Hendaklah dalam keadaan suci dari hadas kecil dan besar selain memakai pakaian bersih serta tempat berdoa yang selesa.
Menghadap kiblat dan berdoalah dengan khusyuk tawaduk selain merendah diri kepada Allah.
Doa dimulakan dengan membaca al-Fatihah atau memuji Allah sekurang-kurangnya, “Alhamdulillahirabbi lalamin” diikuti dengan membaca selawat atas nabi.
Angkat tangan hingga kelihatan kedua-dua ketiak disamping perut anak jari menghadap ke atas.
Selepas selesai berdoa, sapukan kedua-dua tangan ke muka.
Berdoa perlulah dengan penuh keyakinan bahawa Allah akan memperkenankan doa kita itu. Jangan sekali-kali berdoa dalam keadaan hati lara dan lalai atau kurang yakin kemahuannya.
Rasulullah bersabda, maksudnya: Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan penuh yakin Dia akan memperkenankan doa kamu. Dan, ketahuilah sesungguhnya Allah tidak akan memperkenankan doa daripada hati yang lalai atau keluh kesah. (Riwayat At-Tarmizi).
Setiap orang Islam hendaklah banyak berdoa kepada Allah ketika dalam keadaan senang atau mudah supaya Allah akan memperkenankan doanya dalam keadaan susah.
Berdoa dengan suara yang perlahan dan merendah diri selain mengakui segala kesalahan serta dosa-dosa yang pernah dilakukan.
Firmah Allah yang bermaksud: Berdoalah kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan (Surah al-Araaf ayat 55).
Sebaik-baik doa ialah dengan kata-kata yang mudah dan ringkas serta mempunyai pengertian yang luas, contohnya:
“Ya, Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka”.
Untuk memohon sesuatu hajat, ulangi perkara itu sekurang-kurangnya tiga kali
Jangan sekali-kali berdoa untuk meminta sesuatu keburukan atau kejahatan, perpecahan dalam masyarakat atau keluarga. Ingat, apabila berdoa jangan meminta sesuatu yang mustahil.
Jangan mudah merajuk apabila doanya tidak dikabulkan Allah. Sebaliknya hendaklah bersabar dan terus berdoa selain berserah diri kepada Allah.
Sebelum mengakhiri dengan ucapan Amin, setiap doa perlu ditutup dengan selawat ke atas Nabi s.a.w selain puji-pujian kepada Allah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
SUAMIKU YG TERAMAT KUSAYANGI..
INILAH IBUKU YANG AMATKU SAYANGI
DIALAH SEORANG AYAH YG AMAT PENYAYANG
ADEQ YG SELALU MERIUHKAN KEADAAN KELUARGAKU..
SATU2NYA ADEQ YG PEMALU
....WARTAWAN ASTRO...
NI BUAH HATI PENGARANG JANTUNG KAMI SEKELUARGA
USAHA, DOA DAN TAWAKAL
Jangan pernah kenal putus asa dalam kehidupan..inilah yang aku pelajari dari seseorg yg bernama suami.Hadapi semua cabaran dan dugaan dengan senyuman yg membanggakan.Kerana itu akan membuat kita lebih maju dalam kehidupan dunia dan akhirat.Seimbang dalam percaturan hidup,carilah keberkatan dalam usaha kita.
INSYA'ALLAH........
;
Salam warahmatullah Sabariah...
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian..Betul, kadang-kadang kita sebagai manusia terlupa cara beradab dgn-Nya ketika meminta.
Dengan manusia boleh pula berlemah-lembut. Ya Allah ampunkan kami di atas segala tingkah laku kami.
“Ya, Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka”. Ameen2..
Semoga Allah sentiasa merahmatimu (",).
salam sahabatku...
BalasPadaminsya'allah....kita sama2 saling mengingati antara satu sama lain...:)