Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Pandangan hati itu yang hakiki,
Kalau HATI itu BERSIH.
Macamana nak pelihara hati?
Yang pastinya, kita perlulah sentiasa memenuhi tanggungjawab fardhu kita, Memelihara syahadah kita (Jauhi Syirik!),Solat fardhu kita, Puasa kita, Zakat kita, Ibadah haji kita (bagi yang berkemampuan).
Seterusnya,perbanyakkanlah amalan sunat, kerana Allah amat menyintai orang yg sentiasa memperbanyakkan amalan sunatnya.Dan apabila Allah menyintai seseorang hamba-Nya itu, segala tindakannay akan sentiasa selari dgn kehendak Allah. Rasulullah pernah bersabda:-
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata:
Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman:
Barangsiapa yang memusuhi seorang waliKu, maka Aku akan isytiharkan perang terhadapnya. Seorang hambaKu tidak bertaqqarub (iaitu menghampirkan dirinya) kepadaKu dengan suatu amalan yang lebih Aku sukai lebih daripada amalan yang Akufardhukan ke atasnya. Seseorang hamba sentiasa bertaqqarub dirinya kepadaKu, dengan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, maka jadilah Aku pendengarannya yang dia mendengar sesuatu dengannya, jadilah Aku penglihatannya yang dia melihat sesuatu dengannya, jadilah Aku tangannya yang dengannya dia melakukan kerja, jadilah Aku kakinya yang dengannya dia berjalan. Sekiranya dia meminta daripadaKu Aku akan kurniakannya dansekiranya dia meminta perlindungan dariKu nescaya Aku akan melindunginya.
(Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.)
Jauhi perkara perkara-perkara yang haram, kerana hati yg gelap tidak akn disinggahi cahaya hidayah. Jangan kita lupa, setiap perkara/tindakan yg membawa kpd yg haram, adalah haram hukumnya.Jauhi juga perkara2 yg shubhah, kerana, perkara yng shubhah juga boleh membawa kepada haram.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan