Ahad, 2 Ogos 2009

PUASA DAN GASTRIK

ANTARA rungutan yang sering kedengaran Ramadan ini adalah gastritis. Gastrik popular pada bulan Ramadan ini apabila ramai yang menjadikannya alasan untuk tidak berpuasa.
Maka, berbondong-bondonglah orang Islam yang tidak berpuasa diangkut dengan van mayat kerana mengingkari syariat Islam itu.
Pesakit gastrik selalunya ragu-ragu untuk menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadan kerana fitrahnya sebagai gangguan yang berkaitan dengan pola pemakanan, sedangkan puasa bererti mengubah pola makan.
Bolehkah pesakit gastrik berpuasa? Tidakkah puasa akan memburukkan lagi penyakit itu? – Demikian antara soalan-soalan yang sering diajukan.
Puasa merehatkan saluran pencernaan (usus) serta enzim dan hormon yang biasanya bekerja untuk mencerna makanan secara terus-menerus selama lebih kurang 18 jam, kecuali tidur.
Dengan berpuasa, organ penting itu dapat beristirahat selama lebih kurang 14 jam. Selama masa itu, tidak ada makanan dan minuman yang masuk ke dalam sistem pencernaan kita.
Selagi penyakit gastrik itu belum memasuki tahap kronik atau masih dalam peringkat ringan, pesakit boleh sahaja menjalankan ibadah puasa dengan sempurna asalkan tahu caranya.
Pakar Perunding Kanan Perubatan/ Gastroenterologi dan Ketua Jabatan Perubatan Hospital Putrajaya, Datuk Dr. Ahmad Shukri Datuk Md. Salleh berkata, gastritis bukanlah satu penyakit tetapi ia merupakan satu kumpulan keadaan di mana kesemuanya mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu inflamasi di dalam lapisan perut anda.
‘‘Secara amnya, inflamasi terjadi akibat jangkitan bakteria yang sama dengan ulser perut. Faktor-faktor lain yang menyumbang kepada gastritis termasuklah kecederaan traumatik dan penggunaan pil penahan sakit secara kerap.
‘‘Walaupun terdapat banyak keadaan yang dikaitkan dengan gastritis, tanda-tanda dan simptom-simptom penyakit ini adalah sama iaitu rasa perit di bahagian atas abdomen dan kadangkala kembung, sendawa, rasa mual atau muntah-muntah.
‘‘Dalam beberapa kes, gastritis boleh mengakibatkan ulser dan meningkatkan risiko kanser perut. Bagi kebanyakan orang, gastritis tidaklah serius dan ia akan pulih dengan cepat apabila diberi rawatan,’’ ujar beliau.
Menurutnya, serangan gastrik terjadi apabila produksi asid perut secara berlebihan sehingga menyebabkan lapisan perut mengalami iritasi.
Dalam tempoh berpuasa terutamanya setelah enam hingga lapan jam perut kosong, akan terjadi peningkatan asid perut yang dapat menyebabkan gejala sakit gastrik.
Di hari-hari awal bulan Ramadan, orang yang tidak mengalami penyakit gastrik pun kadang-kadang merasakan perutnya kembung, pedih atau sedikit memulas.
Ini kerana, perut melalui proses pengubahsuaian pola makan saat berpuasa. Biasanya, memasuki akhir minggu pertama, gangguan ini akan hilang dengan sendirinya kerana tubuh sudah mampu menyesuaikan diri.
Pada orang yang sihat, keadaan ini dapat diatasi dengan pilihan makanan yang tepat saat berbuka dan sahur serta kegiatan yang tidak menyebabkan terjadinya peningkatan udara di dalam perut serta peningkatan asid perut.
Bagi individu yang memang terdapat kelainan organik, puasa akan memburukkan keadaan sakit perutnya jika tidak diubati dengan tepat. Tetapi jika sakit perutnya diubati, dapatlah mereka melakukan ibadah puasa seperti orang normal.
Dr. Ahmad Shukri berkata, untuk menghindari keadaan lebih parah, hindari makanan dan minuman yang dapat merangsang asid perut misalnya makanan pedas, berasid dan berkafeina seperti kopi.
‘‘Hindari juga stres kerana ini pun berupaya mencetuskan pengeluaran asid perut secara berlebihan. Selama berpuasa, jangan abaikan zat makanan.
‘‘Lalu ketika berbuka, makanlah secara bertahap, dengan menerapkan teknik-teknik pola makan antigastrik seperti makan sahur tidak terlalu kenyang kerana akan lebih merangsang perut, namun perlu mengandungi cukup karbohidrat,’’ jelasnya.
Pesakit gastrik boleh berbuka dengan pelbagai jenis kuih ataupun minuman yang manis tetapi jangan terlalu manis atau terlalu banyak sekali gus kerana akan merangsang produksi asid perut secara mendadak.
Ada baiknya porsi berbuka dibahagi kepada dua iaitu waktu maghrib dan sesudah solat tarawih.
Pada saat berbuka puasa, yang pertama kali masuk ke perut cukuplah seperti buah tamar, makanan ringan atau cairan seperti teh manis panas atau sepotong kuih.
Pascasalat maghrib, barulah makan nasi dengan lauk-pauk secukupnya disertai buah-buahan yang tidak masam.
Terdapat juga jenis buah yang boleh membantu memperkuat daya tahan perut terhadap serangan gastrik di antaranya avokado dan pisang raja.
Setelah solat tarawih, makanlah makanan yang lebih ringan seperti kuih-muih dan segelas susu coklat.
Bagi pesakit radang, saluran pemakanan esofagus akibat refluk asid, elakkan makan lewat malam sebelum tidur kerana ia akan meningkatkan kadar asid yang akan naik dari perut ke saluran esofagus yang menyebabkan rasa masam di mulut atau panas di belakang dada.
Dewasa ini, ubat penyakit gastrik terutama yang diperlukan untuk mengendalikan asid perut mempunyai masa kerja yang panjang, sekitar 12 jam sekali gus memudahkan pengaturannya selama bulan puasa.
Antara medikasi untuk meneutralkan asid perut sama ada antasid, penghalang asid, perencat pam proton dan agen cytoprotective. Ubat sebaiknya diberikan waktu subuh sesudah makan sahur, dan bila perlu ditambah sesudah berbuka puasa.
Pesakit yang sebelum ini tidak mempunyai masalah dengan perut tidak perlu takut akan mengalami sakit gastrik saat berpuasa, bahkan puasa akan membuat pencernaannya lebih sihat.
Ubat-ubatan untuk gastrik juga tidak diperlukan untuk pesakit yang tidak ada masalah dengan penyakitnya itu selama melaksanakan puasa Ramadan.
Biasanya dengan berpuasa, keluhan sakit gastrik berkurang dan berasa lebih sihat semasa berpuasa kerana pemakanan menjadi lebih teratur sebulan ini.
Kebiasaan makan makanan ringan dan minum soda pasti tidak dilakukan pada waktu pagi, siang dan petang hari kerana sedang berpuasa.
Umumnya juga, orang yang berpuasa akan lebih banyak bersabar dan mengendalikan stres, menyebabkan pesakit dapat berpuasa dengan baik dan keluhannya akan berkurang.

2 ulasan:

  1. byk nye info yg bguna..bgs2...thankz yea..sy pon ade gastrik tp insyaAllah bole thn hingga msk waktu..byk tips ni..thnkz once again

    BalasPadam
  2. kita sama2 mengingati satu sama lain...war2 kan la ye...

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SUAMIKU YG TERAMAT KUSAYANGI..

SUAMIKU YG TERAMAT KUSAYANGI..
Memahami,Penyayang,Penyabar,Sporting dan yg paling penting...menerima aku dan keluargaku seadanya.....Aku bertuah memiliki seorg suami sepertinya..:)

INILAH IBUKU YANG AMATKU SAYANGI

INILAH IBUKU YANG AMATKU SAYANGI
TERIMAH KASIH IBUKU...hanya ucapan itu yg mampu ku berikan untukmu yg selalu menyayangiku.Hanya ALLAH yg dapat membalas segala pengorbananmu kepadaku sejak aku dilahirkan sehingga nafasku yg terakhir.Aku bersyukur memilikimu sebagai ibuku dunia akhirat.

DIALAH SEORANG AYAH YG AMAT PENYAYANG

DIALAH SEORANG AYAH YG AMAT PENYAYANG
Aku beruntung memiliki seorang ayah yg amat penyayang.Terlalu byk yg dikorbankan untuk membesarkan kami adik beradik.Terima kasih di atas segala pergorbananmu ayahku.sesungguhnya,hanya ALLAH yg dapat membalas jasa baikmu padaku..Dan hanya ALLAH yg mengetahui sayangnya aku padamu ayahku.

ADEQ YG SELALU MERIUHKAN KEADAAN KELUARGAKU..

ADEQ YG SELALU MERIUHKAN KEADAAN KELUARGAKU..
Seorang berhati baik walaupun zahirnya selalu membuat kami sekeluarga riuh dengan perangainya yg tak dapat ditafsirkan.

SATU2NYA ADEQ YG PEMALU

SATU2NYA ADEQ YG PEMALU
Ni adeq aku yg sedang belajar kat matrik labuan.Tapi seorang yg pemalu dan pendiam.Banyak berahsia dan tidak mudah di dekati.Dan seorang yg sensitif giler...

....WARTAWAN ASTRO...

....WARTAWAN ASTRO...
Pembawa khabar atau cerita yg sensasi.Tak kiralah luar atau dalam kawasan..yg penting semua berita 100% betul dan bukanlah gosip semata2.Skg tgh study form 6...mana2 wartawan pun kene blajar dari dia kalu nak cari liputan yg PANAZZZZ...

NI BUAH HATI PENGARANG JANTUNG KAMI SEKELUARGA

NI BUAH HATI PENGARANG JANTUNG KAMI SEKELUARGA
Adeq yg jadik kebahagiaan kami sekeluarga.Yg memgubati hati ibu dan ayah bila sunyi..penuh dengan keletah nakal dan cerewet..Tapi itulah yg menjadi kegembiraan kami.

USAHA, DOA DAN TAWAKAL

Jangan pernah kenal putus asa dalam kehidupan..inilah yang aku pelajari dari seseorg yg bernama suami.Hadapi semua cabaran dan dugaan dengan senyuman yg membanggakan.Kerana itu akan membuat kita lebih maju dalam kehidupan dunia dan akhirat.Seimbang dalam percaturan hidup,carilah keberkatan dalam usaha kita. INSYA'ALLAH........
;
free glitter text and family website at FamilyLobby.com

BELI KOMPUTER DENGAN HARGA YANG MURAH