Aku terima kamu apa adanya
Kerana aku tahu
Tiada yang sempurna dalam dunia ini
Kekuranganmu ku anggap kelemahan
Kelebihanmu pastinya pemberianNya
Kerana juga aku pasti jiwa sunyi sendiri
Lantaran hati dikurniakan hanya satu
Belahan jiwa ada padamu
Dan kerana aku benar-benar yakini
Hakikat pernikahan itu benar
Sampai saat dihalalkanNYA dua jiwa bersatu
Saling melengkapi
Kekal menjadi satu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan