Di padang Mahsyar segala amalan manusia ditimbang oleh Allah S.W.T. Mana yang lebih banyak pahala dimasukkan ke syurga sementara yang berat timbangan dosa dihumban ke neraka.Seorang hamba Allah didapati kurang satu amalan (mata) saja untuk melayakkan dia masuk ke syurga.
Jika mengikut perkiraan, dia adalah calon neraka tapi Allah Maha Penyayang akan hambanya. Allah memerintahkan orang itu mencari satu lagi mata untuk melayakkan dia masuk ke syurga.
Puas dia merayu dan mengemis dari seorang ke seorang untuk mendapatkan satu kebajikan saja namun hampa. Masing-masing memerlukan walau satu kebajikan. Kesemuanya mengatakan nasib mereka belum menentu, bagaimana hendak memberikan satu pahala.Namun dia tidak berputus asa. Akhirnya berjumpa dengan seorang hamba Allah yang bersimpati dengannya. Dia mengatakan hidupnya bergelumang dengan dosa dan sepanjang hidupnya hanya membuat satu kebajikan saja.
Padanya satu pahala itu tidak membawa sebarang makna, kerana menyangkakan dia akan masuk ke neraka akhirnya. Oleh sebab simpatinya kepada orang itu, dia memberikan satu pahala itu kepadanya. Dengan gembira yang tidak terhingga dia kembali menghadap Allah membawa pahala tersebut. Dia menerangkan apa yang berlaku. Oleh sebab sikap penderma yang pemurah itu, Allah menyuruh orang itu mencari penderma berkenaan untuk dimasukkan bersamanya ke dalam syurga.
MORAL & IKTIBAR
-Allah bersifat dengan AR-RAHIM
-Jangan remehkan kebajikan walaupun hanya amalan sunat.
-Satu kebajikan amat berat timbangan disisi Allah s.w.t
-Satu amalan boleh meletakkan diri samada syurga atau neraka.
-Di padang Masyhar semuanya nafsi-nafsi yakni masing-masing mahu melepaskan diri dari azab yang pedih.
-Orang yang pemurah akan dirahmati Allah yang bersifat dengan Pemurah.
-Penghakiman di akhirat amat teliti serta berlandaskan keadilan yang hakiki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan