Semalam telah pergi dari sanubari
Bersama lipatan kisah seribu liku
Esok memang tidak pernah menjanjikan apa-apa
Namun ingatlah janji Khalik itu benar belaka
Akan rugilah buat yang tidak pernah endah pada waktu
Tapi lihatlah betapa bahagia yang mengisi masa
Dalam ketaakulan beramal bersama ilmu dan takwa
Oleh itu terjawablah soalan ini
Bahawa esok adalah buat mereka yang tidak leka
Mengatur langkah bersama derap masa
Yang pasti aku tidak akan berdiri di sini lagi
Kerana itu adalah derap jantung nadiku.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan