanggakan dirinya.MEMBINA HUBUNGAN SEHARUM MAWAR DALAM MENUJU KEREDHAAN ALLAH..
AKU MENCINTAIMU KERANA ALLAH....
Selasa, 2 Mac 2010
PENYOKONG vs PENDOKONG DLM PERJUANGAN
Perjuangan yang suci ada kedua-duanya
Matlamat mereka Allah Taala
Tidak hirau apa yang dikata
Ukhuwah terbina di dalam keluarga
Pentingkan diri pemusnah utama
Dalam perjuangan ke jalan yang Esa
Berjuang tidak kira di peringkat mana
Berjuang tidak kira berhadapan siapa
Berjuang tidak kira dengan cara bagaimana
Persoalannya?
Berjuangnya kita untuk siapa?
Berjuangnya kita bermotifkan apa?
Berjuangnya kita sasarannya di mana?
Jangan biarkan iman berkata
Aku sekadar mengikut arahan ketua
Pergi ke sini dan pergi ke sana
Matlamatku kabur entah ke mana
Jangan biarkan hati meronta
Bertemu Allah di hari muka
Dia mengetahui apa segala
Berjuang rela atau berdusta
Jangan dibiar diri kita
Pembakar kepada api neraka…
Berjuanglah dengan rela..
Jangan takut pada tohmah dan cerca
Kerana semuanya adat biasa
Seorang pejuang yang mengharap redhaNya.
Isnin, 1 Mac 2010
HADITH HARI INI...
Daripada lbnu 'Umar r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: Hiduplah engkau di dunia seolah-olah
engkau seorang perantau atau musafir lalu.
lbnu 'Umar r.a. pernah berkata:
Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan
apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.
Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.
Ahad, 28 Februari 2010
PANDANGAN SENDIRI @ MENGIKUT AL-QURAN
Hari ini kita menyaksikan
Satu lagi alkisah menceritakan
Perkara yang mustahak diringankan
Ada pula yang keterlaluan
Ada yang kata yang nipis itu seksi
Ada juga yang turut menafi
Bila ditanya beberapa menteri
Kebanyakan memberi pendapat peribadi
Hari ini kita menyaksikan
Ramai mengambil perkara ini ringan
Tanpa merujuk sunnah dan Al-Quran
Tanpa memikir balasan Tuhan
Punca rogol dikatanya bukan
Cara bersosial itu disalahkan
Tapi kena beringat wahai insan
Zina berpunca pakaian tak sopan
Cara pakaian jangan dipinggirkan
Kerana ia sunnah yang digariskan
Berbalik kita kepada Al-Quran
Supaya selamat sepanjang zaman
HIDAYAH...
Wahai orang-orang Yang beriman! jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) Yang membezakan antara Yang benar Dengan Yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia Yang besar. Al-Anfaal(29)
Sabtu, 27 Februari 2010
SUAMIKU...PEMBIMBINGKU...
Sedang berkhidmat cara yang terbaik
Hati ikhlas untuk mendidik
Tatkala ia diperlukan oleh adik-adik
Kakandaku
Sesungguhnya bahtera pelayaranmu amat sukar
Namun ia mengajar realiti hdup ini
Setiap yang berbakti pasti tidak disenangi
Itulah antara fitrah insan dunawi
Kakandaku
Teruskan berdoa
Doa senjata kita
Dari musuh-musuh yang inginkan kita jatuh
Tidak mengapa…
Itu semua ranting-ranting cabaran
Kerana cabaran terbesar adalah menemu Pencipta
Di hari muka
Tatkala itu
Percayalah kakandaku
Tuhan akan tunjukkan yang mana kopi yang mana madu
Hanya Ia yang tahu
Betapa hati ini runsing
Akan kezaliman yang mungkin tidak nampak
Sedangkan meletakkan yang bukan pada tempatnya
Ialah kezaliman terhadap pengaturan Tuhan
Kakandaku
Kita berpegang pada prinsip
Jangan gusar akan bisikan manusia
Kerana kita yakin
Janjinya pasti bagi mereka yang bertaqwa.
Di mana pun kita…
Pasti berkhidmat untuk agama.
DUGAAN...
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir". Al-Baqarah(286)
Jumaat, 26 Februari 2010
FIKIR KAN LAH BERSAMA
Jalannya.... syariat
Natijahnya... akhlak
Tiga penjamin segala,
Kunci kebahagiaan keluarga dan rumah tangga,
Dan terciptalah:
Setia dan Penyayang seorang Suami,
Cinta dan Taat seorang Isteri,
Lalu berbuahlah:
Mahmudah demi mahmudah.....
Mawaddah dan rahmat.....
Yang melahirkan:
Soleh dan Solehah....
Serta menjadi ikutan Raudatul Sakinah ...
Khamis, 25 Februari 2010
MAHMUDAH vs MAHMUMAH
“ dan mohonlah ampun kepada Allah, ssungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Pengasih, ”
(Al-Muzammil 73:20)
mazmumah: PEMARAH
Penyakit yang paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mnedapat kawan dan hati tentunya tidak terang.
Ini bererti marah yang bukan menyeru ke arah kebaikan atau menegah daripada kemungkaran.
Sifat pemarah yang terpuji adalah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran seperti marah apabila Islam dihina.
Manakala sifat pemarah yang tercela ialah marah yang bukan pada tempatnya dan tidak didasari sebarang sebab yang benar.
Orang yang bersifat marah dan tercela ini perlu bertaubat dan bermujahadah untuk meninggalkannya.
AYAH & IBU
‘Dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa.Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah keduanya perkataan yang baik’ ( Al-Isra’: 23)
Rabu, 24 Februari 2010
SUATU PENANTIAN PADAMU ILAHI
Di tengah malam yang sunyi di angkatya wuduk lalu berdiri dia mengadap khalik yang Esa sujud pada Yang Maha Kuasa dialunkan rintihan jiwa dilagukan irama mulia seketika .... perlahan mutiara jerih membelai lembut pipinya
Ketika dahi mencecah bumi hati khusyuk pada kalimah-kalimah terhambur keluar bersama air mata sedar diri idak punya apa hanya meminjam kurniaan-Nya merintih pada belas dan kudrat-Nya.
Sujud meminta petunjuk setiap dan ketika hati terhambat, jiwa bergelora menanti saat kepulangan di hujung jalan hiba memutik kasih suci bersih berbunga sayang di tamanhati inikah yang tercatat di Loh Mahfuz atau hanya membina istana mimpi.
Bagai menggengam bara api jangan dilepas walaupun membakar diri begitu tekad seorang srikandi dalam peperangan hati dan naluri menantap seraut wajah penuh kerinduan tiada dapat digambarkan hanya senyuman dalam tangisan.
Rindu, memanggil dia mengadap kekasih dijiwa sendu mendorong dia bersimpuh di hadapan Yang Maha Penyayang lukanya mengajak dia mengadu pada yang Maha Pengasih bahagianya medesak bibir dia melafazkan aluna memuji yang Maha Kuasa membaca ayat-ayat suci lagi mulia
Insan kerdil hidupnya dibalut dosa jiwanya kalut dan resah hatinya penuh pilu dan sendu rasanya terluka menderita akalnya berkata nalurinya berbisik hanya dengan mencintai Dia hanya dengan merindui Dia pilu dan sendu kalut dan resah luka dan derita
Kan berganti bahagia biarpun tiada tawa bergema namun jauh di sudut hati ada damai menggamit ada bahagia berbunga sesungguhnya rudu itu hanya untuk Dia ...
KECEWA...
Kecewa itu bukan jalan mati.. tetapi yang menyemarakkan api.. kecewa itu bukan sekali.. tetapi mungkin beribu kali.. seandainya kalian tersungkur.. ia bukanlah penghalang untuk terus berdiri! ketahuilah.. kecewa itu penyedar diri.. pengukur ketabahan hati...
Selasa, 23 Februari 2010
PELAYARAN MENUJU JALAN ILAHI
kerana hidup adalah hukuman di atas lautan.
kita tempuhi ombak kepalang dan
radang angin songsang dalam hujan
ketika menyeberangi lautan
yang sesekali mengganas
dan menggelombang dalam mencari unsur
dan nilai pengabaian.
Alangkah luasnya samudera Tuhan
seluas langit malam
kita pun belayar dalam erti ..
kehilangan seperti seekor ikan.
sebenarnya pelayaran ini telah diawasi
oleh seorang nabi dengan kebenaran
biru ombak pagi
bagai pernah menyilani pelangi memutih
persisiran adat mati.
pun malam juga menciptakan
cinta syahdu di laut terbentang.
kami berdoa pada Tuhan
segenap kejujuran
agar bahtera kami
agar pelayaran kami
agar mimpi-mimpi kami
akan terselamat menemui destinasi.
Isnin, 22 Februari 2010
MUHASABAH CINTA ILAHI
Tanpa Iman..
Tiada erti pada diri..
Tanpa Islam..
Tiada makna dalam hidup..
Tanpa Hikmah[Al-Qur'an]..
Tiadalah pegangan dan penyuluh..
Tanpa Taqwa..
Hati takkan tenang..
Tanpa Akhlak Solehah..
Ibarat mawar yang menjadi hiasan dan tak bermakna..
Tanpa pimpinan Rasulullah SAW..
Syafa'atnya tak mampu memayungi di Akhirat yang kekal abadi..Dan..
Tanpa semua kurniaan Ilahi ini..
Tiadalah aku disini..Bersama cinta yang Hakiki..
Cinta Hakiki Cinta Ilahi Yang Abadi
TABAHKAH AKU???
Pagi ini aku bangkit dgn sejuta keazaman,
Kelmarin yang gusar hanya tinggal kenangan nan abadi,
Aku mahu segalanya damai,
Tapi siapakah aku untuk menentukan semuanya?
Hanya insan kerdil yang xpunya apa
melainkan milik Allah semata-mata,
Sepanjang malam ku merenung ke dalam diri,
Mencari apa pun ku x pasti,
Cuma yang ada segenggan ketabahan
Utk menghadapi esok yang mendatang,
Cinta itu harus ku korbankan,
Demi mencapai sebuah kebahagiaan yang abadi,
Aku tahu inilah yang terbaik buat diriku,
Terima kasih Allah atas dugaan ini,
Kau berikan aku tarbiyah yg terbaik,
Untuk aku menjadi lebih matang,
Untuk aku merobohkan dinding egois yg kian menebal,
Untuk aku lebih mengenal siapa Engkau dan siapa aku,
Dalam diam kupanjatkan doa ini,
Agar Kau berikan kebahgiaan buat dia insan yg byk mengajarku,
Erti hidup,erti cinta,erti bahagia abadi dan erti ketabahan,
Ya Allah kepadamu aku memohon,
Berikanlah aku ketabahan dalam menelusuri hari-hariku,
Bersihkanlah hati dan jiwaku Ya Rabbi,
Temukanlah aku dengan teman-teman sejati
yang bisa membawaku ke jalanMu,
Terima kasih Ya Allah atas dugaanMu ini,
Terima kasih Ya Allah atas ketabahan ini,
Terima kasih Ya Allah….
Terima kasih Ya Allah….
Ahad, 21 Februari 2010
MUSLIMAH ACUAN AL-QURAN
Yang hatinya penuh rasa cinta kepada Tuhannya Yang Satu
Yang hatinya merindui satu pertemuan abadi
yang hatinya meratap sedu di hamparan sejadah
Yang sanggup menitiskan mutiaranya yang berharga
Demi kasih suci Ilahi
Muslimah acuan Al-Quran
Ialah muslimah yang menjaga bicaranya
Yang menjaga adabnya
Yang tidak takut berkata benar
Yang tidak gentar dijengah mehnah
Walau nyawa jadi taruhan
Muslimah acuan Al-Quran
Dialah wanita yang dijanjikan Tuhannya
Sebuah syurga sebagai mahligai kasihnya
Dialah penghulu bidadari suaminya
Dialah wanita solehah buat agamanya
Muslimah acuan Al-Quran
Ialah muslimah yang tegas
Tegas dalam menegakkan daulah islamiyyah
Tegas dalam hidup yang ditarbiyyah
Dengan pelita iman bersumbukan taqwa
Muslimah acuan Al-Quran
Ialah muslimah yang bersifat qanaah
Baginya kekayaan duniawi hanya sementara
Baginya dunia hanya untuk meraih keuntungan akhirat
Baginya cukuplah alQuran sebagai harta abadi
Muslimah acuan Al-Quran
Ialah muslimah yang tunduknya demi agamanya
Yang hatinya disuburkan dengan semangat juang
Yang solatnya dilakukan dengan tawaduk
Yang suaranya lunak dengan Qalamulllah
Yang menjadikan zikrullah halwa ketenangan
Yang meletakkan Deen sebagai pakaian hidupnya
Benar dia bukan Khadijah, wanita kesayangan Nabi
Benar dia bukan Sumayyah, wanita cintakan syahid
Benar dia bukan Rabiatul Adawiyah, wanita yang merindui cinta Tuhannya
Namun, dialah wanita yang akan menjadi kesayangan suami solehnya Dan, dialah wanita yang rela syahid dalam manhaj islamDan, Dialah wanita yang mencari redha suaminya demi redha Tuhannya.
HADIAH DARI-MU
Menangisi kealpaan diri,
HidayahMu Ilahi acap kali menerpa diri,
Namun mengapakah diri masih belum menyedarinya?
Adakah hati ini telah tertutup utk semua itu,
Aku tahu Ya Allah Kau rindukan rintihanku,
Aku tahu Ya Allah betapa kau mencintai aku,
Aku tahu Ya Allah betapa Kau mahu aku dekat padaMu,
Ya Allah…
Di keterbatasan waktu ini,
Diam-diam aku berdoa,
Kuatkanlah hati hambaMu ini,
Bukakanlah seluas-luasnya lorong hati ini,
Menerima hadiah istimewa dariMu Ya Allah,
Aku ingin sekali kembali padaMu Ya Allah,
Mengisi ruang-ruang kalbu yang telah sekian lama kosong,
Aku ingin sekali menelusuri jalan-jalanMu Ya Allah,
Jalan yang ada hanya buat insan yg terpilih,
Aku rindukan kedamaian abadi,
Ya Allah aku merintih sayu,pilu
Penuh pengharapan agar Kau sentiasa membuka pintuMu,
Buatku insan yang terlalu rindukanMu…
Ya Allah aku tahu Kau mendengar hati ini,
Kau tetapkanlah pendirianku menuju redhaMu…
Aamiin Ya Rabbal ‘Alamiin…
Sabtu, 20 Februari 2010
MUSLIMIN ACUAN AL-QURAN
Ialah seorang muslimin yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Muslimin Acuan Al-Quran
Ialah muslimin yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
Yang mempunyai ramai kawan
Dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang
Muslimin Acuan Al-Quran
Ialah muslimin yang menghormati ibu bapanya
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga
Yang akan mendidik anak-anak dan isteri mendalami agama Islam Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat
Muslimin Acuan Al-Quran
Sentiasa bersedia untuk agamanya
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya
Muslimin Acuan Al-Quran
Tidak pernah membazirkan masa
Yang matanya kepenatan kerana kuat membaca
Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Yang bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan
Muslimin Acuan Al-Quran
Sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian
Muslimin Acuan Al-Quran
Ialah muslimin yang tidak mudah terpesona
Dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah impiannya
Bersama wanita acuan Al-Quran…
ALLAH SENGAJA....
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar, Bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah..
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA..
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar, Bahawa ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG, kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita dimasa hadapan…
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalamninya..
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita menjadi MANUSIA yang HEBAT JIWANYA..
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA yang TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH..
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TIDAK SELAMANYA KEKAL..
Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, FAHAMILAH bahawa kehidupan kita semakin sampai ke penghujungnya. Hari esok kita pun kita sendiri tidak pasti sama ada menjadi milik kita.
Gapailah keredhaan Allah dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya…
PERCAYALAH sesungguhnya Allah malu untuk menolak permintaan hamba-Nya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA..
Jumaat, 19 Februari 2010
MENCARI NUR...
Khamis, 18 Februari 2010
HATI BERBICARA..........
BARANG DAGANGAN TERBAIK
“Barangsiapa yang takut kepada Allah, tentu ia tidak akan maju-mundur. Barangsiapa yang tidak maju-mundur tentu akan sampai ke tempat tujuan. Ketahuilah, bahawa barang dagangan Allah itu mahal, Ketahuilah, bahawa barang dagangan Allah itu ialah syurga”
(Hadith Riwayat: Tirmidzi dan Al-Hakim).
Rabu, 17 Februari 2010
AKIDAH TUNJANG UTAMA MUSLIM......
TUNJANG utama Muslim menerima Islam sebagai sistem hidupnya ialah akidah dan ia perlu menepati prinsip digariskan al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.Penceramah agama, Zulkarnain Hamzah, berkata akidah yang benar dan sah menjadi syarat utama kepada pengakuan seseorang yang menerima Islam sebagai agama yang mengatur hidupnya.
"Semua ini dapat dibuktikan melalui keindahan, kerapian dan keselarasan alam ciptaan Allah, yang mana setiap unit alam ciptaan Allah ini memerlukan unit yang lain untuk menjamin kewujudan dan kestabilannya.
"Satu unit daripada kejadian alam ini tidak mungkin wujud dalam keadaan stabil tanpa kewujudan unit lain," katanya dalam Program Pemantapan Iman, di surau The New Straits Times Press (NSTP), Balai Berita, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Program sehari itu disertai lebih 100 warga kerja NSTP termasuk ahli keluarga. Turut hadir, Pengarah Pengeluaran NSTP, Tun Ibrahim Mohd Jafri. Restoran Ali Maju memberi sumbangan 10 hamper untuk program itu.
Zulkarnain yang juga moderator program Astro-Kalam Suci, berkata matlamat dan tujuan Allah menciptakan alam ini sukar difahami secara terperinci kecuali melalui rasul atau wahyu-Nya.
Beliau memetik ayat 115 dan 116 dari surah al-Mukminun yang bermaksud: "Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu untuk bermain-main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami, maka Maha Suci Allah raja yang sebenarnya tiada tuhan selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) arasy yang mulia."
Jika akidah menjadi syarat utama, ibadat pula adalah kemuncak daripada perasaan tunduk dan patuh kepada Allah.
"Ibadat juga adalah tangga penyambung antara makhluk dan Penciptanya. Selain itu, ibadat mempunyai kesan mendalam di sudut hubungan makhluk dengan Pencipta.
"Logik Islam menuntut supaya seluruh hidup ini adalah ibadat dan taat kepada Allah," katanya.
Perkara itu katanya, selaras dengan maksud firman Allah dalam surah adz-Dzaariyaat, ayat 56 dan 57, maksudnya: "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. Aku sesekali tidak menghendaki rezeki sedikit pun daripada mereka dan tidak menghendaki supaya mereka memberi Aku makan."
Untuk renungan kita bersama.
CAHAYA MUKA NABI S.A.W
Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata :"Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!
Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?"
Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."
Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"
Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut nama aku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."
Berkata Al-Barra' r.a . bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit
sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan
keluarga Muhammad."
Selasa, 16 Februari 2010
IMANKU DI TAHAP MANA???
“Dan adapun arang yang takut memikirkan kedudukannya di sisi Tuhan-Nya, dan ia melarang dirinya dari memperturutkan kemauannya, maka syurga itulah kelak yang akan menjadi tempat menetap……
(Surah Al-Nazi’at: Ayat 40-41)
Ber’amal untuk Islam belumlah dapat dijangkau oleh para penda’wah yang berda’wah hanya dengan lisan saja, hanya berbicara meyampaikan ajaran-ajaran Islam kepada masyarakat! Kata-kata yang diucapkannya itu harus disertainya dengan niat yang ikhlas, hidup untuk Islam, mati kerana Islam... tidak pernah lengah kerana berdagang dan berjual-beli. Ia tidak pernah lupa untuk mengingati Allah, dan berjuang untuk menegakkan agama Allah....!
Isnin, 15 Februari 2010
سُوۡرَةُ یُونس SURAH YUNUS
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
الٓرۚ تِلۡكَ ءَايَـٰتُ ٱلۡكِتَـٰبِ ٱلۡحَكِيمِ (١) أَكَانَ لِلنَّاسِ عَجَبًا أَنۡ أَوۡحَيۡنَآ إِلَىٰ رَجُلٍ۬ مِّنۡہُمۡ أَنۡ أَنذِرِ ٱلنَّاسَ وَبَشِّرِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَنَّ لَهُمۡ قَدَمَ صِدۡقٍ عِندَ رَبِّہِمۡۗ قَالَ ٱلۡڪَـٰفِرُونَ إِنَّ هَـٰذَا لَسَـٰحِرٌ۬ مُّبِينٌ (٢)
Surah Yunus
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Alif, Laam Raa` ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap teguh. (1) Tidaklah patut adanya pada manusia yang ingkar itu perasaan hairan disebabkan Kami telah wahyukan kepada seorang lelaki dari jenis mereka (Nabi Muhammad, dengan berfirman kepadanya): Berilah amaran kepada umat manusia (yang ingkar, dengan balasan azab) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan kepada orang-orang yang beriman, bahawa bagi mereka ada persediaan yang sungguh mulia di sisi Tuhan mereka (disebabkan amal-amal soleh yang mereka kerjakan). (Setelah Nabi Muhammad memberi amaran dan menyampaikan berita yang menggembirakan) berkatalah orang-orang kafir (yang merasa hairan) itu: Sebenarnya (Al-Quran) ini ialah sihir yang terang nyata. (2)
ISTIQAMAH LEBIH MENCABAR DARIPADA MEMULAKANNYA..
(Al-Kahfi: 28)
Ahad, 14 Februari 2010
سُوۡرَةُ الفَلَق SURAH AL-FALAQ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلۡفَلَقِ (١) مِن شَرِّ مَا خَلَقَ (٢) وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ (٣) وَمِن شَرِّ ٱلنَّفَّـٰثَـٰتِ فِى ٱلۡعُقَدِ (٤) وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ (٥)
Surah Al-Falaq
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. (1) Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. (2) Dari bahaya gelap apabila ia masuk. (3) Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). (4) Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya. / (5)
CERMIN KEKUATAN
Sesungguhnya kebangkitan umat Islam memerlukan kekuatan rohani serta kekuatan jiwa yang besar pada diri putera-puteranya. Menurut Hasan Al-Banna:
" Kekuatan itu tercermin pada beberapa hal: Kemahuan kuat yang tidak dirasuki oleh kelemahan, kesetiaan tulen yang tidak berbaur debgab sikap berpura-pura dan khianat, dedikasi tinggi yang tidak diracuni oleh ketamakan dan kebakhilan serta mengenali prinsip, meyakininya dan penghargaan terhadapnya yang dapat memelihara dari kesalahan di dalamnya, penyimpangan darinya, tawar-menawar untuknya, dan tertipu dengan selainnya".
Sabtu, 13 Februari 2010
HAMBA FAKIR LAGI LEMAH
saat urusan-urusan berat-berat menyerangmu
Apabila hati sudah merasa letih
dari beban kehidupan yang melelahkan
Alirkan air mata, wahai jiwa
lalu tumpahlah ia ke dalam solat
Sesungguhnya Tuhan alam semesta mendengar
tangisan jiwa memohon kasihNya..."
Jumaat, 12 Februari 2010
ANAK SOLEHAH
Sifat anak yang solehMentaati ibu ayah
Tidak membantah
Malah mentaatinya (2X)
Halus peribadinya
Mencontohi Rasulullah
Tingkah lakunya dijaga
Akhlak dipelihara
Segala amalan dijaga
Hanya kerana yang Esa
C/o
Hormat pada yang tua
Kasih pada yang muda
Sayang pada ibu ayah
Dan juga keluarga
Hidupnya rajin berusaha
Tidak pernah berputus asa
Di dalam kehidupan penuh pancaroba
Tiada cinta di hatinya
Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu
Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang
Hanyalah pada ibu ayah
Hormat menghormati sesama insan berbudi
Guru dan teman-temanSentiasa dikasihi
Itulah di antara sifat anak-anak yang soleh
Khamis, 11 Februari 2010
Rabu, 10 Februari 2010
SUJUD CINTA SEORG HAMBA
Hamba menadah kedua telapak tangan ini
Bagi memohon keampunan dan rahmat dariMu
Agar diberikan hamba hidayah serta taufiqMu
Supaya tidak tersimpang hamba dari jalanMu
Hati hamba merasa hambar dan sunyi
Tanpa iman dan semangat taqwa dalam hati
Jiwa hamba kosong dan takkan berisi
Melainkan dengan redha
Yang Maha Mengetahui
Yang menemukan hamba dalam bingkisan restu
Yang Maha Mengasihani
Saat tasbih mengisi ruang kosong di jari-jari
Mulut dan hati hamba bersatu berzikir mengingat Ilahi
Jiwa hamba terisi dengan munajat di malam hari
Diri ini hamba abdikan buat Pencipta langit dan bumi
Moga dosa-dosa lampau dapat dihapusi dan diampuni
Kening ini hamba rapatkan di atas hamparan murni
Sujud dahi hamba mencecah ke bumi
Tanda syukur hamba akan kebesaran Ilahi
Tidak terukur nilai cintaMu yang tinggi
Tidak terhitung nilai kasihMu yang bertambah setiap hari
Ya Rabbul Izzati…
Sudikah Kau menerima cinta hamba yang hina dengan longgokan dosa ini??
Semoga keampunan mendapat tempat untuk hamba yang sering lupa diri
Semoga rahmatMu sentiasa hadir menemani
Agar kehidupan duniawi dan ukhrawi hamba diredhai
Hamba amat mendambakan cinta dariMu
Hamba juga mengharapkan pertemuan denganMu
Diri hamba ini dahaga akan belaian kasihMu
Hamparan sejadah suci hamba buktikan padaMu
Sujud cinta hamba hanyalah untuk Tuhan yang berkuasa di atas segala sesuatu
Selasa, 9 Februari 2010
SOLEHAH...
~Dari seorang wanita solehah, lahirnya generasi yang mencintai Allah dan berjuang menegakkan agama yang hak itu. Betapa ramai wanita pada hari ini terabai dan kosong dari pengetahuan agama telah menjadi ibu kepada anak-anak, apakah mereka berjaya mendidik dan menbentuk anak-anak yang masih suci itu mengikut acuan agama? Sama-sama kita renungkan~ BERDOALAH KEPADA-NYA....
Isnin, 8 Februari 2010
FIKIRLAH....
dan ruh itu ibarat penunggangnya.
Jasad itu dijadikan untuk ruh,
dan ruh itu untuk jasad.
Jika seseorang itu tidak tahu
bahagian dirinya yang mana
yang paling dekat dengan Dia,
maka apakah gunanya ia mengenal yang lain?"
Imam al-Ghazali
Kimiyyah as-Sa'adah
10 SIFAT PERIBADI LUHUR
Salam sejahtera, semoga kita bangkit dan sentiasa bersemangat membina hari-hari yang baru ini dengan perasaan yang berkobar-kobar untuk menjadi hamba Allah SWT yang melaksanakan segala tuntutan dengan cara yang TERBAIK. Kita hiasi perjalanan hidup ini dengan sifat-sifat peribadi yang luhur dan baik. Kerana di situ terletaknya sebuah KETENANGAN, KEBAHAGIAAN & KEDAMAIAN.Hayati 10 sifat peribadi luhur di bawah, tanamkan ke dalam hati sanubari, lalui kehidupan yang lebih bahagia dan damai…
Tulus
Rendah diri
Setia
Berfikiran positif
Perwatakan ceria
Bertanggungjawab
Percaya kepada diri sendiri
Pemaaf
Mudah berkira
Sempati
Ahad, 7 Februari 2010
MUTIARA KATA...
ibarat lilin tanpa lentera yang menyala di tempat terbuka.
Sekadar tiupan angin dapat memadamkan apinya.
Tetapi jika engkau punya lentera dengan kaca yang melindungi nyalanya,
maka apinya akan terus menyala dengan aman."
TANDA-TANDA HATI MATI
1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.
Sabtu, 6 Februari 2010
INDAHNYA MENGENALI ALLAH
keadaan kita yang sedang sakit
dan sifat penyakit kita,
maka kita tak dapat
berbuat apa-apa terhadapnya.
mengenai cara penyembuhan,
maka kita tidak bisa sembuh.
Sesungguhnya, jika kita tidak berhasrat
mengubah keadaan diri kita sendiri,
maka tak ada yang dapat dilakukan.
Inilah tepatnya yang difirmankan Allah,
'Sesungguhnya Allah
tidak akan mengubah
(keadaan) suatu kaum
kecuali jika kaum itu
mengubah (keadaan)
diri mereka sendiri.'
[Q.S. ar-Ra'd (13) : 11]."
Dan hanyalah dengan terbebaskan dari
penyakit batini itulah
kita bisa memaknai dan menikmati hidup,
sehingga setiap perilaku kita
memancarkan kearifan dan kebahagiaan.
SYAITAN PUN TAKUT PADA ALLAH...
Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka setan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang sesuai menjadi sahabatku..! "
Begitu juga ketika waktu zohor orang ini tidak mengerjakan solat, setan tersenyum lebar sambil berkata dalam hati, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"
Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya, setan mulai terdiam..... .
Kemudian ketika datang waktunya maghrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka setan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu.
Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya, maka setan itu sangat panik. Ia rupanya tidak dapat menahan diri lagi, dihampirinya sahabat manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !"
Dengan kehairanan manusia ini bertanya,
"Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?".
"Aku takut !", jawab setan dengan suara gementar.
"Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada Adam, telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya. Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !", kata setan sambil pergi.
Jumaat, 5 Februari 2010
WANITA HIASAN DUNIA
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada, Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.
Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.
"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah"
Khamis, 4 Februari 2010
AKU INGIN BERGELAR...
tetapi menjaga auratku sahaja kini sudah terasa payah
aku begitu tertarik dengan fesyen dunia
aku terasa rendah diri bila melihat mereka bergaya
tetapi mana mungkin auratku terdedah
kerana aku ingin bergelar solehah
Aku ingin bergelar solehah
tetapi tugas isteri tidak lagi mudah
rumahtangga kini begitu mudah ranapnya
ditambah pula dengan sikap suami yang tak dapat dijangka
kadangkala aku dibiar sendiri
kadangkala aku dibelai mesra
namun dalam apa jua ketika walau dalam linangan airmata
aku tidak membantah
aku patuhi jua setiap kehendak
asalkan tidak bertentangan dengan syariatNya
kerana aku sangat ingin sekali bergelar solehah
Aku ingin bergelar solehah
tetapi aku isteri berkerjaya
pergaulanku perlu dijaga
pertuturanku perlu berpada-pada
takut pula nanti ada yang menaruh cinta
takut pula nanti terluka hati suami tercinta
walaupun aku tidak sengaja dan tidak pernah mengundang orang ketiga
tetapi segalanya mungkin
dan aku perlu tabah dan cekal beriman
kerana aku tentunya ingin bergelar solehah
Aku ingin bergelar solehah
dan aku tahu ianya bukan mudah
tetapi aku yakin dengan janji Allah
dan akan ku terus berpegang pada matlamatku
Aku ingin bergelar solehah...
Rabu, 3 Februari 2010
10 RANCANGAN KUFFAR HANCURKAN ISLAM
2) Menghapuskan Al-Qur'an.
3) Hancurkan akhlak Muslim, fikiran , hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka mengikut hawa nafsu.
4) Lenyapkan kesatuan kaum Muslimin.
5) Ragukan kaum Muslimin terhadap agamanya.
6) Lemahkan bangsa Arab.
7) Dirikan negara diktator di dunia Islam.
8) Pisahkan kaum Muslimin dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan barangan Barat.
9) Singkirkan tokoh-tokoh Islam dan tamatkan Gerakannya.
10) Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas.
Selasa, 2 Februari 2010
SETULUS DOA..
Kuiringi doa tulusSesuci embun pagi
Dibasahi tasbih memuji
Tuhan pencipta alam semesta
Kulagukan hasrat hati
Pada Mu Tuhan menyerah diri
Mangharap lautan rahmat Mu
Penyeri di sana nanti
Oh Ya Allah
Kuiringi pengharapan di malam sunyi
Tangisan mengalir air mata
Hilangkan jemu sujud menyembah
Sebagai saksi pembantu diri
Tangan menadah himpunan rahmat Ilahi
Moga diri terarah ke syurga nanti
Bertemu Tuhan cita pertama
Nikmat yang tiada terhingga
Syahdu rindu bila maghfirah Mu
Membaluti tubuhku
Luka-luka tercalar dosa dan noda
Membawaku ke alam cintamu Tuhan
Pasti janjinya ditepati kan beroleh bahagia
Buat insan yang bertaqwa
Tahta kebesaran bagi mereka
CIRI2 WANITA TELADAN & ISTERI SOLEHAH
ialah mereka yang sentiasa
mendahulukan kemahuan dan keinginan
suaminya dari kemahuan dan
kehendaknya sendiri.
2. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
bersikap malu terhadap suaminya,
bersopan santun pada setiap
perkataan dan perbuatan.
3. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
berhias diri bila di hadapan suami dan
sebaliknya apabila ketiadaan
suami.
4. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
bersedia melayani dan memenuhi
kehemdak batiniah dan zahiriah suami
bila diperlukan.
5. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
menjaga kebersihan, kesihatan dan
kesempurnaan diri, rumah tangga
dan anak-anak suaminya.
6. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
mencintai dan menghormati kelluarga
suaminya seperti mana ia
mencintau dan menyayangi keluarganya
sendiri.
7. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
menjaga auratnya dari pandangan yang
bukan mahramnya.
8. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
menjaga pandangan matanya dari perkara-
perkara yang tidak sihat dan
mungkar.
9. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
memberikan kesetiaan, ketaatan dan
kepatuhan kepada suaminya selagi
suruhan itu tidak bertentangan dengan
perintah syariat.
10. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
memberikan layanan dan kasih saying
yang sepenuhnya dan membuatkan
suaminya merasakan rumah tangganya itu
sebagai tempat yang paling
selamat untuk mendapat ketenangan dan
kebahagiaan.
11. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
menjaga rahsia serta maruah suami dan
keluarganya, demikian juga
dengan maruahnya sendiri.
12. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
menjadukan suaminya sebagai ketua
dalam rumah tangga mereka sesuai
dengan sifat-sifat yang telah
dianugerahkan Allah kepada kaum lelaki.
13. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
memohon keizinan suaminya untuk keluar
dari rumah kerana sesuatu
hajat yang diharuskan oleh syara’.
14. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang
sentiasamemohon keizinan suaminya jika
mahu mengerjakan puasa sunat.
15. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
bersyukur dan tenang di atas segala
dugaan dan nikmat dari Allah
yang diberikan kepada suaminya.
16. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
menemani suaminya ke muka pintu bila
ia hendak keluar dan
menyambutnya dengan seyuman bila ia
pulang.
17. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang tidak
membenarkan lelaki bukan mahram
memasuki rumah ketika ketiadaan
suami.
18. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
bersedia melaksanakan tugas dan
tanggungjawab sebagai seorang
isteri, ibu dan segala perintah Allah
dengan tabah dan sabar.
19. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
berdiam diri dan mendengar bila
suaminya sedang bercakap.
20. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang tidak meminta
sesuatu yang lebih dari suaminya
sedangkan ia tidak mampu untuk
menunaikannya.
21. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
menerima pemberian suaminya dengan
penuh kesyukuran dan keikhlasan.
22. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang bijak
menguiruskan harta suami dalam
berbelanja dengan kadar yang
sederhana dan tidak membazir
Isnin, 1 Februari 2010
IMPIAN SEORG MUSLIMAH
“Aku hanya ingin ” :
Menutup rapat Aurat ku berdasarkan perintah ALLAH, kecuali apa2 yang boleh terlihat..
Menikah dengan Lelaki Soleh terbaik yang ALLAH takdirkan di perjalanan hidupku
Mempunyai anak2 yang soleh dan solehah..
Hidup dalam lingkungan rumah yang penuh dengan aturan yang berlandaskan alQuran dan Alhadis..
Mengaji di petang hari bersama anak-anakku di masjid berlatarkan pondok..
Solat Maghrib berjemaah dengan suamiku dan anak-anak kami..
Menjadi Isteri yang solehah dan Ibu yang baik untuk anak-anakku
Membukakan kasut suamiku ketika ia pulang bekerja, membuatkanya makanan yang nikmat penuh barakah dan Halal sudah pastinya.. kerana aku tak ingin suamiku mencari nafkah haram, kerana jangan sampai ada sesuatu yang haram masuk ke dalam tubuh kami yang mengakibatkan sngsara di akhirat nanti..
Suamiku yang penuh cinta mencumbu keningku dan anak2 kami sebelum hendak tidur..
Menceritakan sebuah dongeng tentang “Muhammad SAW” sehingga hendak dapat ditanamkan nilai2 islam di dalamnya..
Menjaga kehormatan keluarga Wanita itu berdoa kembali dalam hati, semoga ALLAH memberi mimpi itu segera terwujud nantinya
SUAMIKU YG TERAMAT KUSAYANGI..
Memahami,Penyayang,Penyabar,Sporting dan yg paling penting...menerima aku dan keluargaku seadanya.....Aku bertuah memiliki seorg suami sepertinya..:)
INILAH IBUKU YANG AMATKU SAYANGI
TERIMAH KASIH IBUKU...hanya ucapan itu yg mampu ku berikan untukmu yg selalu menyayangiku.Hanya ALLAH yg dapat membalas segala pengorbananmu kepadaku sejak aku dilahirkan sehingga nafasku yg terakhir.Aku bersyukur memilikimu sebagai ibuku dunia akhirat.
DIALAH SEORANG AYAH YG AMAT PENYAYANG
Aku beruntung memiliki seorang ayah yg amat penyayang.Terlalu byk yg dikorbankan untuk membesarkan kami adik beradik.Terima kasih di atas segala pergorbananmu ayahku.sesungguhnya,hanya ALLAH yg dapat membalas jasa baikmu padaku..Dan hanya ALLAH yg mengetahui sayangnya aku padamu ayahku.
ADEQ YG SELALU MERIUHKAN KEADAAN KELUARGAKU..
Seorang berhati baik walaupun zahirnya selalu membuat kami sekeluarga riuh dengan perangainya yg tak dapat ditafsirkan.
SATU2NYA ADEQ YG PEMALU
Ni adeq aku yg sedang belajar kat matrik labuan.Tapi seorang yg pemalu dan pendiam.Banyak berahsia dan tidak mudah di dekati.Dan seorang yg sensitif giler...
....WARTAWAN ASTRO...
Pembawa khabar atau cerita yg sensasi.Tak kiralah luar atau dalam kawasan..yg penting semua berita 100% betul dan bukanlah gosip semata2.Skg tgh study form 6...mana2 wartawan pun kene blajar dari dia kalu nak cari liputan yg PANAZZZZ...
NI BUAH HATI PENGARANG JANTUNG KAMI SEKELUARGA
Adeq yg jadik kebahagiaan kami sekeluarga.Yg memgubati hati ibu dan ayah bila sunyi..penuh dengan keletah nakal dan cerewet..Tapi itulah yg menjadi kegembiraan kami.
USAHA, DOA DAN TAWAKAL






















