Kita menolong kerana mengharapkan syurga tuhan?
Kita menolong sebab Rahmat tuhan sentiasa diberi kepada orang yang suka menolong.
Kita orang yang mulia sebab suka menolong
Kita menolong sebab dah dikatakan bahawa kalau hari ini kita menolong orang,mana tau hari lain kita perlu pertolongan orang pula.
Cukuplah balasan dengan ucapan terima kasih sahaja ?
Kita menolong dengan syarat ada balasan atau imbuhan?
Kita kata ikhlas tetapi dalam hati masih mengharap ada sesuatu yang dibalas
Kita benar-benar ikhlas dan sepenuh hati tak mau diketahui orang lain pun..
Kita tolong ke arah kebaikan tetapi ada pula yang kata ia tindakan yang salah?
Kita akan kecil hati bila orang yang ditolong tidak menghargai pertolongan diberi
Kita bersabarkah dengan karenah orang yang ditolong?...ala mcm membantu org tua kan banyak dugaannya ?
Bagaimana perasaan kita bila orang yang pernah ditolong menjadi pisau dalam lipatan pula , menikam dari belakang ..(?) benci ?marah?...hahaha sia-sia saja menolong kalau wujud perasaan ini
‘Tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan, dan jangan sekali-kali kamu memberi pertolongan di atas perkara kejahatan dosa yang membawa kepada perseteruan, dan takut olehmu akan Allah. Sesungguhnya Allah akan mengenakan seksaan yang amat dasyat’. (Surah Al-Maidah: 2).
p/s: tak pernah jemu untuk membantu (yang baik-baik aje tau !!!) walau adakala ia menjadi bahan fitnah pula kepada yang tak mengerti.Moga Allah memberi hidayah kepada mereka ini.
Moga orang2 yang penah aku tolong kembali ke jalan yang benar. Tak kesahlah tak mahu mengaku pertolongan itu, namun berbesar harapan sangat agar mereka DILIMPAHI rahmat dan RahmanNya. Mudah2an.
BalasPadamALHAMDULILLAH....semoga anyss juga di berkati ALLAH
BalasPadam