Surah ke-31: Luqman (ayat 13 - 19);13. Sesungguhnya Aku (Allah) memberi hikmah kepada Luqman. Oleh itu, "Bersyukurlah kepada Aku. Barang siapa yang bersyukur kepada Aku, maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri. Sekalipun ada manusia yang tidak bersyukur kepada Aku, Aku tetap juga Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji."14. Ingatlah kata-kata Luqman kepada anak-anaknya, ketika beliau memberi pengajaran kepada mereka. Beliau berkata, "Wahai anakandaku, janganlah kamu mempersekutukan Allah.
Sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar," dan15. Aku perintahkan manusia supaya berbuat baik kepada ayah dan ibu mereka. Ibu kamu telah mengandungkan kamu, beban kandungannya semakin hari semakin bertambah berat, dan kemudian menyusui kamu selama dua tahun. Bersyukurlah kamu kepada Aku dan kepada kedua ayah dan ibu kamu. Hanya kepada Akulah kamu kembali.16. Nabi Luqman berkata, "Aduhai anakandaku, sesungguhnya jika ada sesuatu perbuatan baik anakanda seberat biji sawi sekalipun, dan walaupun ia berada di dalam batu, atau di atas langit, atau di dalam bumi, nescaya Allah akan membalas kebaikan anakanda itu. Ini adalah kerana Allah itu Maha Halus lagi Maha Mengetahui.17. Wahai anakandaku, dirikanlah solat, dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik, dan cegahlah mereka daripada melakukan perbuatan yang mungkar.
Dan bersabarlah anakanda terhadap apa kesusahan yang menimpa anakanda. Sesungguhnya, semua itu adalah termasuk dalam perkara-perkara yang dirancangkan oleh Allah, dan18. Janganlah anakanda sombong dan memandang hina kepada manusia lain. Dan janganlah anakanda berjalan di atas muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan angkuh.19. Oleh sebab itu, sederhanakanlah perilaku anakanda apabila berjalan di bumi Allah ini, dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai
sentiasa bersederhana dan rasa cukup dengan apa yang dikurniakanNya...
BalasPadambtol tu...segala yg kita miliki tu sume pinjaman je...bersyukurlah sentiasa..
BalasPadam