Alangkah indahnya hidup ini dalam perkiraan Allah. Setiap hari mengikut rutin 24 jam dari seawal terbukanya mata setelah dimatikan sekejap dan kemudian tertutup lagi untuk menikmati perjalanan malam yang panjang. Dan dengan harapan moga-moga mata ini akan berpelung lagi menatap cantiknya kehidupan yang terbentang luas.
Meniti berhati-hati ruang lurus perjalanan, ada kala bengkok juga. Sedaya mungkin cepat-cepat berada di garisan lurus kembali. Dengan seorangnya ‘diri’ bertemankan akal dipandu iman..moga hari-hari seterusnya lebih indah dan mendamaikan.
“Bila kau memandang segalanya dari Allah, yang menciptakan ujian, yang menyebabkan sakitnya hatimu, yang menyebabkan keinginanmu terhalang, Maka damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentadbirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu derita hatimu tetapi mungkin itulah yang Dia mahukan kerana Dia tahu hati yang sebegini selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya"

Tiada ulasan:
Catat Ulasan